Sabtu, 30 Jun 2012

main air kat pedas...

assalamualaikum..... semalam cerita pasal nilai.... kali ini nak cerita pasal main air kat pedas, negeri sembilan. dua-dua tempat tu dalam negeri yang sama. semasa nak balik dari kelang setelah selesai urusan pendaftaran dan kemasukan anak sulong aku ke pusat asasi uia di petaling jaya, pada keesokan harinya iaitu hari isnin, aku sekeluarga pun bertolak balik ke pahang. macam biasa ikut senawang, kuala pilah, batu kikir, air hitam, kemayan dan terus ke triang. cuaca amat baik sekali dan lalulintas pun berjalan lancar. dari kelang pukul sembilan lebih, hampir pukul sepuluh setengah dah sampai kat kawasan seremban.

tiba-tiba isteri aku berkata: abang, jom pergi kolam air panas pedas, kita tak pernah pergi lagikan? tak, jawapan ringkas dari aku yang sedang memberi tumpuan kepada pemanduan. jom kita pergi, katanya lagi. apabila didengari oleh anak-anak aku, apa lagi riuh lah suara yang mendesak aku ke sana. apa tah lagi mereka pernah membacanya dalam majalah kuntum. 

selelepas tol seremban aku pun berhenti di stesen petrol shell, seremban. bukan nak isi minyak tapi nak study, nak baca buku peta dulu. buku peta memang selalu ada dalam van aku... sebagai rujukan apabila memerlukannya. setelah siap study..aku ambil keputusan untuk masuk highway utara selatan semula sebab ada persimpangan keluar ke pedas. dan dekat ke kawasan air panas tu... lebih kurang setengah jam aku dan keluarga aku dah sampai kat situ....


tak percaya ke.... tu kat atas tu buktinya.... zaman sekarang senang, papan tanda banyak sebagai penunjuk arah kalau nak ke sesuatu tempat. pemandandan dari jarak jauh kawasan hadapan kolam air panas tu.


ini dia pandangan jarak dekat pulak. pintu masuk ke kolam air panas. kena bayar tiket dulu baru boleh masuk. 


tu dia... sempat lagi berposing dalam alur atau parit besar yang mengelilingi kawasan kolam.


bukan main seronok lagi siti nur aisyah bila dapat main air.


aku pada mulanya hanya sebagai pemerhati saja. memerhati gelagat anak aku untuk menjaga keselamatan mereka. bimbang jugak dalam keseronokan bermain air ada bahayanya. malang tak berbaukan.


tapi bila melihatkan siti nur aisyah tidak ada siapa yang nak melayannya, aku pun ubah fikiran. nak harapkan abang-abangnya tah kemana lesap dicelah orang yang ramai tu.


aku pun dengan selamba mengeluarkan segala khazanah dalam poket seluar aku dan menyerahkannya kepada isteri aku untuk disimpan dalam beg tangannya. 


tanpa menukar baju atau seluar aku pun masuk ke dalam kolam yang besar untuk bergurau dan bermain air bersama siti nur aisyah. berkedut kening aku menunggu anak aku mengambil gambar.


kenapa pulak dengan si ali ini? tak sah agaknya kalau tak ada yang menyakat. apa lagi mulalah ada yang menangis.


puteri kedua aku, siti nur amni bakal menduduki spm pada tahun hadapan. ramai mengatakan hanya ia seorang saja anak aku yang mukanya mirip muka aku turut sama bermain air bersama adik-adiknya. 


pandangan dari arah belakang. akhirnya isteri aku pun turut sama 'join' setelah diajak oleh aku.


berjaya jugak anak-anak aku memujuk uminya untuk menyewa bot pelampong yang besar tu untuk bermain di tengah kolam.


suasana di dalam kolam memang ramai walaupun pada hari isnin. aku agak yang datang tu semua keluarga cikgu-cikgu, pasal musim cuti sekolah. kalau hari minggu lagi lah padatnya dengan manusia.


anak-anak aku, kelihatan ahmad abdullah azzam menarik bot pelampong sambil ahmad ali abdullah cuba untuk naik ke atasnya bersama ahmad kamal abdullah.


gambar aku yang sekerat. hasil kerja ahmad ali abdullah yang teringin sangat nak mengambil gambar aku yang basah kuyup sebelum menukar pakaian. 


inilah gambaran sekitar kawasan kolam yang berpagarkan tembok. gambar ini aku rakam dari atas jambatan untuk memasuki kawasan mandi manda. terdapat satu kolam utama yang besar dan dua kolam yang agak kecil. tapi airnya dah tak berapa panas. kalau nak yang betul-betul panas memang ada. tapi tak lah macam panas air yang mendidih. kolam tersebut berhampiran pintu masuk bersebelahan dengan bilik persalinan. sebelum menukar baju, sempatlah aku merendam kaki aku dalam kolam tu. pada mula memang terasa panas, lama kelamaan badan kita akan dapat menyerap rasa panas itu dan mulai merasa akan nikmatnya berendam dalam air panas yang berkhasiat itu. 

hampir tiga jam jugak aku dan keluarga aku berada di situ sebelum beredar ketika jam menunjukkan hampir pukul 2.30 petang. perut dah lapar, badan pulak letih maka masa makan dah tiba. makan tengahari itu cuma ala kadar saja sebagai mengisi perut, pasal kat situ tak ada gerai yang jual nasi. yang ada cuma makanan segera saja seperti burger dan nuget goreng. sekian lah saja kisah bermain air kat pedas yang airnya tak pedas. nanti aku cerita pulak kisah bermalam di melaka bandaraya bersejarah. wassalam....

Jumaat, 8 Jun 2012

bersantai kat nilai.....

assalamualaikum.... kali ni aku nak buat entri lain sikit...bukan lain apa pun...cuma susunan gambarnya saja yang aku letak kanan dan kiri....supaya bila baca nanti boleh tengok gambarnya sekali....

pada hari sabtu yang lalu(2.6.2012)....setelah aku dan keluarga menjenguk mak aku di kerayong...lebih kurang jam 11 lebih aku dan keluarga pun menuju ke nilai setelah mengisi minyak di stesen petronas kat kerayong tu. aku terpaksa bawak anak-anak aku pergi jalan-jalan dulu pasal adik ipar aku belum balik dari kemaman. tak kan lah aku nak tunggu kat depan pintu rumahnya kat kelang tu dari tengah hari sampai malam kan. katanya tadi dalam pukul 10 malam baru ia sampai. jadi sebagai mengisi masa yang terluang tu aku cadang nak bawa anak-anak aku jalan kat nilai pulak. lama dah terpikir sejak aku belum belajar kat situ lagi. tapi macam biasalah kan....soal masa dan kewangan yang sering jadi batu penghalangnya. tapi kali ni adalah sikit untuk bersama dengan mereka.


perjalanan berjalan lancar tanpa gangguan... cuma isteri aku nak beli ikan keli salai kat tepi jalan sebelum sampai kuala pilah. aku kata kat kampung sebelum ulu bendul pun ada. setelah melayan kehendak isteri dan kerenah anak kat satu gerai yang menjual ikan keli salai, itik salai dan daging serta puyuh salai aku pun terus memandu menuju ke ulu bendul. kereta menghala ke seremban kurang tapi yang nak menghala ke kuala pilah berderet-deret tak putus-putus. aku pun hairan. nasib baik jalan dah lurus kalau ikut jalan bukit putus yang berliku dan berselekoh tajam tu...tak tau nak katalah... dah lah menaiki bukit pulak tu... kalau hari biasa tu laju saja lalu lintas.... tapi mungkin musim cuti sekolah agaknya dan ditambah dengan musim orang naik pelamin ni.... jalan raya pun jadi sesak dibuatnya. aku pun apa lagi tak lepas peluang lah ambil gambar...bukan selalu tengok jalan ni sesak macam tu....

jalannya memang sedap untuk memecut...tapi ini kawasan menurun bukit mana boleh laju sangat. karang tak sempat nak brek dah lain pulak jadinya. aku pun bukan nya mengejar masa. asal selamat sampai ke destinasi, itu yang lebih penting. cuma terkadang tu laju jugak lah pasal semua kereta lain laju terutama waktu pagi nak kejar kelas pukul lapan pagi.... hehehe....dua kali aku lewat sampai pasal lewat sedar....ustazah yang ajar bahasa arab tu selamba je tanya.... aku jawab lambat bangun.... solat subuh tak, tanya dia lagi. aku jawab... solat. memang aku solat pun tapi solat di surau simpang bukit mendi. kebetulan ada jemaah tabligh bermalam kat situ.... imamnya pulak baca surah panjang. pukul 6.20 pagi dari situ nak ke nilai. nak sampai sebelum pukul lapan...macam mana tak pecut punya. sampai-sampai dah pukul 8.30... jalan dah penuh dengan kereta terpaksa lah ikut saja arusnya. kali kedua tu pasal aku tak sempat nak siapkan assignment. pukul 6.45 pagi dari rumah... sampai-sampai subjek bahasa arab dah habis....
tapi aku orang yang bertanggungjawab....petang tu aku pergi jumpa ustazah yang sedang mengajar kelas lain untuk hantar kerja aku tu.... nasib baik lah masa tu mood nya tengah ok....

kereta yang berderet ni sampai ke penghujung jalan nak  ke paroi. aku pun tak tau bila agaknya 'jam' tu dapat diselesaikan. pasal jalan tu dua lorong tapi bila menghampiri kawasan ulu bendul ia akan jadi satu lorong sahaja. apa-apa pun bersabar saja lah menghadapinya. bukan kita saja yang nak cepat sampai, orang lain pun macam tu jugak jadi kena lah berhati-hati dan bertolak ansur agak tak terjadi sesuatu yang tidak diingini. kalau ikut hati apa-apa pun boleh terjadi. aku dah lali sangat pasal ni semua. terutama waktu nak balik dari nilai selepas habis kuliah. kadang-kadang tu hampir sejam masanya untuk jarak yang cuma beberapa kilometer saja.
 tapi kan bila sampai saja kat nilai tu aku pun terus ke nilai 3. isteri aku kata nak beli bantal untuk akmal, kerana belum beli bantal lagi. aku pun parking kat depan seven e yang ada mesin atm ambank tu. sambil tunggu isteri aku berbaris tu sempat lah aku ambil gambar kain dan tudung yang bergayutan tu. cantik-cantik warnanya... pilih...pilih.... jangan tak pilih.... nak jugak aku beli satu... tapi isteri aku kata tak sesuai untuk ia... ia tak minat warna yang garang-garang... selamat duit aku....heheheh.....

dah dapat keluar duit....jam tepat 1.30 petang....memang waktu makan tengahari... kebetulan kat seberang jalan tu ada gerai medan sekera. apa lagi jom lah menjamu selera. tengok tu siti nur amni dengan ahmad abdullah abbas sedang menikmati 'abc'... aku pun tompang sekaki menyudu ais nya tu...
masing-masing dah pandai order sendiri ikut selera masing-masing... ada yang nak nasi ayam, bihun sup, milo ais, susu ais, fresh oren tapi aku hari tu entah kenapa memilih mi sup sedangkan perut lapar tapi tak da selera nak makan nasi....

tengok tu jelingan manja dari isteri aku....hehehe...saja aku suka mengusik anak-anak aku yang tengah tunggu  pesanan makanan sampai. kenapa pulak dengan siti nur aisyah tu....mengantuk ke? kuyu je matanya. si ali pulak dengan muka boringnya, abdullah azzam terlentok keletihan campur lapar sementara ahmad kamal abdullah tersenyum saja apabila aku suruh pandang arah aku. kalau tak nanti tak dapat pulak nak ambil gambar isteri aku tu.




gerai tu besar dan panjang tapi orang ramai dan penuh mungkin kerana cuaca panas terik dan masing-masing kelaparan. ahmad bilal abdullah dengan lagaknya yang cuba menutup muka ahmad ali abdullah. kalau tak mengusik adiknya tak sah. mana rumah aku tu tak riuh rendah. kalau nak tengok dia orang senyap hanyalah masa tidor saja. selain dari waktu tu bising 24 jam. kalau orang tak faham, memang akan kata macam-macam lah, tapi bagi aku yang ramai anak ni dah lali dan biasa dengan keadaan macam tu.


lepas menjamu selera, ada pulak yang nak membuang...sementara menunggu tu sempat lah isteri aku ajak bergambar. eh... eh.... kenapa dengan aku tu macam tak nak je.... bukan tak nak lah tapi belum bersedia lagi anak aku yang nombor dua tu dah 'snap'. lain kali bilang lah 1,2,3, baru ambil gambar. ini tak pakai ikut suka dia saja. bukan selalu aku bergambar dengan isteri aku ni. ini kira nasib baik lah dapat tengok gambar aku dengan isteri aku tu. cantik tak isteri aku..... hahahah.... kalau ia tau mahu ia marah ni....

nampak tak depan seven E tu ada van, itu lah van aku. malas aku nak parking kat dalam tu. jalan kaki saja biar excercise sikit, kasi keluar peluh. kat nilai tu kalau nak membeli macam-macam ada tapi aku bukan lah banyak bebenor duitnya.  jadi tak ada apa yang nak beli melainkan bantal dan makan saja. cuma isteri aku nak cari beg kecil buat ganti begnya yang dah koyak.




tengok gambar ni pulak...kan aku dah bersedia tapi aku ni kan pemalu sebab tu tunduk saja.... penyegan orangnya....hahahah..... aku sebenarnya tak biasa bergambar ni.... kadang-kadang je itu pun ikut keadaan semasa dan majlis yang agak bersejarah saja.

tapi baru aku perasan yang aku ni lebih tinggi dari isteri aku... aku ingatkan ia lebih tinggi dari aku.....hahahah.... saja nak kena belasah aku ni kan.... dah 19 tahun nikah tak kan lah baru ini perasan....nampak sangat tak logiknya... nak buat lawak pun biar lah yang logik sikit.

aku pun dah letih sebenarnya menunggu anak-anak aku ke tandas tu...mana lah dia orang ni...tak kan lama sangat kot... banyak betul yang dibuangnya tu...

sementara menunggu tu, sempat lagi aku mengambil gambar... isteri aku dan siti nur amni pulak ke kedai seberang jalan tu nak cari beg kecil.

antara deretan puluhan kedai yang terdapat kat nilai tu... dulu pada tahun 2009 semasa aku pergi kat nilai sempena pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan kedai-kedai ni baru nak siap... kedai yang tengah maju ketika itu kini dah banyak yang tutup atau telah berpindah ke bangunan baru. biasalah kan strategi perniagaan..

mana ada orang berniaga nak rugi... semuanya nak untk belaka... termasuk lah orang yang membeli pun nak untung sama....
 ini lah kelebihan aku iaitu merakam gambar aku sendiri... agaknya dah tak ada kerja lain nak dibuat. semasa nak mencari dia orang tu, aku melalui di hadapan kedai yang menjual berbagai jenis dan saiz cermin. aku pun apa lagi berhenti dan mengeluarkan handset dan mengambil gambar... terror aku kan...

mana lah anak-anak aku ni... patutlah... dia orang jumpa kawasan taman permainan... apa lagi... sempat lagi main papan jongkang-jongkit, gelongsor dan buaian di waktu panas terik ni... anak... anak...

budak-budak mana tau letih...kalau letih karang...naik van tidor...itu je lah kerjanya... aki jugak lah yang terpaksa menahan mata yang mengantuk...






semasa nak melintas jalan sempat aku merakam sebahagian lagi deretan kedai yang membuat kita semua boleh rambang mata... kalau tak percaya pergi lah sana.... tapi sediakan lah duit banyak-banyak... kalau tidak nanti balik dengan tangan kosong saja lah pasal datang pun dengan poket yang  kosong... macam aku ni tak pe sebab aku tak banyak duit... kalau banyak pun tak terlayan kehendak anak-anak aku tu semua....




pusing sana...pusing sini nak cari kedai yang menjual bantal.... banyak yang menjual bantal tapi semuanya isteri aku tak berkenan.... aku pun masuk ke kawasan perniagaan yang lama.... yang dah banyak tutup kerana pindah ke kedai baru.... nak dijadikan cerita aku pun terpandang lah ke kedai yang menjual bantal kekabu original atau kekabu asli.... tengok tu berbagai saiz dan warna bantal. menurut penjualnya, kekabu itu di bawa dari indonesia... cuma kainnya saja yang dijahit sendiri di bahagian belakang dalam kedai tu...


sebahagian lagi bantal yang terdapat di kedai itu... tilam kekabu pun ada... sengaja aku bertanya pada penjual tu berapa harga tilam... yang bergulung tu harganya 130 sahaja... tapi yang 4 segi dan tebalnya 6 inci tu harganya mencecah 600... bukan nak beli pun... tapi kalau dapat tidor atas tilam kekabu ni pun sedap jugak daripada tilam sponge...
oleh kerana bantal kat rumah aku tu semuanya dah macam bantal busuk...isteri aku pun menyuruh anak-anak aku memilih warna yang mereka suka... apa lagi... sukalah hati masing-masing...

ini lah yang aku maksudkan tadi.... kosong tak berpenghuni.... ada jugak yang dijadikan stor tempat menyimpan barang... kalau tiga tahun yang lalu kawasan ini meriah.... tapi kini dah berubah.... sepi saja yang dirasai... sesepi impian sari yang tak lagi berseri... mungkin ada perancangan lain agaknya untuk mengatasi masalah ini... aku pun tak tau.... namun ada kedapatan kedai-kedai kain yang besar menjadikannya sebagai kilang kain... itu pun satu usaha atau idea yang bagus jugak.....



setelah urusan membeli bantal aku sekeluarga pun meninggalkan kawasan perniagaan nilai 3... dan menuju ke bandar nilai... aku pun apa lagi terus menuju ke lokasi terletaknya usim... dan menunjukkan kepada isteri dan anak aku tempat aku belajar... sebenarnya anak aku yang sulong dan nombor dua tu dah pernah ke situ kerana mengikuti rombongan sekolah masing-masing.... aku sempat mencabar anak aku yang nombor dua tu supaya dapat 6A dalam spm yang akan dihadapinya pada tahun depan kalau nak belajar kat situ... semoga ia akan jadi kenyataan...

ehh...! gambar apa pulak kat atas tu... sebenarnya itu lah bahagian dalam kubah masjid bandar nilai... selepas siap solat zohor jamak dengan asar sekali.... sambil berehat aku pun mengisi masa yang terluang dengan merakam gambarnya... dan sambil berjalan menuju ke bilik air masjid sempat lagi aku merakam ruang atau dewan solat yang luas tu... kelihatan dua skrin besar yang pernah aku sebut dalam entry semasa pergi mendaftar belajar kat usim tempoh hari...



ini pulak dataran nilai... ku pergi dan balik dari usim pasti akan melalui kawasannya... jika sebelah pagi tiada aktiviti tetapi sebelah petangnya meriah dengan para pengunjung dan aktiviti yang diadakan... termasuklah gerai jualan cenderamata serta tak ketinggalan gerai makanan... aku memang dah lama bercadang nak singgah untuk menjengguk apa yang ada kat situ tiap kali balik dari usim.... tapi waktu dah petang hampir senja.... kalau aku singgah nanti.... pukul berapa pulak aku nak sampai rumah... kalau dekat tak pe lah... jadi pada petang itu selepas solat aku pun membawa keluarga aku nak meninjau apa yang ada kat situ... rupa-rupanya macam-macam ada... seperti biasa sediakan duitnya sahaja.... sambil isteri dan anak perempuan aku membelek kain tudung... anak aku yang lelaki dah mula mendekati seorang lelaki yang sedan menyiapkan tiga buah kenderaan 'atv'... kalau nak naik bayarannya rm6 untuk tempoh 3 minit... setelah mendapat penerangan dan tunjuk ajar dari lelaki tersebut... habislah rm18 lagi duit aku...

kelihatan ahmad abdullah azzam sedang memandu 'atv' dan ahmad abdullah abbas dibelakang memegang kuat takut terjatuh... isteri aku menyuruh aku mencuba... tapi aku kat tak payah lah... bukan aku takut tapi sebenarnya aku tak pandai menunggang motor.... hahahah.... pecah rahsia aku yang aku simpan sekian lama... aku tengok tak lah susah sangat.... nak hidupkan enjin cuma tekan starter nya saja kemudian masuk gear... gearnya gear tangan kat sebelah kiri tempat pemijak kaki... dan jalan pulak tekan minyak guna tangan pada starter kat handlenya tu...

alaaa....senang sangat itu pun tak tau... cakap senanglah  ... aku tengok ada seorang lelaki tu bersama anak kecilnya hampir terbabas kerana tak sempat nak membelok... tracknya kat tepi padang tu je dengan mengelilingi kon berwarna oren... untuk tempoh 3 minit dapatlah lebih kurang tujuh pusingan... jadilah... dapat jugak merasakan....






ini pulak ahmad kamal abdullah bersama ahmad ali abdullah... keistimewaan kenderaan ini ialah kerana ia ada gear undur... jadi kalau terlajak atau nak parking senang...undur saja tak payah guna kaki... cuma perlu pandai main brek lah sikit...







amboi bukan main lagi sukanya siti nur aisyah dapat naik benda tu... kalau zaman aku kecik dulu tak merasa nak naik benda-benda cam ni... tak usahkan nak naik....bendanya pun tak ada.... apa lah aku ni kan...





setelah dapat naik 'atv' tu, anak-anak lelaki aku pun beralih ke arah belon gergasi yang berbentuk taman permainan itu.... mereka pun masuk dan bermain....tapi tiba-tiba datang seorang lelaki menyuruh mereka keluar.... laa.... rupanya nak masuk bermain kena bayar dulu.... seorang rm5 untuk sekali masuk.... main lah sampai letih tak kesah....tapi bayar dulu lima ringgit...

apa agaknya yang dicari oleh si abbas tu agaknya...






gelagat anak-anak aku yang tak tahu nak duduk diam.... dia orang ni memang antara yang teraktif dalam dunia kanak-kanak... aku dan isteri pening kadang-kadangnya nak melayan...tapi tanggungjawab perlu dilaksanakan jugak....



tengok lah ahmad ali abdullah...antara anak lelaki aku dialah yang nampak agak berisi sikit..... yang lai tu biasa-biasa saja.... macam badan aku lebih kurang...







siti nur aisyah pun sama...tak kurang hebatnya...nampak je diam...tapi kalau dah bergabung dengan abang-abang nya tu... gamat lah jadinya...







wajah comel siti nur aisyah...gelang hijau tu tanda dah buat pembayaran sebelum dibenarkan masuk untuk bermain kat situ....






lagi satu telatahnya yang manja...kalau uminya marah-marah....dengan aku lah tempat ia nak mengadu....




tengok lah.... habis semuanya perbuatan abang-abang nya diikut dan ditirunya... kalau pasal panjat memanjat pun tak kurang hebatnya... abangnya main bola ia pun main bola.... maklum lah ada 5 orang abang katakan....





ini pulak gambar aku...ahmad abdullah abbas....bila dah ambil gambarnya...dia pulak nak ambil gambar aku... kalau tak diberi karang mula lah meragam dan buat hal.... jadi beri je lah peluang kepadanya....

slim nya aku kan (sebenarnya kurus)... pasal aku pandai jaga badan lah katakan.... makan banyak mana pun badan aku still tetap macam tu jugak... tapi powerrrr... lebih kurang macam power rangers lah katakan....hahaha.....



bila dah nak senja... isteri aku ajak makan kat gerai yang ada kat tepi padang tu... banyak gerainya tapi isteri aku pilih gerai 'abe raja sup dataran nilai'... kira ok lah dia punya masakan...




lagi satu aksi menarik dari siti nur aisyah....

kat belakang tu punyalah meriah dengan orang ramai....

kelihatan perempuan yang bertudung hitam tu ialah isteri aku....



sambil menunggu isteri aku makan aku sempat bergambar dengannya.... kuat makan isteri aku ni cam aku jugak lah...hehehe.... mengata dulang paku serpih... mengata orang aku yang lebih....







hai.... sempat lagi surf internet.... main game lah tu... tak da kerja lain ke..... aku suruh makan dia orang pergi main games pulak dah....

karang lambat karang dah kena tinggal kat situ.... acah je...tak kan lah nak tinggal kan anak kat situ pulak ye tak....


tengok tu tak berganjak lagi dari kerusi tu...orang semua dah siap nak pergi masjid nak solat maghrib dan isyak ia masih lagi dengan games nya tu....

lepas solat maghrib dan jamak isyak...aku sekeluarga terus menuju ke kelang melalui lebuhraya utara-selatan... tapi kata siti nur akmal, mak su baru sampai kat gombak... paling cepat nak  sampai ke kelang makan masa lebih kurang 45 minit jugak.... jadi bila aku sampai kat kelang.... si abdullah azzam (yang duduk mencangkung) ternampak pulak restoran ikan bakar... apa lagi ada lah permintaan darinya nak makan iakan bakar.... layan lagi.... tapi aku dah tak larat nak makan nasi...cuma fresh oren dan makan ikan saja....

itu lah sedikit cerita aku dan keluarga yang seharian berada di nilai, negeri sembilan... ada lagi cerita lain pulak.... nanti kan ya.... wassalam...daaaaaaaaa............