Sabtu, 22 Februari 2014

aku: korban dan pengorbanan....

asasalamulaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... alhamdulillah... syukur aku selamat sampai di usim pada pukul 8.40 pagi. tapi bukan aku saja yang lewat, adalah 2, 3 orang lagi yang mungkin terlambat atau sengaja lambat. tak tau lah pulak aku. tapi aku tadi antara sengaja dan tak berapa nak sengaja. pasal aku bangun jam 4.40 pagi. memang dah lewat pun. pung...pang .... pung.... pang.... pukul 5.30 jugak aku memulakan perjalanan. sampai kat masjid simpang pelangai orang dah nak solat subuh. aku pun tumpang berjemaah. imamnya baca surah al-mukminun pada rokaat pertama selepas surah al-fatihah dan pada rokaat kedua aku tak berapa pasti surah apa. tapi rasanya bukan sambungan dari surah al-mukminun.

jam 6.30 pagi dari masjid itu dan macam biasa aku nak berlaju-laju, tapi bila mengingatkan minyak yang tak berapa nak banyak tu... terpaksalah aku hanya memandu pada kelajuan antara 80-90 kmj sahaja. memang karang ani aku tengah kapih... semua tempat/bank dah habis aku belanjakan untuk persekolahan anak-anak. apa tak nya 8 orang yang bersekolah termasuk yang paling damit 5 tahun yang baru masuk prasekolah pun kena bayar 95 ringgit. berkorban apa saja untuk anak-anak demi masa depan mereka dan aku serta umi mereka juga.

aku lambat sedar pagi tadi  pasal terlambat tidor. nak kemas beg untuk ke usim, itu lah...ini lah.... tup...tup... dah pukul 12 suku. terpaksa tidor kalau tak lagi lambat aku bangun. untuk semester lima ini hanya 5 subjek saja. alhamdulillah... kalau tak macam semester dulu...malam baru habis. hari ini pukul lima boleh lah balik. tapi bagetnya pulak yang ..... Allah saja yang tahu. perasaan aku. tapi itu semua hak Allah. ada duit ke...tak de duit ke.... ia semua adalah milik Allah. apa yang kita ada? diri kita ini pun adalah milik Allah.... apa yang nak digusarkan. bukan nya nak tunjuk alim...tapi kita perlu tanamkan rasa itu dalam diri kita. sedarkan diri kita ini tak punya apa.

minggu akan datang ini aku sibuk lagi... isnin ini aku ada temuduga kursus npqel kat iab, genting highlands. tahun lepas dah pergi temuduga tapi dia orang tak panggil aku ikuti kursus npqel sebab aku sambung belajar. cikgu yang sambung belajar tak akan dipanggil untuk kursus itu. kerana dalam kursus itu pun dah ada 5 kerja kursus yang perlu dibuat. apa lagi dengan assignment belajar dan kerja sekolah. selasa pulak nak ke jpn pahang nak uruskan pertukaran sekolah anak aku yang nombor 4 tu. entah kenapa tiba-tiba pulak tak nak bersekolah kat situ. terpaksalah aku korbankan masa dan tenaga. semoga pengorbanan aku ini akan mendapat ganjaran dari Allah.

bila lagi nak berkorban untuk keluargakan. kalau dulu emak dan ayah kita yang berkorban untuk kita, sekarang masa kita pulak lah kan. sebut pasal korban ni teringat kat mak aku. masuk tahun ini dah lebih dua tahun ia diserang stroke. aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. cuma aku rasa ia boleh sembuh tapi perlu berpantang dan selalu diurut. kalau tak agak payah nak pulihnya walau pun makan ubat tiap-tiap hari. baru ini ia masuk wad lagi pada 14.....

aku stop dulu pasal pensyarah subjek akhlak dah sampai.....daaa.... wassalamu....

memo:
* hari ini bertarikh 23.05.2018...
* terjumpa satu 'draf' yang tersadai di tepian danau...
* aku poskan hari ini jugak untuk tatapan korang yang tersayang.... uhuk...uhuk...uhuk....
* nantikan nanti catatan... berkonvo lah pulak...
* bermakna lebih 4 tahun catatan ini tersadai sepi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan