Rabu, 30 Oktober 2013

bungkusan misteri...

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
terlalu lama aku berlama membiarkan danau ini sepi dari sebarang entry atau pun posting. namun bukanlah bermakna aku telah jemu untuk bermain air di tepiannya. tidak...tidak sama sekali...aku tak pernah jemu... cuma kekangan masa dan idea saja yang sering membuat aku menyepikan diri. nak tulis atau catat tentang isu semasa, bimbang ada yang terasa atau tersinggung walaupun pru dah lama berlalu. tapi ironinya masih lagi ada. tambahan pula dengan pembentangan belanjawan 2014 baru-baru ini yang membuat ramai orang memberi berbagai pandangan dan pendapat.

aku bukan tak mahu turut sama, tapi bagi aku itulah helah amno dan gelagat pemimpinnya. apa mereka kesah kerana pilihanraya umum ke 14 lambat lagi. dah dekat nak pru nanti barulah mereka pasang strategi lama mereka itu. mulalah hulur umpan lagi. dan terkena lagi mereka yang masih tak percaya dengan penjelasan yang diberi oleh pemimpin pakatan rakyat. berbuihlah mereka menerangkan.... tapi rakyat kebanyakan masih juga tak terbuka minda mereka. apa nak buatkan... kuasa memberi petunjuk dan hidayah adalah kuasa Allah Yang Maha Esa. kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berusaha. selebihnya berserah pada-Nya jua.

ehhh...apa aku ni! tajuk entry bungkusan misteri... tapi pot pet pot pet bab lain pulak. hahahah...janganlah pelik.... itu hanya mukaddimahnya saja. ini ceritanya yang sebenar... selepas makan nasi di kantin tadi dan mendengar cerita beberapa orang cikgu lelaki aku pun naik ke pejabat. dalam perjalanan itu aku hanya tersenyum pada posmen yang menghantar surat dan bungkusan. kemudian aku ke tingkat tiga nak tengok kontraktor pendawaian di pusat sumber sekolah, tapi tiada pulak... jadi aku pun turun semula ke pejabat dan singgah di meja par pejabat sekolah aku. lalu membelek beberapa pucuk surat dan bungkusan yang terletak di atas meja itu.

tiba-tiba... aku rasa macam tak percaya.... lawas... siapa pulak yang dapat bungkusan dari lawas ni? aku pun mengamati nama pengirimnya..... alamat sk belipat, 98850 lawas... penerimanya.... akuuu... ehhh...barang apa pulak ni.... macam mana dia tahu nama dan alamat aku ni. rasanya tak ada aku tertinggal barang di sk belipat dulu. aku pun masuk ke bilik aku dan membelek lagi bungkusan tersebut dan terdapat nombor telefon pengirimnya.... lalu aku mencapai pisau dan membuka dengan hati-hati bungkusan tersebut... ikan...? ikan masin terubuk ke ni? aku mengeluarkan lagi khazanah yang terdapat dalam kotak misteri itu.... ada tahai, ada sambal tahai dan tahai bersira agak aku...

kepala aku pun mula berfikir.... tak mungkin pengirim ini yang mengirimkan... mesti ada seseorang yang telah memberi nama dan alamat aku ni.... tapi siapa ya.... aku tahu siapa dan rasanya aku tak silap orang.... cuma di atas kiriman itu aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana setelah hampir 17 tahun meninggalkan bumi lawas akhirnya aku berpeluang lagi menikmati kerangupan rasa ikan tahai dari kampung punang, lawas. terima kasih daun keladi... kalau boleh hantarlah lagi.... aku sentiasa menanti lagi....heheh

kat atas tu bukan gambar hiasan ya.... tapi itulah bungkusan yang aku katakan misteri tadi. misteri tak misteri pun nama pengirim dan nombor telefonnya terpaksalah aku padamkan.... bukan aku takut cuma tidak mahu menyusahkan orang lain. dan pengirimnya adalah lelaki, bukan perempuan.... harap maklum...

aku fikir cukuplah dahulu untuk kali ini kerana aku nak balik.... ehhh.... bukan baliklah tapi mulih.... hahaha... dah dapat bungkusan dari lawas... kenalah cakap bahasa kedayan ye tak... ok lah.... jumpa lagi di lain masa dan waktu yang mengizinkan... selamat deepavali dan awal muharam kepada semua... deepavali...!! teringat aku kepada ramanaguru.... bekas murid aku yang telah melangsungkan perkahwinan pada 19 oktober yang lalu. ia ada menjemput aku...tapi pada hari itu aku ada kelas.... tak dapatlah nak pergi... nanti kalau ada gambarnya aku akan kongsi kat danau kalbu ku....  wassalam....daaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan