Rabu, 26 September 2012

sajak ganti main hujan...



dalam syahdu gema takbir
aku berdiri sepi di dermaga
melambai lagi pada ramadhan
yang bakal berangkat pergi
dan menanti syawal yang bakal hadir
ke mari lagi.

hanya aku mampu 
memerhati bahtera ramadhan
berlalu pergi
tak bisa ku tahu 
apakah ia kan ke mari lagi.


b.tan.
ramadhan 29 1433.
8.35pm.
seri buntar.


*
aku dah lama nak paparkan sajak ni kat danau kalbu ku, cuma masa saja tak sesuai. oleh kerana baru-baru ini pada hari sabtu 22 september 2012, hampir semua data dan gambar dalam pendrive aku telah dimakan oleh virus dalam pc kat meja kerani sekolah aku tu, bermakna juga aku telah kehilangan gambar yang aku cadang nak postkan kat danau kalbu ini selepas entry yang bertajuk jagung. dulu aku kata gambar aku main hujankan, sebenarnya bukan main hujan tetapi gambar aku tengah mengangkat enjin pam air selepas menyiram. tak sampai sepuluh minit siap menyiram, maka hujan pun turun dengan lebatnya. habis basah kuyup aku. tapi terpaksa jugak menyelamatkan enjin tu dari kebasahan walau hujan lebat. isteri aku pulak yang berada dalam van sempat merakamkan saat-saat aku berkemas nak pulang ke rumah.

nampaknya selepas ni terpaksalah aku cari dan rakam gambar semula untuk entry yang akan datang. tak pun aku terpaksa tunggu pc kat rumah ni aku pi baiki dulu. kalau tak silap aku, tahun ni saja dah empat atau lima kali aku format pc tu. apa taknya, anak aku bila main games bukan ingat dunia, bila dah boring karang mulalah semuanya ditekan dan dikliknya. yang susah aku jugak. bila nak buat kerja, dah tergendala. sabar je lah dengan perangai anak-anak. nak buat cam mana kan. dia orang tu amanah Allah,
kenalah kita didik dan jaga mereka dengan cara yang betul. bukan terlalu memanjakan mereka dan bukan juga terlalungarang dengan mereka.


ok lah, macam biasa aku berhenti dulu kat sini dan di lain kesempatan aku sambung lagi catatan di danau kalbuku ini. wassalam.....

Sabtu, 22 September 2012

jagung...

aku tak tau korang suka ke tak makan jagung.... tapi aku dari kecil sampai lah sekarang masih lagi suka. bukan setakat suka makan saja tapi suka tanam sekali. bila sebut pasal jagung ni.... aku teringat semasa aku masih kecil dulu, ayah aku pernah tanam jagung kat tebing, suatu kawasan di tepi sungai triang. ketika itu aku masih lagi belum bersunat. eh... apa pulak kaitan cerita jagung dengan bersunat ni? hehehe... tersasul pulak cerita aku ni.

 sebenarnya ketika itu aku dalam darjah dua lebih kurang. nak tahu tahun berapa. 1975. mungkin ketika itu korang masih lagi di alam roh agaknya. hasilnya ayah aku jual kat tepi jalan berhampiran dengan rumahnya. siap rebus/masak jagung tu kat situ lagi. aku masih ingat, ia rebus atau masak dalam tin minyak masak empat segi. aku rasa tin tu dah tak ada dah masa ini. pasal dah lama aku tak nampak. tak tahu lah kalau mata aku ni dah makin kelabu. 

ramai jugak yang berhenti untuk membeli, termasuk kaum tionghua yang tinggal di kerayong. tapi masa itu jalan tak lah sesibuk sekarang. sekarang ni jalan kat tepi rumah mak dan ayah aku seumpama lebuhraya maut. silap pertimbangan maka ajal pun tiba. seperti juga jalan triang-kemayan yang aku gelar sungai maut kerana boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti ada kemalangan. tak kemalangan maut, lori yang berlebihan muatan pulak terbalik sendiri. itu lah serba ringkas mukaddimah bicara aku pasal jagung. boleh tahan juga ya, panjangnya.

tapi kini aku pulak seakan mengulangi aktiviti ayah aku semasa zaman ia masih muda dulu. tanah sejuring yang aku tanam pisang dulu tengah berbuah, tapi terpaksa ditolak kerana nak memberi laluan kepada projek tanaman jagung. aku pada mulanya enggan kerana masih sayang pada pisang yang tengah berbuah tu. kalau tak silap aku ada lapan atau sembilan tandan pisang yang sedang menunggu masa nak matang untuk ditebang. oleh kerana aku seorang saja yang tak nak tolak, dia orang semacam mengugut, kalau tak tolak, tanah itu akan diambil balik dari aku dan akan diserah kepada orang lain yang nak ikut serta dalam projek tanaman jagung.       

akhirnya terpaksalah aku mengalah, ketika aku sedang mengikuti kuliah di usim, nilai, ketika itulah mereka membaham pokok pisang aku dengan backhoe setelah aku terpaksa memberi kebenaran. pagi esoknya aku tengok kawasan tu telah menjadi padang jarak padang tekukur. tapi aku telah bertekad di dalam hati. jika dulu ia penuh dengan semak dan samun, aku berjaya juga menerangkannya. kini aku akan buktikan lagi, jika trip pertama dulu jagung tanaman aku tak berapa menjadi kerana kesibukan aku nak menguruskannya, insyaAllah kali ini ia akan membuktikan aku juga boleh bercucuk tanam seperti mereka yang seakan menyindir aku. tapi, tak perlulah aku cerita bab itu. ia adalah pengajaran buat diri aku sendiri.  

seorang penanam jagung yang gigih sedang menyiram tanamannya.
woooi... itu isteri akulah!

 oleh kerana aku lambat seminggu dari dia orang ketika proses menugal dulu, jadi jagung tanaman aku dan isteri aku juga agak lambat tumbuh kerana tidak mendapat air yang cukup. dia orang tanam, selang sehari hujan pun turun. tapi aku tanam, tak hujan-hujan sehingga aku terpaksa menggunakan air dari kolam yang berhampiran untuk menyiram. kesihan aku tengok isteri aku terpaksa angkut air dari kolam tu, maka aku pun membeli sebuah enjin pam air yang murah. jadi ringanlah kerja aku dan isteri aku. cuma isi minyak dan tarik untuk menghidupkan enjinnya. lepas tu semburlah semahunya. tak ada siapa yang nak marah. 

kelihatan pokok jagung yang tumbuh tak sekata kerana lambat merasa siraman air.

setelah berhempas pulas menyiram dan menyiram. kadang-kadang pukul empat petang aku dah start menyiram, terutama bulan puasa tahun ini agak panas dan kurang hujan, jadi terpaksalah berusaha lebih sikit dari biasa. akhirnya, berhasil jugak aku menjayakan projek tanaman jagung itu. memang puas rasa hati aku. nak jual? aku jual lah jugak. tapi tak lah macam dia orang yang setiap pagi dan petang berjual di tepi jalan dekat kawasan tanaman masing-masing. aku mana ada masa nak jual macam tu. pagi dah pergi sekolah, petang karang baru pergi menebang jagung. tak sempat nak jual hari dah nak senja. jadi ikutlah cara mana asalkan ada pulangannya. nak kata untung banyak tak lah, bagi aku dapat separuh dari harga enjin pam tu pun dah mencukupi. nanti usaha lebih lagi kalau nak dapat balik modal tu.



gambar kat atas tu adalah gotong-royong semasa menugal/menanam jagung untuk trip yang pertama dulu. bulan tiga yang lalu. tugas aku ialah tarik tali rapia untuk memudahkan mereka membuat lubang agar kelihatan lurus dan cantik apabila dah tumbuh nanti. 


tapi aku hanya sempat menolong sehari sahaja kerana keesokannya aku terpaksa ke kuantan untuk melawat mak aku yang diserang stroke. tapi aku dah siap rentang tali tu sampai hujung, jadi tak lah dia orang bising. pasal kerja aku dah beres. cuma kerja dia orang saja lagi yang belum selesai.

kaum lelaki membuat lubang dan yang perempuan pula memasukkan biji benih ke dalam lubang. sambil tu biasalah, riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurau senda. aku hanya mendengar saja dan tersenyum jika ia agak melucukan. bukan tak nak ikut sama bergurau, tapi aku lebih suka menjadi aku yang biasa-biasa saja.

begitulah serba sedikit tentang jagung yang aku tanam dan usahakan dengan kerjasama yang erat isteri aku. kalau nak harapkan aku sorang memang tak terbuat. tapi dengan bantuan isteri ini, jadi bersemangat dan bertambag berkobar perasaan itu. ok lah nanti aku tunjuk pulak gambar aku main hujan. best main hujan ni kalau nak tau. hahhah.... apalah.... macam budak-budak pulak main hujan.
jumpa lagi di lain episod. wassalam.... daaaa....... 

Rabu, 19 September 2012

kad raya jaman tori - 23.


haa... ini lah dia kad yang ke 23 dalam siri kad raya jaman tori. kad korang tak tau lah yang ke berapa pulak. eh...! korang ada ke hantar kad raya kat aku. kalau ada nanti aku cari ya. kad ini dari tawau, sabah. rasanya aku pun pernah cerita dalam siri surat jaman tori. cuma kad ini antara yang otai lah, pasal aku terima semasa aku masih kat maktab lagi. tak percaya...? jom kita baca sama-sama apa dia punya cerita.


cuma sebelum itu, korang perasan tak setiap kad itu semuanya ada dua lubang. bukan lubang hidunglah. tapi itu lah lubang yang ditebuk oleh anak aku menggunakan 'punch' penebuk lubang. nasib baiklah aku dapat selamatkan kalau tak hancur kad tu dikerjakannya. tak tau langsung pasal nilai atau kenangan dalam hidup. alaaa... budak-budak memang lah tak tau pasal dia orang budak-budak lagi. banyak pulak aku punya pot pet... moh baca apa yang ditulis oleh kakak aku ni...



dah baca... kan sah kad ini aku terima semasa aku masih kat maktab lagi. belum kawin lagi tu... kalau tanya pasal posting ni... bermakna tahun 1991. korang pun belum lahir lagi. bermakna jugak kad ini lebih tua dari korang. heheheh.... begitulah kira-kiranya. pasal posting mosting ni... aku tak kesah sangat. mana-mana pun boleh. asalkan jangan dalam hutan rimba sudah. mana ada sekolah dalam hutan rimba kan. tak kan nak ajar gajah, beruang dan yang seangkatan dengannya kot. kalau orang utan tu.... posible lah sikit kot. pasal ia orang yang duduk dalam utan. dalam jangan minta sabah atau sarawak.... akhirnya ke sarawak jugak aku dihantar. tak pulak aku rasa susahnya. mungkin aku dah biasa hidup berjauhan dengan keluarga agaknya. maklumlah anak jantan...

begitulah tiga keping kad raya jaman tori untuk tahun ini. selebihnya terpaksalah aku scan semula. bermakna juga tahun depanlah baru aku siarkan kat sini. lambat lagi lah jugak giliran kad korang semua aku paparkan. apa-apa pun terima kasih daun keladi kerana sudi membaca kad-kad ini.
sekian, wassalam...daaa..

kad raya jaman tori - 22.


lagi satu kad raya dari adik beradik aku. tapi kali ini dari kakak aku yang sulong. oleh kerana ia yang sulong, jadi adik-adiknya panggil ia embong. tapi kalau orang negeri sembilan panggil ombong. kad ini pun aku terima sebagai balasan kad aku yang hantar kepadanya. tengoklah sendiri kat bawah tu.



simple je gambar bunga raya yang menghiasi muka depan kad ini tapi cantik dan sedap mata memandang. cuma warna kelopaknya tak merah. tapi kalau merah tak sesuai pulakkan untuk jadi hiasan kad raya. nampak macam garang je. eh! pandai-pandai pulak aku ni komen warna bunga raya tu.... kalau dah cantik tu... cantik je lah... tak payah nak komen-komen lagi.



ucapan atau catatan kakak aku ni ringkas saja tapi 'direct to the point'. tak de lah berbahasa berbunga-bunga macam orang lain tu. boleh lah baca sendiri sebab jelas dan terang tulisannya. lain lah kalau korang tak tau membaca boleh lah aku tolong bacakan. hehehe... bukannya apa. aku ni nak tidor, tapi rasa tak nak lagi tu yang mula nak merapu tu. ok lah aku berhenti dulu kat sini, mari tengok pulak kad yang ke 23. wassalam...

kad raya jaman tori - 21.

assalamualaikum...
bulan syawal dah habis pun... jamuan raya dah tak ada lagi... dulu aku ada janji nak sambung siri kad raya jaman tori.... dah aku scan semuanya.... lepas tu aku tak ingat aku simpan kat folder mana....puas dah aku cari dalam pendrive aku yang tiga biji tu. tapi tak jugak berjumpa. entah-entah aku tak save agaknya... 
akhirnya aku terjumpa pulak lagi kad raya yang tak aku scan dulu, jadi korang boleh tengok lah sendiri ya kat bawah tu... ini antara kad raya dari adik beradik aku... ada lagi yang lain... nanti aku cari semula... kalau terjumpa aku scan semula dan kita baca sama-sama apa isinya nanti.



kad raya ini aku terima dari adik aku yang pernah berkhidmat di bosnia-herzegovina lama dulu. aku pernah ceritakan dalam siri surat jaman tori dulu. oleh kerana ia adalah sejarah jadi aku simpan kad ini sampailah sekarang. mungkin suatu hari nanti aku akan hantar kat muzium peribadi milik aku sendiri. nak hantar kat muzium lain mungkin dia orang tak terima agaknya.



begitulah isi kandungan atau coretan dari adik aku ini. masa ini aku baru lagi kawin, belum sampai setahun pun. masih dalam proses menyesuaikan diri lagi bak kata orang dulu-dulu. tapi itu dulukan, kini aku pulak dah beransur tua. begitulah lumrah kehidupan yang berputar umpama pusingan roda, ada masa di atas dan ada ketikanya berada di bawah. cuma pandai-pandailah kita bermain dengan gelombangnya agar kita tidak tewas dalam arus yang tidak menentu arah tujunya. yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan.

sekian, wassalam.

Rabu, 5 September 2012

idil fitri 1433 hijrah...

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
salam idil fitri dari aku buat semua yang membaca dan terbaca entry di danau kalbu ku ini. kali ini macam biasa kita bercerita pasal raya lah pulakkan. puasa dah berlalu meninggalkan kita semua. entah sempat atau tidak untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan. semoga kita semua diberi lagi peluang dan ruang kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menjalani ibadah puasa di bulan yang terkandung seribu kerahmatan dan kemuliaan, juga untuk terus istiqomah melaksanakan amalan di bulan ramadhan, di bulan yang lain pula. dah habis puasa sunat syawal ke? kalau belum, cepat-cepatlah tunaikan. jangan asyik sibuk dengan rumah terbuka saja. aku pun sama.... mengata dulang paku serpih...!!!



inilah gambar aku di pagi 1 syawal bersama anak bujang aku yang seramai lima orang. masing-masing berbaju melayu serba kuning dan aku pula berwarna hijau. jangan tak tau baju kuning tu baju tahun lepas punya dan aku pulak baju melayu tahun 2008...!!!! kainnya hadiah kak siti kantin sekolah sk kerayong sempena hari guru tahun tersebut... 



aiikkk... ada yang perempuan pulak... siti nur aisyah, belum sempat mandi dah di dukung oleh oleh ahmad kamal abdullah. anak perempuan yang lain dan umi nya sedang sibuk didapur untuk menyediakan apa yang patut pada pagi 1 syawal 1433 hijrah.


terlentok ahmad abdullah abbas dalam pelukan aku. sementara itu macam biasa ahmad bilal abdullah akan mengusik untuk menimbulkan suasana riuh rendah....



ahmad ali abdullah... paling berisi tubuhnya antara anak lelaki aku.



ahmad abdullah azzam.... puas dipujuk baru nak bergambar... penyegan sikit orangnya...



ahmad kamal abdullah... dah nak sama tinggi dengan aku. baru tingkatan dua... kalau tingkatan lima nanti agaknya lebih tinggi dari aku.



seorang lagi jejaka pemalu... ahmad bilal abdullah. walau pun suka mengusik adik-adiknya, tetapi kalau ajak bergambar payah.....



gambar aku yang agak kabur... mungkin tangan cameraman bergerak... itu gambar yang jadi macam tu.... samping hijau itu aku beli kat pasar payang, kuala terengganu semasa mengikuti kursus pendidikan islam prasekolah di institut perguruan batu rakit pada tahun 2006 yang lalu.



selepas bergambar dan meminum sedikit serta menjamah apa yang ada, aku dan anak lelaki aku ke masjid jamek, bandar triang. orang ramai telah memenuhi ruang dalam masjid, jadi terpaksalah aku anak beranak mengisi ruang bahagian belakang saja. tapi.... dalam pemerhatian aku makmum yang ramai tersebut terdiri dari para pekerja dari luar negara!!! sebenarnya mereka terdiri dari warga indonesia, bangladesh, pakistan dan nepal. orang tempatan masih belum ramai lagi yang hadir ketika itu. menghampiri pukul 8.15 pagi barulah kelihatan penduduk tempatan dari sekitar taman perumahan berhampiran bandar triang. gambar di atas adalah penerangan oleh imam yang bertugas tentang kaifiat solat sunat idil fitri.



ini pulak suasana ketika ketua kampung atau lebih mesra dengan panggilan tok empat sedang menyampaikan sepatah dua kata dan ucapan selamat hari raya idil fitri atas permintaan imam yang bertugas. 



setelah selesai mendengar khutbah solat sunat idil fitri, aku dan anak-anak balik untuk menjemput isteri dan anak perempuan aku untuk ke rumah mak mertua aku pula. jadi inilah gambar raya aku sekeluarga untuk tahun ini. yang lelaki temanya hijau dan kuning, perempuan pula hitam putih. untuk tahun depan tak tahu lagi. tapi aku mungkin akan pakai baju melayu tahun 2007 pulak agaknya. sebenarnya dah empat tahun aku tak beli baju raya...!!!! tapi hati aku puas sebab semua anak dan isteri aku setiap tahun ada baju raya baru...!!! 



suasana ketika nak bergambar beramai ramai. keluarga yang berwarna biru adalah keluarga abang ngah zakri yang tinggal di felda cini. abang ipar aku yang jugak mempunyai anak yang ramai tapi cuma tujuh orang sahaja. menang lagi aku...



katanya tahun ini giliran beraya di triang, sebab tahun lepas kat jengka dua rumah mak mertuanya.



masing-masing cuba memberi pose yang teristimewa dan menarik...



dengan gaya bebas pulak... kononnya macam candid camera lah katakan. tapi ahmad bilal abdullah tetap kat sudut ruang tamu rumah mak mertua aku ni.



giliran aku pulak duduk, sebab nak bagi ruang kat adik ipar perempuan aku dan suaminya. tahun ini dia dan suaminya cuti lama. cuma adik ipar aku yang kat johor bahru saja tak dapat cuti. 



tamat sessi bergambar aku dan keluarga pulang ke rumah mak dan ayah aku di kerayong pula untuk  memohon ampun dan maaf dari mereka serta berjumpa dengan adik beradik aku... bila perut dah berisi aku ajak isteri dan anak aku ke rumah tok chu iaitu adik kepada almarhum atuk aku. tak jauh pun... lima minit jalan kaki... sampai lah. di sebelah petang pulak selepas solat zohor aku dan keluarga ke kampung jeram ular- rumah adik ayah aku. tapi tiada berorang, mungkin pergi beraya agaknya. 

gambar kat atas ialah ahmad abdullah azzam yang sedang bergaya di hadapan rumah ayah de jalil- adik emak aku yang tinggal di felda mayam. begitulah serba sedikit sambutan hari raya idil fitri bagi aku dan keluarga aku pada tahun ini. sederhana tapi meriah... semoga ikatan kekeluargaan akan bertambah kukuh dan berkekalan hendaknya. 
wassalam... daaaa....