Jumaat, 30 November 2012

kawasan perkhemahan di waktu malam.(18.10.2012)

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
sambung lagi cerita pasal perkhemahan. cerita jangan tak cerita. di bawah ni gambar yang aku snap pada waktu malam. walaupun hujan lebat di kawasan triang dan seri buntar ketika aku bergerak menuju ke sekolah, tapi apabila melepasi simpang bukit mendi dan seterusnya ke kemayan aku dapati tiada hujan. yang ada hanya renyai-renyai saja. tapi hati masih berdebar kerana aku belum sampai ke sekolah lagi. harap-harap tak hujan lah hendaknya. kalau hujan tak tahu lah keadaan di kawasan perkhemahan tu.

tapi, alhamdulillah ketika memasuki kawasan persekolahan hanya kesan basah saja. menurut mereka hujan renyai yang agak lebat disebelah petang. tapi berhenti sebelum maghrib. lega rasanya. seterusnya pada malam itu tidak ada hujan. sekadar tiupan angin dan gerimis yang mengundang kedinginan malam lalu menerpa ke tubuh insan-insan yang bersembang di bawah garaj yang dijadikan dapur atau tempat memasak bagi setiap unit pasukan beruniform menikmati apa-apa yang ada termasuk goreng tepung atau cekodok yang dah sejuk dan hampir keras(karau?). hehehhe.....



setelah keluar dari rumah cikgu zulkifli dan ketika semua peserta sedang 'dilanyak' oleh cikgu khairul dalam sesi kawad kaki di dewan sekolah, aku mengambil kesempatan untuk pusing-pusing di sekitar kawasan perkhemahan.


lampu yang menerangi malam menjadi teman di kala kesepian. hampir rm280 aku belanjakan untuk membeli wayat dan mentol. tapi bukan duit aku, duit kokurikulum. tahun depan untuk perkhemahan seterusnya beli lagi, barulah dapat meliputi semua kawasan perkhemahan.



kawasan ini agak gelap kerana mentol tidak mencukupi.



aku suka kawasan ini. ini adalah tengah-tengah kawasan perkhemahan. kelihatan pokok durian dan pokok kelapa sawit. aku bercadang nak jadikan ia kawasan ruang untuk solat bagi peserta perkhemahan. 



kawasan khemah peserta perempuan. berhampiran makmal komputer. kelihatan belerang yang telah ditabur disekeliling khemah. belerang antara barang yang wajib ada semasa program perkhemahan dijalankan.



satu lagi gambar yang menunjukkan khemah peserta perempuan. nampak tak cikgu habil yang sedang menabur belerang tu.


begitulah rupanya keadaan atau suasana kawasan perkhemahan di waktu malam. kadang-kadang rasa seram jugak sebab berhampiran dengan hutan walaupun masih lagi dalam kawasan sekolah. apalah aku ni kan, macam perempuan pulak nak seram-seram. tak ada lah, aku saja je cakap macam tu nak tengok respon korang semua. 

apa-apa pun selamat malam aku ucapkan kerana waktu dah pun menunjukkan jam 2 pagi pada hari jumaat yang mulia ini. dalam sibuk menyiapkan assignment yang tak mahu siap sempat jugak aku update blog ya. alaa... apa yang susahnya, gambar tu dah lama aku muat naik tapi tersimpan sebagai draf saja. bila ada masa sikit aku taip lah apa yang patut sebelum diterbitkan di ufuk danau kalbu.

ok lah... aku nak berhenti dulu dan nak jenguk pulak kerja kursus yang ada tu. akhir kata majulah kokurikulum untuk sekolah. wassalam.... daaa...

Isnin, 19 November 2012

menjejak denai jungle treking...

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
malam ni tak ada mood nak siapkan assignment. dah seminggu lebih.... asyik buat yang tu je.... siapnya tidak. baik aku update blog aku ni. alaaa... lebih kurang macam nak 'release tension' lah sikit. pening dah rasanya kepala aku ni. 

sebagai nak meringankan kepala yang mula rasa berat, aku nak kongsi pulak gambar semasa aku bersama cikgu shahariman, cikgu habil dan along anak kak intan tukang masak kat kantin sekolah serta 10 orang murid meredah semak dan hutan untuk mencari denai atau jalan menuju ke kawasan air terjun. air terjun yang terletak di kawasan bukit di kampung dato' seri hamzah ini tidak lah tinggi sangat atau besar airnya. tapi cukuplah untuk dijadikan salah satu aktiviti semasa perkhemahan nanti.

operasi menjejak denai jungle treking ini diadakan pada 9 haribulan 10 bersamaan hari selasa. selepas masing-masing mengisi perut kat kantin sekolah, maka bermulalah perjalanan yang memakan masa hampir satu jam setengah. agak lama kerana terpaksa menebas dan menebang anak kayu yang telah menutup jalan yang lama tak dilalui itu. 



inilah permulaan jalan yang perlu diterangkan. kalau tidak nanti ada pulak yang terjatuh atau rebah kerana tersepak atau tersangkut kat kayu atau akar.



kelihatan cikgu habil dengan penuh semangat memulakan operasi. parang yang nampak macam pedang tu parang aku, tapi dia punya ketumpulan.... tetak taik pun tak lut... 


nampak macam jauh sebab jalannya semak... tapi sebenarnya dekat je.....



setelah melepasi kawasan yang semak itu, maka kami pun sampai ke kawasan kebun milik penduduk kampung. menurut kata along kebun ini milik din gagap.


di sinilah juga bermulanya laluan mengikut anak sungai.


cikgu habil sedang berehat melepaskan penatnya.


sementara itu cikgu shahariman dan along bergambar sebagai kenang-kenangan.


pondok kecil yang terdapat di kebun itu. ada seekor anjing yang ditugaskan sebagai pengawal.


nama pun budak-budak, pantang jumpa air.... sibuk nak main.


kawasan ini telah ditanam dengan anak pokok getah.


ketika berehat itu sempat lagi cikgu habil mengasah parang sabitnya.


inilah antara laluan yang akan ditempuhi oleh peserta perkhemahan nanti.


masing-masing sempat lagi berehat sementara menanti laluan diterangkan.




gembira dan ceria... maklumlah upsr dah selesai dan diberi pulak peluang sebagai pembantu pengawal tentulah suka.


antara kawasan yang perlu di 'clear' kan.


along yang bertindak sebagai 'guider'.


bila dah terang, barulah nampak anak sungainya. tapi airnya kurang pasal dah lama tak hujan.



berehat lagi sambil berbincang mengatur rancangan. punyalah serius cikgu shahariman kat atas tu. macam nak telan orang je...



tapi macam biasa... budak-budak mana tahu masalah orang tua. asyik bergembira saja.


keputusan diambil... buat trek dengan mendaki tebing yang curamnya lebih kurang 45 darjah...


sedang berusaha menaiki cerun yang tinggi.



dua aksi cikgu shahariman yang cuba pula nak mendaki tebing. katanya ia antara 'reader silent' blog aku ni.


dari ketinggian 25 kaki dari anak sungai tadi yang nun jauh di bawah sana.



akhirnya... sampai jugak ke permulaan puncak...!!! tapi laluan tadi bahaya... perlu ikut laluan bawah jugak...




lihat sajalah aksi murid lelaki tahun enam ini. ramai yang nak ikut, tapi ini saja yang dibenarkan.


fuuuhhh..... sedapnya dapat berbaring.....


kalau dah jumpa air.... siaplah kau...!!!


pemandangan dari atas bukit ke bahagian bawah.... sayup jugak lah mata memandang...






kan aku dah cakap... 


berehat sambil berbincang dan bercerita.


suasana hutan di sekeliling kawasan air terjun itu... tenang dan tenteram. tapi kata along agak 'keras' jugak kawasan itu...


firdaus... yang takut nak mandi. hanya menunggu duit kawan-kawannya.


masing-masing melepaskan penat....



air terjunnya kecil tak besar....



puncak paling atas.... tapi nak sampai ke atas tu agak bahaya laluannya.


perjalanan menuruni kawasan air terjun.


operasi berjaya... masing-masing pulang dengan gembira dan akan kembali lagi beberapa hari sebelum aktiviti sebenar dijalankan bagi memasang tali dan menanda beberapa kawasan bahaya.


* begitulah kisahnya kali ini. tapi untuk trip memasang tali itu aku tak ikut kerana aku ada banyak kerja yang perlu dibereskan. apa yang penting segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. selepas ini kita tengok pulak gambar semasa aktiviti perkhemahan diadakan.
sekian, wassalam....daaaa...