Isnin, 27 Januari 2014

catatan terlewat 2 : catatan selepas hujan turun.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...ketemu lagi kita di danau ani yang sajuk aingnya... tapi suam-suam kuku juwak karang ani.... di bawah ini adalah catatan terlewat semasa hari kedua aku di nilai tempohari. selepas hujan turun dengan lebat dan perut pun lapar, aku pun pusing-pusing cari kedai untuk mengisi ruang yang kosong dan berlabuh di sebuah restoran 'tea box cafe'. selamat membaca ya saudara dan saudari








































heheheh...aku tak tau korang perasan ke tidak.... pada catatan itu aku telah tersilap tulis tarikh.... ada ke patut 03. 02. 2014. cepatnya nak habis tahun... baru bulan satu dah tulis bulan dua...nasib tahunnya betul. itu baru malam kedua tidur sorang dah silap tulis tarikh... nak tunggu malam kelima tak tau lah bagaimana rupanya ya... tapi kat bawah tu betul pulak tarikhnya. macam mana aku boleh tak perasan semasa menulis ni agaknya. mungkin perut lapar sangat agaknya kot.

tak kesahlah pasal tarikh tu, apa yang penting semasa menjawab soalan tu semua data atau maklumat yang diperlukan aku isi dengan betul. kalau tak harulah jawabnya nanti. ok lah... aku fikir cukup dulu setakat ini dan jumpa lagi lain kali kerana ada satu lagi catatan terlewat semasa kat nilai dulu. lepas ini nak pi mesyuarat mtq pulak. tahun ini giliran sekolah aku  yang jadi tuan rumah peringkat zon. nak bincang tentang tarikh dan ajk serta nak menetapkan tarikh mesyuarat peringkat zon. nampak gayanya lambat lah aku nak pergi ke temerloh hari ini. apa pun aku seronok pasal kawan aku nampak gayanya dah mula jugak rajin update blognya. kalau berani mai lah lawan sapa yang paling aktif. kalau kalah belanja aku........ kalau aku kalah memang patut lah sebab aku dah berumur... kita muda lagi baru nak masuk 'four series', aku dah lama.... hehehhehe....

panjanglah pulak aku menceceh.... maklumlah dah lama tak merapu dan meraban... sekali sekala dapat peluang mana boleh lepaskan.... dan akhir kalam sambutlah salam kemesraan dari aku di tepian danau ini buat semua yang telah sudi datang berkunjung dan bertamu.... cuma maaflah pasal air kosong je yang aku dapat hidangkan.... heheheh.... assalamualaikum....... daaaa....

Sabtu, 25 Januari 2014

catatan terlewat 1.

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...... macam biasa...apa khabar saudara dan saudari sekalian? diharapkan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan taufik dari Ilahi hendaknya.... AMINNNNN.....
hari ini sekolah ganti bagi cuti tahun baru cina nanti.... lama cuti tu.... enam hari.... tapi ada jugak yang tak pergi sekolah tapi ia pergi kelas pjj...aku ucapkan selamat belajar kepada semua terutama dan teristimewa kepada sahabat aku semoga tabah hadapi hari-hari mendatang... dulu semasa mula-mula semester empat
iaitu pada hari pertamanya aku ada buat catatan tapi cam biasa jugak tak sempat nak salin semula, jadi....





jadi dah siap baca ka cek oiii... cantikkan tulisan aku tu...almaklum lah tulisan orang dah berumur. nak kata tua tak berapa lagi nak tua...tapi rambut tu dah beruban dah...

itulah sedikit alkisah aku pada hari pertama semester empat. nak menghabiskannya tu.... kuuussss semangat... tapi alhamdulillah habis jugak. karang ni tengah menunggu keputusan periksa saja lagi. harapannya lulus dengan cemerlang dan boleh sambung semester lima pulak pada penghujung bulan dua nanti.

lepas ni aku nak kongsi pulak cacatan aku semasa mengharungu hari-hari yang bernama sepi walau pun tak sunyi kat nilai ni. kalau ada ejaan yang tak betuk semasa aku menaip ni... harap maaflah sebab cermin mata aku tak tahu tertinggal atau tercicir kat mana semasa mengikuti budak-budak menjalani merentas desa tadi. kalau tak jumpa nanti terpaksa buat yang baru lah nampak gayanya. duit lagi.... apa nak buat...sabar je lah yaaaa.....
assalamualaikum..... daaaa.... see you....











Isnin, 6 Januari 2014

hujan malam hotel bulan bintang....

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
baru-baru ini aku ada janji nak jumpa kat nilai kan...karang ni aku berada di hotel bulan bintang ... ini adalah malam ke empat aku menginap di sini.... jangan tanya pasal sejuk...hanya Allah saja yang tahu tahap kesejukannya. siang tadi bukan main panas.... tau-tau tengah aku berinternet ni hujan pulak turun ...tapi dah mula beransur reda. namun masih lagi kedengaran petir dan kilat...yang menandakan mungkin hujan nak berterusan sampai ke pagi....

beberapa malam yang lalu aku cuba bukak internet menggunakan kemudahan wifi kat rumah Allah ini...tapi gagal.... siang tadi baru aku perasan...dia punya password aku silap taip.... jadi pada malam ini sambil menelaah nota yang di beri oleh rakan sekelas tadi dan selepas santap nasi goreng kampung serta kopi jantan mata ni tak pulak mengantuk macam malam semalam. kalau semalam pukul sebelas lebih aku dah rasa begitu kalat sekali. tapi malam ini segar, segar pepohon yang menerima curahan hujan sebentar tadi.

beberapa hari yang lalu iaitu malam pertama aku di nilai ini, aku ada buat catatan sambil menunggu makanan yang aku pesan, punya lah lama sempat aku menulis lagi. dan malam ini pun ketika menunggu makanan aku sempat membuat sedikit catatan lagi. in sya Allah aku akan scan dan paparkan kat sabah. isinya macam biasa jugak apa yang aku buat dan aku tak catat apa yang aku tak buat.... hehehe... mengada-ngadakan aku ni....

waktu kat nilai ni dah pukul 12.17 malam... bendahari masjid(oppps....pecah lah pulak rahsia aku) baru sampai bersama isterinya dan terus menuju dari tabung ke tabung untuk mengutip wang sedekah, derma atau juga sumbangan dari orang ramai pada waktu siang tadi. begitulah aktivitinya pada setiap malam. tak tahu lah pulak berapa jumlah kutipannya pada setiap malam.... ada juta-juta agaknya  kan....

baik lah para hadirin sekalian.... saya ingin mengundur diri dahulu untuk memberi laluan kepada saya yang nak menyambung study saya... selamat malam dan semoga setiap malam adalah malam pertama kalian..... hehheheheh.... itulah gaya orang yang dah lama tak jumpa anak.... anak pak mertua lah .... apo lah ekau ni jang... poi lah main jauh-jauh....acik nak tidor ni.... kang den sosah kang.... menangih tak ado guno... hak kau dah diambik orang...

sekian.... wassalamu.... daaaaa.......

Rabu, 1 Januari 2014

mengharung mimpi di gelita mentari....

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
aku berharap semua yang membaca atau terbaca catatan ini dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah hendaknya. AMIIIN.... hari ini adalah hari pertama dalam tahun 2014 dan hari pertama persekolahan mula beroperasi. walau pun beberapa hari yang lalu cikgu-cikgu telah mula kembali bertugas di sekolah masing-masing dengan berbagai urusan dan tugasan yang menanti dan ternanti. harap semuanya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan beroleh kejayaan hasil dari dedikasi yang dicurahkan.

aku pada tahun ini agak macam biasa saja. perancangan dah siap dah telah diedarkan kepada semua guru. harap mereka berpuas hati dengan tugasan atau jawatan yang aku susun. kalau ada yang tak puas hati tu... i'm sorry saja lah ye.... sapa lah aku yang dapat memuaskan nafsu semua orang... cuma nak haba' kat sini... pada hari besok aku akan berangkat menunaikan fardhu kat nilai lagi. nampak gayanya macam nilah setiap awal tahun selagi tak habis belajar. besok tentu semua cikgu kat sekolah aku bertungkus lumus melayan kerenah anak murid serta berdebar menanti kedatangan pegawai dari jpn pahang. nak buat cam mana kan, dah dia orang nak datang... biar sajalah... tak kan kita nak larang atau halau pulak...terima dan layan saja lah dengan seadanya...

sebenarnya terlalu banyak perkara dan peristiwa yang aku lalui dan tinggalkan dalam tahun 2013 yang lepas. antaranya ialah aku telah jatuh cinta.....!!! hahahah... aku gurau sajalah.... mana dapat aku tulis satu persatu kan.... terlalu banyak....masa cuti yang baru ini saja pun banyak peristiwa yang terjadi dalam hidup aku. namun semuanya itu adalah asam garam dalam kehidupan. kalau tak ada asam garam nanti tak sedap pulak rencah kehidupan yang kita lalui seharian kan.

pada tahun ini (2014) tiga orang guru baru masuk ke sekolah aku bagi mengantikan tiga orang yang dapat bertukar. dua orang ke selangor kerana mengikut suaminya yang bertugas di selangor dan seorang tu lelaki balik ke johor walaupun baru setahun berada di sekolah aku ini. tapi yang bestnya ialah..... tiga orang yang masuk tu semuanya dari sarawak.... walau pun semua lelaki... tak kesah lah.... dan seorang tu dari sk belipat, lawas.... aku pun seperti tak percaya bila membaca surat pertukarannya itu. karang ini ia balik dulu ke lawas kerana menguruskan barang-barangnya yang masih ada kat sana. aku pun belum sempat bersembang lagi dengannya. nanti lah masih banyak masa lagikan....

nampak gayanya aku terpaksa memendekkan catatan pembuka tahun baru ini kerana sat lagi aku nak solat dan balik serta terus ke sekolah menegah agama guai, anak bujang yang nombor dua tu dah beberapa kali menelefon suruh datang bawak itulah, inilah serta resit bayaran yuran sebab nak ambil buku tulis kat guru kelasnya. maklumlah budak tingkatan satu dan duduk di asrama, tentulah gabra bila tengok kawan lain semua dah ada buku. ok lah ya...semoga di tahun 2014 ini aku lebih rajin meng'update' blog aku ni. nak dibiarkan bersawang...sayang pulak rasanya.... begitulah manusia, walau ditinggalkan namun di hati tetap setia mencinta... bak kata setengah mati merindu... apa yang setengah tu..aku pun tak tahu...

ok... jumpa lagi kat nilai untuk tempoh enam hari dan selamat bermalam dalam van lagi kepada aku, nak sewa hotel tak berapa nak mampu, nak berulang lagi lah tak upayanya aku... semoga berbahagia semuanya dan semoga terus dalam rahmat Allah hendaknya...Amin...

sekian..... assalamulaikum.....  daaa....