Selasa, 25 Mac 2014

pekan : mengamit memori lalu...

pada 8.1.2014(rabu) yang lalu, setelah hampir seminggu aku berkelana di bandar nilai, aku dan isteri telah ke pekan bandar diraja pahang. aku ke sana bukanlah nak jalan-jalan atau berbulan madu tetapi bersama anak aku yang nombor dua untuk pendaftaran kelas stam- sijil tinggi agama malaysia. beliau telah menamatkan tingkatan lima dan sementara menunggu keputusan spm, permohonan beliau untuk memasuki kelas stam telah berjaya berdasarkan keputusan peperiksaan sma(sijil menengah agama) yang didudukinya semasa tingkatan empat yang lepas. 

untuk kali yang kedua aku ke pekan melalui jalan ke paloh hinai yang sunyi dan lenggang. kali pertama pada tahun 1998 atau 1999 selepas sukan tahunan sk kerayong. jalannya telah dilebarkan sedikit dan tiada yang pecah atau berlubang. cuma selepas aku berhenti di selekoh berhampiran smk pesagi untuk membeli kuih bom di gerai yang berhampiran, aku telah dimaklumkan terdapat beberapa kawasan yang mendap akibat banjir yang lalu. tetapi masih boleh dilalui. hampir pukul 11.40 pagi aku selamat sampai di bandar pekan dan terus menuju ke sekolah yang pernah aku menimba ilmu stpm selama dua tahun iaitu pada tahun 1986 dan 1987. hasilnya ialah 1 prinsipal dan 4 subsidiary. gagal dapat sijil penuh. itulah sedikit cerita lama pengalaman semasa remaja.

 bangunan pentadbiran sekolah tinggi ugama sultan abu bakar, pekan pahang atau lebih dikenali dengan nama glamournya kuliah pekan. singkatan dari 'kulliah al-lughatul wa din, sultan abu bakar, pekan, pahang. cantikkan catnya. tapi masa aku bersekolah kat situ dulu hanyalah warna pudar sahaja yang menghiasi dindingnya. malah kini ia telah di naik taraf dan mengikut kata anak aku hanya sijil tinggi agama malaysia sahaja yang ditawarkan. tiada lagi kelas untuk stpm. 

setelah beres semua urusan dan menjelaskan segala bayaran yang dikenakan, aku pun bercadang lah nak balik ke triang. tapi isteri aku ajak balik ikut kuantan. katanya nak tengok kesan banjir kalau masih ada lagi. aku kan suami yang baik hati, ikut sajalah kehendaknya tapi sebelum itu aku telah membelok di satu simpang berhampiran pintu gerbang istana sultan abu bakar dan masuk ke kampung pancor lalu berhenti berhampiran beberapa buah rumah kayu. kalau korang nak tau di rumah inilah aku  menjalani kehidupan sebagai seorang remaja bermula dari tahun 1985 hingga hingga tahun 1987. berbagai kenangan tak kira pahit, manis, maung atau pun masam semuanya telah aku lalui semasa menjadi penghuni rumah ini. semua yang aku ceritakan sebelum ini termasuk dalam catatan kenangan sepanjang ramadhan yang penuh bermakna dalam hidup aku. korang baca sendirilah ya...

pandangan dari tepi. kalau dulu rumah-rumah ini antara yang jadi rebutan para penyewa kerana sewanya yang murah tetapi kini keadaannya agak menyedihkan dan terbiar sepi tanpa berpenghuni. pilu rasa hati aku, tempat aku bergelak ketawa, berduka lara bersama teman-teman hanya tinggal debu-debu hari yang menghuninya.

sebagai bukti aku pernah mengunjunginya dan sebagai tanda perghargaan aku kepada rumah yang tanpa penghuni, aku telah meminta isteri mengambil gambar aku duduk di tangga. sebenarnya aku ada simpan satu gambar kenangan bersama teman-teman ketika melepak di beranda rumah itu. nanti aku paparkan dan kita kongsi tengok. ada persamaan ke atau pun tidak.

tak cukup satu aku suruh isteri aku 'snap' dekat sikit.

satu lagi...

dan satu lagi...
baru puas hati aku. terharu rasanya melihat rumah yang dulu meriah kini... sunyi sepi tak do orang... apo nak dikato.... al-maklumlah masa telah beredar zaman telah berubah. kini taman perumahan di kawasan pekan tumbuh bagai cendawan. tempat yang dulu hanyalah paya dan semak samun kini telah ditambak dan dibangunkan perumahan. 
ok lah kita tinggalkan dahulu kenangan cinta lama aku tu....jom kita pi kuantan pulak...

aku kalau dari pekan ke kuantan lebih suka ikut jalan melalui kampung ubai ke cherok paloh dan terus ke pantai sepat. antara kawasan pantai yang masih agak terpelihara dan agak popular bagi penduduk sekitar kuantan dan negeri pahang. pantainya agak landai tetapi kini telah mula terhakis dan banyak juga pokok rhu yang ditanam semula bagi menambah serinya pantai ini.
  
tak kan isteri aku saja yang nak berposingkan. aku pun nak jugak.... oleh kerana ketika itu masih ada lagi baki angin monsun timur laut, bayu yang menderu agak kuat dan menyejukkan. aku rasa nak baring je kat bawah pokok tu beralaskan rumput. bukan apa...ngalihh bah... 

tadi bergambar sorang-sorang...ini berdua pulak... isteri aku yang snap...
ikut saja kehendaknya kan....

lagi satu...barulah jelas sikit muka isteri aku tu...

inilah dia pantai yang aku katakan... oh ya..., beberapa gambar pantai yang aku muatnaik di kaki langit tempohari adalah gambar pantai sepatlah. tapi itu gambar tahun 2012.  

ehh... ehh... nak kemana pulak isteri aku tu...

oooo.... rupanya nak tengok pantai... kalau nak tengok pantai jom kita tengok sekali...

ini lagi satu... tengok ombak tu macam kecil je... tapi kalau silap haribulan boleh lemas kita dibuatnya...!!!

langit yang membiru menjadi teman mu, 
dan pepasir di pantai adalah sahabat karib, 
tak kala di kau sepi menanti hadirnya
sebuah pertemuan  di pinggir hati
bersama memori yang abadi.

hari pun dah petang, perut kembali terasa lapar, isteri aku ajak pi makan kat gerai 'mok na' di tanjung lumpur. gerai itu memang popular dan meriah terutama waktu petang selepas waktu pejabat. tapi ketika aku sampai tu masih kedapatan banyak tempat yang kosong lagi.

ini adalah perjalanan balik ke bera. jika pergi tadi aku ikut chenor dan maran terus ke pekan. tapi waktu pulang melalui kuantan, maran, temerloh dan baru lah sampai di bera. hampir separuh negeri pahang yang aku jelajahi pada hari itu. walau pun keletihan, tapi aku merasa puas kerana anak aku dapat menyambung pelajarannya di sekolah yang mana aku pernah bersekolah dahulu. semoga ia berjaya seperti aku juga yang berjaya walau pun tak sehebat mana. jika aku dulu di kelas stpm, dan ia di kelas stam tapi sebenarnya sama saja iaitu di tingkatan enam dan kebetulan pula di dalam bilik darjah yang sama.

ehhh... ini gambar apa pulak? inilah gambar jambatan sultan ahmad shah yang merentangi sungai pahang. isteri aku yang punya kerja. snap... dan hasilnya agak kabur kerana bergegar.

dan ini pulak di pertengahan jambatan. lampu-lampunya memang cantik tapi kerana dek laju aku memandu, macam tu lah yang kelihatan. namun ...syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa apa-apa kesukaran. kalau nak dikira letih atau wang yang habis, mungkin kita akan merasa rugi atau terlalu memikirkan kejayaan yang entah tercapai oleh anak-anak kita. tapi sebenarnya setiap sen atau keringat yang gugur itu diberi ganjaran oleh Allah atas apa yang kita sumbangkan atau korbankan untuk anak-anak kita. bagi siti nur amni binti mohd borhan, aku berharap ia terus gigih belajar kerana dengan ilmu sahaja manusia itu menjadi berguna dan dapat berjasa dalam hidup yang sementara.

sekian untuk kali ini.... alhamdulillah sambil menunggu anak-anak tahun enam buat kerja kelas tambahan dan sedikit waktu yang ada ini, aku dapat menyiapkan entry yang entah ke berapa. salam bahagia, salam hormat dari aku, semoga kita semua mendapat rahmat dari illahi.
wassalam... daaaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan