Rabu, 26 Februari 2014

duduk menghadap anak wawasan...



































duduk menghadap anak wawasan
minda ku menerawang menuju masa depan
terkadang kelam yang kelihatan
namun cerah jua yang diharapkan.

duduk menghadap anak wawasan
ada ketikanya jiwa tertekan
mereka bertindak sekadar angan-angan
bukan impian yang perlu dinyatakan.

duduk menghadap anak wawasan
mereka kelihatan amat menyakinkan
tapi apakah ia kenyataan
jika usahanya sekadar mainan.

sedarlah wahai anak wawasan
bangsa dan negara perlukan kalian
usah berleka dengan nyanyian
teruskan usaha jangan mudah putus harapan.

b.tan.
kemayan.
30.5.2013.
11.08am.

* agak lama jugak aku tak menulis sajak kat danau kalbu ku. sajak kat atas tu aku tulis semasa kelas intensif atau kelas tambahan semasa cuti pertengahan tahun 2013. sambil menunggu mereka menyiapkan latihan, tak tahu apa nak dibuat atau dibaca, kebetulan ada buku nota sahaja. aku pun tulislah apa yang terlintas di kepala ketika itu. cuma perkataan yang terakhir itu aku ubah dari 'asa' kepada 'harapan' supaya sama bunyi rima hujungnya.

catatan atau entry yang minggu lepas tu aku buat semasa rehat pukul 1 hingga pukul 2. selepas makan ala kadar saja kat kafe fakulti syariah dan undang-undang aku masuk semula ke dewan kuliah 2.1 untuk menikmati kedinginan hawa dalamnya. kalau semester lepas masing-masing asyik mengeluh kepanasan, kali ini sibuk pulak nak bawak blazer bagi menghadapi 'musim sejuk' semester ini. aku hanya senyum saja bila mendengar cakap-cakap mereka itu. terutama yang perempuanlah pasal mereka kan banyak mulut dari lelaki yang dua orang dalam kelas ini.

oh, ya.... catatan yang original tu aku saja paparkan sebagai bukti. terkadang terlintas jugak di benak aku ini kemungkinan sajak atau puisi aku yang tak seberapa itu akan diciplak atau disalin oleh mereka yang tak berapa nak bertanggungjawab dan mengaku hak mereka dengan menghantar ke mana-mana penerbitan setelah dibuat tokok tambah atau ubah suai mana yang patut. bila aku buat cam tu, harapannya susah lah sikit mereka nak mengaku tulisan itu hak mereka. kalau tidak mereka telah mencuri hak orang lain. biasalah zaman siber dan alam maya sekarang ini. segalanya memungkinkan apa saja untuk berlaku.

ok, lah cukup sekadar itu dahulu walau banyak yang aku nak kongsikan tapi masa tak berapa nak mengizinkan aku berlama-lama di tepian danau ini, maklumlah sekarang kan musim panas dan kering (kenapa takut nak guna perkataan kemarau, bukankan itu lebih tepat), yang banyak risikonya seperti wabak penyakitlah, demam dan nak kena catu air pulak tu.... semoga air di danau kalbu ku tak kekeringan idea untuk terus menyubur minda para pembacanya. ada ke pembaca danau kalbu ku ini....? entahlah... aku pun tak tahu jawapannya... persoalan yang tak perlu dijawab pun...

daaaa.... wassalamu....

Sabtu, 22 Februari 2014

aku: korban dan pengorbanan....

asasalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... alhamdulillah... syukur aku selamat sampai di usim pada pukul 8.40 pagi. tapi bukan aku saja yang lewat, adalah 2, 3 orang lagi yang mungkin terlambat atau sengaja lambat. tak tau lah pulak aku. tapi aku tadi antara sengaja dan tak berapa nak sengaja. pasal aku bangun jam 4.40 pagi. memang dah lewat pun. pung...pang .... pung.... pang.... pukul 5.30 jugak aku memulakan perjalanan. sampai kat masjid simpang pelangai orang dah nak solat subuh. aku pun tumpang berjemaah. imamnya baca surah al-mukminun pada rokaat pertama selepas surah al-fatihah dan pada rokaat kedua aku tak berapa pasti surah apa. tapi rasanya bukan sambungan dari surah al-mukminun.

jam 6.30 pagi dari masjid itu dan macam biasa aku nak berlaju-laju, tapi bila mengingatkan minyak yang tak berapa nak banyak tu... terpaksalah aku hanya memandu pada kelajuan antara 80-90 kmj sahaja. memang karang ani aku tengah kapih... semua tempat/bank dah habis aku belanjakan untuk persekolahan anak-anak. apa tak nya 8 orang yang bersekolah termasuk yang paling damit 5 tahun yang baru masuk prasekolah pun kena bayar 95 ringgit. berkorban apa saja untuk anak-anak demi masa depan mereka dan aku serta umi mereka juga.

aku lambat sedar pagi tadi  pasal terlambat tidor. nak kemas beg untuk ke usim, itu lah...ini lah.... tup...tup... dah pukul 12 suku. terpaksa tidor kalau tak lagi lambat aku bangun. untuk semester lima ini hanya 5 subjek saja. alhamdulillah... kalau tak macam semester dulu...malam baru habis. hari ini pukul lima boleh lah balik. tapi bagetnya pulak yang ..... Allah saja yang tahu. perasaan aku. tapi itu semua hak Allah. ada duit ke...tak de duit ke.... ia semua adalah milik Allah. apa yang kita ada? diri kita ini pun adalah milik Allah.... apa yang nak digusarkan. bukan nya nak tunjuk alim...tapi kita perlu tanamkan rasa itu dalam diri kita. sedarkan diri kita ini tak punya apa.

minggu akan datang ini aku sibuk lagi... isnin ini aku ada temuduga kursus npqel kat iab, genting highlands. tahun lepas dah pergi temuduga tapi dia orang tak panggil aku ikuti kursus npqel sebab aku sambung belajar. cikgu yang sambung belajar tak akan dipanggil untuk kursus itu. kerana dalam kursus itu pun dah ada 5 kerja kursus yang perlu dibuat. apa lagi dengan assignment belajar dan kerja sekolah. selasa pulak nak ke jpn pahang nak uruskan pertukaran sekolah anak aku yang nombor 4 tu. entah kenapa tiba-tiba pulak tak nak bersekolah kat situ. terpaksalah aku korbankan masa dan tenaga. semoga pengorbanan aku ini akan mendapat ganjaran dari Allah.

bila lagi nak berkorban untuk keluargakan. kalau dulu emak dan ayah kita yang berkorban untuk kita, sekarang masa kita pulak lah kan. sebut pasal korban ni teringat kat mak aku. masuk tahun ini dah lebih dua tahun ia diserang stroke. aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. cuma aku rasa ia boleh sembuh tapi perlu berpantang dan selalu diurut. kalau tak agak payah nak pulihnya walau pun makan ubat tiap-tiap hari. baru ini ia masuk wad lagi pada 14.....

aku stop dulu pasal pensyarah subjek akhlak dah sampai.....daaa.... wassalamu....

memo:
* hari ini bertarikh 23.05.2018...
* terjumpa satu 'draf' yang tersadai di tepian danau...
* aku poskan hari ini jugak untuk tatapan korang yang tersayang.... uhuk...uhuk...uhuk....
* nantikan nanti catatan... berkonvo lah pulak...
* bermakna lebih 4 tahun catatan ini tersadai sepi...

Rabu, 5 Februari 2014

catatan terlewat 3:

assalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok yang bakal menjelang lebih baik dari hari ini. janji nak paparkan catatan terakhir aku di nilai... mana dia... haaa...kat bawah tu dah ada dah... catatan yang tak seberapa yang tak ilmiah langsung... namun ia juga adalah catatan.... sebenarnya kita perlu membuat catatan dalam kehidupan ini sebagai sedikit panduan kepada diri sendiri juga kepada khalayak yang membaca. tak perlu risau atau gusar dengan apa yang orang nak kata, kerana adakah mereka itu mampu membuat apa yang kita lakukan. jika mampu sila buat yang lebih baik dari apa yang telah kamu katakan itu. 

heheh...sedikit cabaran bagi diri aku sebenarnya supaya lebih aktif "berkarya" kerana karang ani kelihatan begitu tumpul daya intelektual yang aku miliki. mungkin kerana kurang membaca menjadi salah satu puncanya. jadi rajin-rajinkan lah diri kita semua untuk membaca disamping al-Quran yang menjadi panduan hidup kita sepanjang zaman. ehh... sila lah baca catatan kat bawah tu ya.... 






begitulah sedikit pengalaman aku di halaman bandar nilai ini. yang kadang-kadang aku rasa dah jadi macam tempat aku sendiri. kononnya lah.... tapi sorang pun aku tak kenal... kenal tak kenal pun sembanglah jugak kalau orang dah tegur atau menyapa kita. kita perlu juga ramah dan jangan terlalu serius dalam menghadapi rutin kehidupan. jadikanlah diri anda selesa kerana andalah tuan punya diri anda yang dijadikan oleh Allah SWT. sekian dimaklumkan... wassalam...daaa... maaf agak ringkas penutupnya kerana aku nak pi makan.....