Isnin, 29 Julai 2013

jeram toi....

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
pada 21 jun yang lalu setelah memerah otak untuk kertas terakhir iaitu al-fiqh al-islami 1, aku cadang nak rehat sambil mengeteh dengan mazlan dan sorang dua lagi member, tapi ingatan dan fikiran aku dah lama berada di rumah aku. nak baca suratkhabar pun tak boleh nak konsentrate. bak kata mazlan: pi lah hang balik, tunaikan kewajipan yang dah tertangguh tu. katanya sambil gelak yang penuh bermakna. aku pun gelak sekali. itu lah ayat power dari seorang ustaz jawa (entah-entah banjar kot) yang berbahasa loghat utara.

maka aku pun bersalam dengan dia orang dan mengucapkan salam serta berlalu meninggalkan kafe fakulti syariah dan undang-undang tempat aku exam, walau pun itu bukan fakulti aku. tanpa berlengah aku pun menderu ke arah pajam tapi tak masuk ke persimpangan lebuhraya lekas, sebaliknya aku terus saja menghala ke mantin. aku cadang nak ikut lenggeng, pergi kuala kelawang dan terus ke simpang pelangai. dulu dah cuba sekali dari simpang pelangai, tapi silap masuk simpang kat jelebu, tau...tau keluar kat hulu langat sana. punya lah suspense masa tu. anak-anak asyik bertanya... bila nak sampai....bila nak sampai....
aku hanya jawab: sabar lah...tak lama dah ni.... pada hal aku pun tak tau bila boleh sampai. 

sepanjang jalan yang aku tak pernah lalui itu, cukup berhati-hati, sambil mengingat dan mengecam simpang serta papan tandanya. mana tau suatu hari nanti nak lalu lagi ikut jalan tu. kat lenggeng ada satu hutan lipur, tapi aku tak berhenti sebab macam sunyi dan jauh ke dalam sikit dari jalan besar. aku teruskan perjalanan. belok sana, belok sini, naik bukit, turun bukit. ada ketika berselisih dengan kereta atau lori. tapi jalannya tetap lenggang. sehinggalah sampai kat satu kawasan menurun bukit terdapat papatanda 'hutan lipur jeram toi'. aku dah lama dengar namanya tapi tak pernah pergi pun. jadi ter'excited' lah sikit nak singgah walau pun aku tau hari itu hari jumaat dan jam ketika itu menunjukkan pukul sebelas lebih.

rupanya kawasan jeram toi ni jauh ke dalam. ingatkan dekat saja. hampir dua kilometer juga dari jalan besar.
ok..mari kita tengok apa yang ada kat sana... 



pintu gerbang menyambut ketibaan aku...



ini baru permulaan...



ini peringkat permulaan pertengahan...



aku naik atas lagi... rasa tak puas kalau tak sampai atas sana...




kat pertengahan tu ada sebuah kolam yang agak luas jugak...



tapi aku lebih teruja dengan deruan air dari atas tuuu....




dia punya bunyi cukup buat aku rasa nak mandi tapi takut... pasal aku sorang je masa tu...




ini gambar yang lebih jelas lagi...




aik... ini kepala siapa pulak ni...?




heheehe... kepala aku lah....




wajah yang keletihan memerah otak, kemudian memandu pulak...




kolam yang aku katakan tadi dari pandangan atas....



airnya memang laju...


kalau jatuh atas kepala... mau pening 3,4 jam...



tapi kat atas ni... ada sampah yang bertaburan pulak...



suasana kat bahagian paling atas... penamat tangga yang aku daki tu...




mungkin ini tapak perkhemahan agaknya...



ini pula penghujung jambatan tempat aku berdiri merakamkan gambar kawasan sekitar...





ini pulak air yang mengalir di bawah jambatan... damit (kecil) je...tapi bila ia jatuh/terjun.... kus semangat...





ini lagi... tengok tu dah mula nak terjun...




bahagian bawah jika dilihat dari atas...








aik... kat atas ni pun ada pokok kedondong....tapi dia punya batang boleh tahan besar dan tinggi... 



setelah hampir 20 minit kat atas ni... karang masa nak turun pulak...




ini sebahagian anak tangga yang telaj aku naiki dan turuni... 


boleh tahan jugak tingginya air terjun jeram toi ni...




ini kawasan rehat yang mendamaikan... kalau dapat berlepak-lepak kat sini dan selelap dua bagus jugak...tapi hari tu kan hari jumaat.... mana boleh....




ini lah peta atau pelan lokasi kedudukan sebenar air terjun jeram toi yang betoi...




selamat jalan...ya ...aku nak jalan dulu tapi perut ni dah mula lah pulak laparnya... jadi aku pun menjamu selera di sebuah gerai saja yang buka pada hari itu.... menunya burger satay dengan teh 'o' panas... 
yang aku minta suam...nak mendera aku agaknya tokey gerai ni....menu lain tak ada... itu saja yang ada...
dah lah aku kehausan dan kengalihan yang agak teramat sangat.... maklum lah dah berumur ni...bila membuat aktiviti seperti ini rasa agak letih...
 dah lama tak bersenam katakan... lain lah masa muda dulu...gunung korbu dan gunung kinabalu tu...
kacang je nak sampai kat puncaknya...

itu lah pengalaman aku yang secara solo cuba meneroka air terjun jeram toi... walau pun agak cemas semasa mendaki anak tangga tu...




























ini pulak masjid kampung kerangai yang aku singgah untuk bersolat jumaat... siap menjamu dengan burger tu aku pun terus memecut ke kuala kelawang dengan melalui beberapa buah kampung dan bandar jelebu...aku tengok orang belum ramai lagi kat masjid... jadi aku terus kan pemanduan sehingga lah sampai ke jalan pintas menuju ke simpang durian menghala ke simpang pelangai...aku tengok jam dah hampir pukul 1.20 tengahari, jadi aku pun berhenti kat masjid kampung yang terketak di atas bukit. 

sekadar secebis catatan pengalaman buat kenangan aku dalam menuju masa depan yang masih jauh di hadapan... salam semua. salam ramadhan karim dan salam berhari raya idil fitri yang mulia.

oh ya... nantikan paparan kad raya jaman tori the series part three....

assalamualaikum...daaa....


2 ulasan:

  1. salam, sy nak tanya, masjid tuh dekat tak dengan jeram toi? dalam berapa km?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa alaikumussalam... maaf kerana lambat memberi jawapan. masjid kampung kerangai tu jauh dari jeram toi.

      Padam