Sabtu, 24 Mei 2014

catatan dinihari...24 mei 2014.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh....
saat ini jam telah menunjukkan waktunya iaitu 2.55 pagi. dan aku masih lagi mencari idea untuk menyiapkan assingment powerpoint subjek jawi dalam aplikasi komputer ini. kalau di rumah mungkin aku dah tertidor agaknya. tapi, tak kala kini dan saat ini aku masih lagi berada di hadapan komputer dalam bilik aku di pejabat ini. tak tahu bila aku nak tidor. mungkin aku tak akan tidor agaknya. sedangkan besok pagi, sebenarnya hari ini - sabtu 24 mei 2014 aku akan ke nilai lagi untuk kelas terakhir dalam semester lima ini. sedar tak sedar... pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung pengajian aku secara pjj ini. jika 'sahabat' aku akan exam pada hari ini, tapi aku hanya akan menghadapinya pada 16 jun iaitu pada hari pertama buka sekolah selepas cuti hampir 3 minggu dan berakhir pada 19 jun. dan semestinya aku akan berkelana lagi di nilai sana. begitulah dugaan dan cabaran yang perlu di hadapi oleh seorang mahasitua seperti aku ini.

di siang tadi- jumaat 23 mei 2014, unit kokurikulum di bawah seliaan aku telah mengadakan perkhemahan bersepadu unit beruniform bagi tahun ini. aku lewat hadir ketika gb merasmikannya. dan kehadiran aku ketika itu di saat peserta dari unit tunas kadet remaja sekolah sedang sibuk memasak untuk makan malam. tidak kelihatan pulak peserta dari unit-unit yang lain, aku difahamkan mereka masak guna gas dan di dapur prasekolah bagi pasukan pengakap. bagi aku tak adillah... sebab telah ditetapkan dalam mesyuarat dulu supaya semua peserta diminta memasak atau menikmati pengalaman pertama memasak menggunakan kayu api sebagai sebahagian dari pengajaran atau objektif diadakan perkhemahan pada tahun ini. namun itu hak dan urusan masing-masing dengan alasan masing-masing juga. aku tak mahu perbincangkan atau perdebatkannya di sini. cuma aku agak terkilan kerana pada hari sabtu (hari ini) aku tak dapat turut hadir kerana ada kelas. ini kali kedua aku tak hadir penuh sepanjang perkhemahan. kali pertama di tahun 2012 yang lalu. tapi aku berharap segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini. pada tahun ini terdapat beberapa aktiviti yang agak mencabar seperti larian berhalangan. cuma halangan nya tidak berapa mencabar bagi aku. tidak mengapa kerana jika ada ruang dan peluang pada tahun hadapan akan dipertingkatkan lagi. niat nak ber'flying fox' dan abseiling juga tak kesampaian kerana kesuntukan masa untuk menghubungi pihak yang berkelayakan bagi menjalankan aktixiti tersebut.

aktiviti malam tadi selepas minum malam ialah membuat gajet atau kraf perkhemahan. aku hanya melihat sekejap saja kerana kononnya nak menyiapkan tugasan. tapi lain pulak jadinya. nak merakam gambar pun tak dapat kerana bateri handset aku telah lemah. cuma sempat ketika aktiviti memasak saja. ehhh... pukul berapa nak tidor ni. sekarang dah pukul 3.28 pagi. pukul empat nanti nak mandi pulak dan bersiap nak ke nilai. mungkin aku akan bersolat subuh kat masjid kampung simpang durian lagi agaknya pagi ini. dan hanya akan tidor ketika dalam kelas. hahaha... tak malu ke tidor dalam kelas. seingat aku sepanjang sesi pembelajaran yang telah masuk ke semester lima ini hanya 2 atau 3 kali sahaja yang aku benar-benar mengantuk. dan tertidor hanya sekali iaitu dalam semester ini. sedar tak sedar ustaz kamil tersenyum di hadapan aku kerana subjek akhlak telah berakhir dan ia akan menamatkan sesi pengajaran beliau pada hari itu. malu rasanya. nampak sangat tak kuat dan kurang power.... hehehe... konon kuat sangat kan...

ok lah para pembaca budiman sekalian... kini sampailah masanya aku menamatkan  catatan pada kali ini, semoga semuanya berpuas hati dan mendapat manfaat dari pembacaan kalian sekiranya ada. berdoa dan berharaplah agar kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya... Aminn... wassalam...

(sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis/catat, tapi... almaklum sajalah... masa tak mengizinkan) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan