Jumaat, 14 Jun 2013

musafir @ nilai...


assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh.....
lagi sekali mari kita berjamu mata dengan melihat gambar-gambar yang sempat aku 'snap' semasa aku bergelandangan kat nilai bermula 7 hingga 9 januari tempoh hari. ceritanya dah diketahui walau  tak sepenuhnya kan. tak pe lah tu. sikit-sikit cukuplah... tak perlu banyak-banyak sangat. bak kata orang dulu-dulu sekeping gambar lebih bermakna dari seribu perkataan. atau dengan bahasa yang lebih mudah, gambar dapat menerangkan segala-galanya lebih dari kata-kata yang manis bermadu tapi pahit bak hempedu. ehh...! faham ke apa yang aku bebelkan ni? kalau tak faham, kali ini cubalah translate pulak guna google translate ye! insyaAllah mujarabbb....

baiklah... berbalik semula kepada gambar yang aku paparkan kat bawah ni (bukan papar kat Sabah ya....heheheh), adalah bermula pada hari pertama, selepas menjawab soalan prinsip pengurusan perniagaan aku terus merayau sehinggalah ke nilai 3.




macam yang pernah aku katakan, nilai 3 ini hanya meriah apabila musim cuti atau pada hujung minggu sahaja.


gambar ini sengaja aku ambil besar-besar sempena cuti hujung tahun yang baru habis. banyak kenduri nikah dan kahwin. termasuklah kenduri yang tak sempat aku dan korang semua hadiri.



banyak kain yang berwarna warni dan cantik-cantik belaka.....



inilah menu makan malam aku pada hari itu. nasi goreng ayam dan teh 'o' ais. teh 'o' ais? jarang aku minum minuman ini. tapi entah kenapa, mungkin cuaca pada hari itu agak panas. ter'order' pulak aing yang aku jarang minum ni.



lepas makan aku pusing-pusing lagi sekali.


gambar apa ni? sebenarnya aku nak ambil gambar kilang karpet. tapi ni saja yang sempat di'snap'. kira ok lah tu.



haa...! inilah dia masjid lama nilai yang aku cakapkan dulu. tengok lah senibinanya tu. aku pun tak tau namanya.



bila ia dibina? itu kat atas tu ada tertera. kiralah sendiri berapa usia masjid ini. malah lebih tua dari ayah aku sendiri.



satu lagi gambarnya. kalau tak puas hati dengan gambar kat atas tadi.



ini pulak senarai nama ajk nya. cuba amati betul-betul muka ajk nya tu. ada muka melayu tak?



inilah mentari petang isnin pada 7 januari 2013 ketika aku nak masuk ke pekarangan masjid putra nilai yang baru.



kesepian aku di halaman rindu rumah-Mu tak kala rasa dingin ini menggigit tubuh kerdil aku dalam mencari seteguk nur kasih-Mu.
dalam van inilah aku melenakan diri aku untuk dua malam berturut-turut kerana periksanya tiga hari berturut-turut.



sebelum aku melelapkan mata sempat lagi snap satu gambar suasana sepi masjid di bahagian luarnya.



ini pulak gambar menaranya. mana? mana nak nampak kan hari malam.



tapi aku tak keseorangan atau kesunyian kerana terdapat beberapa budak usim yang turut sama berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. nampak tu dah ada dua tiga orang yang tergolek tidur.



inilah rupa aku pada hari kedua. sebelum menapak ke dataran nilai sempat dulu aku berkameh dan... ambil gambarlah. apalah urang ani, tangkap gambar dalam tandas.



mahallah ummu salamah... asrama pelajar pusat asasi uia di nilai yang bersebelahan dengan masjid putra.
course apa aku tak tau lah pulak?




sesampainya aku di dataran itu.... aik....! lengang saja. mana pergi orang ramai yang berniaga tempoh hari? setelah aku pandang sana, pandang sini ternampak satu kain rentang yang mengatakan hanya pada hari sabtu dan ahad serta pada hari cuti umum saja akan diadakan gerai atau jualan di kawasan itu. Nampak gaya melepaslah aku nak makan mee sup atau bihun sup yang power tu.



akhirnya aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja mengelilingi dataran itu yang ternyata... sunyi sopi... tak do orang...apo nak dikato...



ini lah dia dua orang gagak hitam yang berjoging semasa aku ber'walking'. ketika aku sampai kat dataran ni, dia orang pun baru sampai jugak. aku berjalan dia orang berlari. bolehlah potong aku yang dah tua ni. sampai kat hujung dataran dia orang berhenti dan buat senaman. serba salah aku... nak lalu ke tidak kat budak nursing ni... ye lah karang terpandang pulak aksi mereka yang melompat dan membuat regangan tu... akhirnya aku lalu jugak tapi buat tak tahu je lah...
beberapa meter kemudian aku terdengar dari arah belakang aku bunyi tapak kasut orang berlari... aik budak ini lagi.... nah ambik kau satu 'snap' dari aku.... masuk dalam blog aku....!




dari dataran nilai aku berpatah balik ke jalan besar dan menghala semula ke masjid baru nilai...



tapi aku membelok ke kiri, menghala ke arah hotel yang baru dibuka. bangunan lama tapi di'renovate' menjadi hotel





















































* maaf lah ya, tuan dan puan semua kerana aku terpaksa menamatkan jugak posting aku ni. kalau nak dikira dah berbulan ia terperap sebagai 'darf' saja sejak dari bulan januari yang lalu. kini aku rasa aku perlu memostingkan atau menerbitkannya kerana pada minggu depan aku akan ke sana lagi bagi menghadiri peperiksaan semester tiga pulak. mungkin ada cerita atau gambar yang lebih menarik nanti boleh lah aku kongsikan.
* ok.. lah, gambar kat atas tu tengok je lah ya.... tak sempat aku nak buat ulasan atau ceritanya.... kalau aku buat nanti tak tau bila boleh siapnya. harap ia dapat menghiburkan kalian.
* akhir kalam.... jumpa lagi di lain kali.... assalamualaikum..... daaaa....