Rabu, 26 September 2012

sajak ganti main hujan...



dalam syahdu gema takbir
aku berdiri sepi di dermaga
melambai lagi pada ramadhan
yang bakal berangkat pergi
dan menanti syawal yang bakal hadir
ke mari lagi.

hanya aku mampu 
memerhati bahtera ramadhan
berlalu pergi
tak bisa ku tahu 
apakah ia kan ke mari lagi.


b.tan.
ramadhan 29 1433.
8.35pm.
seri buntar.


*
aku dah lama nak paparkan sajak ni kat danau kalbu ku, cuma masa saja tak sesuai. oleh kerana baru-baru ini pada hari sabtu 22 september 2012, hampir semua data dan gambar dalam pendrive aku telah dimakan oleh virus dalam pc kat meja kerani sekolah aku tu, bermakna juga aku telah kehilangan gambar yang aku cadang nak postkan kat danau kalbu ini selepas entry yang bertajuk jagung. dulu aku kata gambar aku main hujankan, sebenarnya bukan main hujan tetapi gambar aku tengah mengangkat enjin pam air selepas menyiram. tak sampai sepuluh minit siap menyiram, maka hujan pun turun dengan lebatnya. habis basah kuyup aku. tapi terpaksa jugak menyelamatkan enjin tu dari kebasahan walau hujan lebat. isteri aku pulak yang berada dalam van sempat merakamkan saat-saat aku berkemas nak pulang ke rumah.

nampaknya selepas ni terpaksalah aku cari dan rakam gambar semula untuk entry yang akan datang. tak pun aku terpaksa tunggu pc kat rumah ni aku pi baiki dulu. kalau tak silap aku, tahun ni saja dah empat atau lima kali aku format pc tu. apa taknya, anak aku bila main games bukan ingat dunia, bila dah boring karang mulalah semuanya ditekan dan dikliknya. yang susah aku jugak. bila nak buat kerja, dah tergendala. sabar je lah dengan perangai anak-anak. nak buat cam mana kan. dia orang tu amanah Allah,
kenalah kita didik dan jaga mereka dengan cara yang betul. bukan terlalu memanjakan mereka dan bukan juga terlalungarang dengan mereka.


ok lah, macam biasa aku berhenti dulu kat sini dan di lain kesempatan aku sambung lagi catatan di danau kalbuku ini. wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan