Sabtu, 3 September 2011

kad raya jaman tori - 20.




kad pertama:

borhan, apa khabar? masih aktif mendaki gunung lagi ke? saya ucapkan selamat menyambut tahun baru.

kad kedua:

borhan,
selamat berpuasa dan salam aidilfitri dari saya.


* kedua-dua kad ini aku terima pada tahun 1992 ketika aku telah berada di lawas. oleh kerana alamat yang aku berikan semasa bertukar-tukar alamat tu ialah alamat di kerayong, maka hairan bin peliklah mak dan ayah aku. tapi kemudian diposkan semula kepada aku di lawas. md jadi bin md jeni pun turut serta dalam ekspedisi mendaki gunung korbu sempena minggu menjelajah perak pada tahun 1991 yang lama dulu. walau pun si md jadi ni berkerja di bank, tapi ia tak sombong dan suka bergaul dengan semua orang.

kad pertama itu merupakan kad ucapan sempena tahun baru 1992 dan kedua barulah kad raya. aku paparkan sekali keduanya untuk lebih adil bagi diri aku. tak kan satu pamer dan satu lagi disorok, ye tak. semasa aku di lawas, pernah terbaca ruangan yang bertajuk "jejak pendaki", dan pendaki yang terpapar dalam ruangan itu ialah md jadi bin md jeni sendiri, tapi sayang aku tak dapat nak potong artikel itu sebab bukan surat khabar aku. kalau tidak bolehlah aku paparkan sekali kat sini. antara yang menarik apabila ditanya kenapa tak kahwin lagi kerana ketika program mendaki gunung korbu itu umurnya telah mencecah 40 tahun, jawapannya ialah belum puas lagi mendaki dan ingin mencari puteri gunung untuk dijadikan isteri.

itu cerita 20 tahun dulu, tak tahulah khabar berita md jadi ini sekarang, dah jumpa puteri gunung ke belum, masih aktif mendaki lagi ke atau dah ... astaghfirullahal'azim..., kesitu pulak aku ini. tapi, yelah itu lah destinasi kita yang terakhir atau perjalanan sepi menuju kehidupan yang abadi. harapan aku jika ada sesiapa yang terbaca catatan aku ini dan mengenali md jadi, boleh berkongsi info, alamat rumahnya tu pun ada, tapi ketika aku membalas kadnya dulu, tak ada pulak jawapan/balasan seterusnya dari ia. apa pun macam biasa, semoga kawan aku md jadi bin md jeni ini berbahagia dan sentosa dalam meneruskan kehidupan serta sentiasa dalam lindungan Allah jua hendakNya, amin.

-sebenarnya ada dalam sepuluh keping kad raya jaman tori lagi yang aku tak sempat nak paparkan termasuklah sekeping yang istimewa, yang aku jumpa semula setelah segala khazanah yang ada dalam simpanan aku, habis aku selongkar. mungkin raya tahun depan akan aku paparkan kerana ketika itu mungkin aku ada kesempatan jika diizinkan oleh Allah dengan mengurniakan kesihatan tubuh badan dan jika diizinkan oleh tuan punya pengirim kad tersebut, kalau tidak, tak adalah. ok lah, banyak pulak aku berceloteh di sini. jumpa lagi di idilfitri tahun hadapan dalam siri kad raya jaman tori siri ketiga. assalamualaikum...daaa...

kad raya jaman tori - 19.



* ramli bin ayob ini adalah kakitangan salah sebuah bank bumiputera di kuala lumpur. ketika program minggu menjelajah perak 1991 anjuran kerajaan negeri perak ketika itu, ramli dan beberapa orang kawannya telah datang ke ipoh untuk turut serta. sepanjang program yang memakan masa empat hari itu, kami telah berkenalan dan bertukar-tukar alamat antara satu sama lain. ramli ini seorang yang periang dan sering membuat kelakar supaya peserta lain ketawa. aku pada mulanya tak berapa rapat jugak dengannya, maklumlah orang kl, mestilah dia orang ada timing sikit.

tapi ketika hari akhir sebelum ramli dan kawan-kawannya balik ke kl, sempat mereka itu belanja kami makan kfc. sempat jugaklah lagi meriuh rendahkan kfc tersebut. cuma agak sedih semasa masing-masing akan membawa haluan sendiri, ramli dan seorang budak perempuan menangis teresak-esak. maklumlah 4 hari bersama mengharung susah payah sepanjang program tersebut. bagi aku ia antara kenangan yang manis tercatat dalam diari hidup aku. mungkin ada kelapangan nanti aku akan ceritakan pengalaman semasa aku mengikuti ekspedisi tersebut untuk tatapan korang yang tak jemu membaca blog aku ini. wassalam.

kad raya jaman tori - 18.


* tulisan yang jelas dan mudah dibaca. kad dari nik muhd jahari atau nama glamournya pok nik. kalau dah pok nik tu tentulah berasal dari kelate. ia seangkatan dengan aziz ketika datang ke lawas pada tahun 1989. satu rumah sewa dengan aziz. dan ketika aku posting ke lawas dulu, menumpang di rumahnya kerana rumah besar di tepi jalan punang tu dah penuh dan cukup kuota. aku masih ingat ketika majlis pertunangan pok nik dengan mariani (padian awang tengah ali hassan) dulu, di buat pada hari jumaat selepas solat jumaat. antara hidangannya ialah sayur umbut batang pisang. itulah kali pertama aku merasanya. nyaman juak rasanya atu.

pok nik ni mengajar di srk kuala lawas, pernah beberapa kali mengajak aku menemankannya ke sekolah pada hari sabtu atau ahad kerana atas urusan kerja sekolah. seorang yang bersemangat dalam menjalankan tugas serta banyak pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran, mungkin kerana itulah agaknya ketika gb nya berkursus, sekolah tetap dapat mengadakan sukan tahunan dan menjadi tuan rumah majlis tilawah peringkat daerah lawas. macam memuji pulak aku ni. tak de lah, yang benar kita cakap benar, buat apa nak selindung-selindung kan. ok lah, sebelum ada yang meluat, baik aku berhenti dulu. wassalam.

kad raya jaman tori - 17.



* kad raya dari seorang lagi gang yang satu twin otter ketika mula-mula datang lawas dulu pada tahun 1991 (bulan 12). orang ganu kite. pekat dia punya loghat terengganu. aku tak nak ulas lebih-lebih kad dia ni. sebab aku dah jumpa dia kat mukabuku apabila melihat sekeping gambar kat dinding seorang rakan. lagi pun tiada apa catatan yang ditulisnya. hanya sekadar apa yang ada kat dalam kad tu saja.

kad raya jaman tori - 16.



* sekeping lagi kad raya dari almarhum yeh. terlalu ringkas, hanya dicatat nama dan alamatnya sahaja. mungkin terlalu sibuk atau terlalu banyak kad raya yang perlu di balas agaknya. namun ia sebagai tanda ingatan di angin lalu tak kala rindu datang bertamu.

kad raya jaman tori - 15.


assalamualaikum... Bob... apa khabar... lama tak dengar berita? sibuk pergi menyumpit ke. tak kan raya raya nok pergi menyumpit jugak kot. sabar...sabar...le dulu. pergi raya dulu, lepas tu kau baru pergi menyumpit. amacam tahun ni, tak balik raya kat semenanjung ke. tak kan tiap-tiap tahun duk makan satay biawak kot. ubah selera sikit. sempena raya tahun ni aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin. minta halalkan makan minum dan segala-galanya.

bye, bye,
bob chayang.

daripada:

salim
sk bachang,
melaka.


* itulah dia salim misai. kalau tak biasa dengannya memang sakit hati dibuatnya. ada ke patut menyumpit biawak pagi raya. kalau tak mengutuk, memang tak sah. tapi aku tak kesah sebab dah biasa sangat dengan perangainya tu. ada disertakan nombor telefon rumah. tapi masa aku call dulu tak ada orang yang angkat pun. tapi.....hhahahahahaha.....aku baru cari si misai ni di mukabuku. dulu tak ada... la ni dah ada rupanya... tapi... tapi lagi....masih bujang lagi ke....tak kan nak biar buruk dalam kain kot...salim...salim... ok... lah...wassalam.





kad raya jaman tori - 14.



assalamualaikum
bob, apa khabar sekarang? macamana raya ning, balik ke tak balik? Aku rasanya tak balik. raya di tawaulah aku ini. kali pertama raya tanpa mak ayah di sisi.

untuk pengetahuan mu,aku (abdullah rosli) kini berada di tawau - mengajar di sek. men. ngajar ting. 2 aje. hooii sibuk betul. banyak sangat aktiviti yg dijalankan.

bob, sempena syawal yang bakal tiba, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai selama kita tinggal sebumbung di TC dulu aku banyak menyakiti/menyinggung hatimu. aku hanya manusia, tak lari dari salah/silap.

okeylah bob, aku rasa cukuplah dulu. sebelum aku lupa, selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri walaupun di rantauan. kita serupa dan senasib. okey bob. sekian. wassalam.

teman seperjuanganmu,

3103 taman crystal palace,
batu 31/2 jln. apas,
91000 tawau, sabah.
02/03/93.


* abdullah rosli atau nama glamer masa kat maktab dulu ialah 'ceh'. aku tak tahu lah apa makna 'ceh' tu. yang mula panggil nama tu pun si salim misai kawan sekampung dia yang jugak mengajak ceh ni duduk sekali satu rumah sewa dengan kita orang. dia masuk maktab sama dengan almarhum yeh, maknanya junior akulah. cuma yeh, aku tak sempat nak ajak sebab dia masuk 'second intake'. rumah dah cukup korum. cuma tak dinyatakan pulak sekolah mana dia ni mengajar. manalah tau kot di smk st. patrick ke, atau smk vokasional tawau. sebab aku pernah pergi tawau dulu seperti yg aku nyatakan dalam siri surat jaman tori dulu.

tak tahulah di mana ceh ini berada sekarang. sama ada kahwin dengan orang tawau ke, atau dah balik ke terengganu. nantilah aku cari dia di mukabuku. mana tau kot-kot ia pung ada terlibat dalam sindiket yang dah famous ni. kalu jumpe buleh lah gi ganu makang kopok getei, sata, dok pung jalang-jalang kat pasor payang denu. hahahha... tok berapa reti aku ni kecek ganu... tapi adalah sikit-sikit gayanya tu. saja aku ni merepek nak hilang kan rasa hari ini yang tak tentu hala rasanya. ok....jumpa lagi di kad yang lain pulak. wassalam buat kamu...daaa...

kad raya jaman tori - 13.


"assalamualaikum. wh.wb.
buat ustaz bob & isteri, kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa. dah buat kuih & baju raya ke belum. raya ni, raya di mana? tak balik semenanjung?
bagaimana? bila lagi nak jadi bapa? kami di sini sihat saja. anak pun dah besar dah. sempena hari raya yang bakal menjelang kami ucapkan buat ustaz dan isteri selamat hari raya aidilfitri. 'wassalam'

drpd:
mohd safwan chew
& keluarga
srjk (c) cameron,
39200 ringlet,
cameron highlands.


* safwan ni berasal dari teluk intan dan berkahwin dengan gadis kampung melusuk, lawas pada tahun pertama aku di sarawak. semasa proses peminangan dan menghantar hantaran aku turut serta. itulah kali pertama aku melihat adat atau budaya bertunang dan berkahwin di lawas. semasa dia nak balik ke semenanjung, beria-ia si safwan menyuruh aku membeli radio sony nya. kalau tak silap aku harganya lima ratus dan di bayar ansuran seratus sebulan. baru-baru ini aku dah terjumpa dia di mukabuku secara tak sengaja, aku 'add' hampir dua bulan baru disahkannya. tapi tak pernah update status macam orang lain. tak tahu lah sama ada safwan ni masih di cameron highlands atau dah pindah tempat lain. kalau masih di sana bolehlah aku cari nanti kalau ada rezeki nak ke cameron highlands. kalau tak, tengok atap sekolah sajalah. cuma aku respect dengan dia ni, walau pun baru memeluk islam, tapi dia punya komitmen dengan agama barunya cukup kuat. kadang-kadang aku tengok, member-member yang baka islam ni pun tak boleh lawan dengan dia punya semangat. semoga kecekalannya berterusan hingga ke akhir hayat. wabillahi taufiq wal hidayah...assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...daaa...

kad raya jaman tori - 12.

(gerenti tak boleh baca kad ni)


Bob,
Kak Syah mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah & silap semasa kita bersama di mpki ini. Kak doakan moga bob berjaya dalam segala lapangan & bahagia selalu.
ini 20 sen. simpan baik2 duit raya ni.

kak syah.


* masa mula-mula dapat kad ini aku teramat hairan dan pelik. kad ini bersetem dan berpos tapi dari kak syah. setelah puas aku berfikir dan bertanya kepada rakan serumah sewa, barulah aku tahu siapa dia ni. rupanya dia ini dari pengajian melayu, memang sama batch dengan aku dan sama persatuan dengan aku. dah tu dia dipilih jadi exco bahagian penerbitan kalau tak silap aku. tapi duit 20 sen tu memang ada dia bagi. kesan warna perang tu adalah kesan salotap untuk dilekatkannya duit siling tersebut. sekali fikir macam-macam perangai manusia ini. cuma aku tak berapa pasti dia ni berasal dari mana. maklumlah di ipoh ni, semua orang cakap loghat utara. kecuali yang dari sebelah pantai timur seperti kelantan dan terengganu. guru pelatih dari pahang pun mengada-ngada cakap loghat utara. nasib baiklah aku tak terikut sama. cuma kadang-kadang saja nak menyakat dia orang tu.
ok...wassalam buat kak syah... tak tahu dimana dia berada semoga makin sihat dan bahagia selalu dari aku di angin lalu... daaa...

kad raya jaman tori - 11.



assalamualaikum
sorry lah bob sebab lama tak utus surat. bukan apa boleh dikatakan aku sibuk juga. aku pindah sekolah lagi kau tau. kali ini sekolah Ahmad di pekan pulak. setakat ni dah tiga buah sekolah. oh, yee bob aku ada anak dah, perempuan namanya nurul shahirah. baru 4 bulan lebih. hang bagaimana pulak.

(nama dan alamat)


* salah satu kad yang dirim oleh almarhum yeh. dia lambat daripada aku masuk maktab, tapi dulu kahwin dan dulu dapat anak. nurul syahirah. mungkin nama ini dia ambil sempena nama seorang guru pelatih perempuan yang sama kelas dengan dia agaknya. berasal dari kedah, berkulit putih dan cantik orangnya. bila bab cantik ni, aku memang awal-awal tarik diri. bukan apa, tak reti aku nak menegur apatah lagi nak mengada-ngada. hahaha...gelak pulak dia! bukan apa, sekadar menghiburkan hati aku yang tengah agak bersedih sekarang ini. tak boleh cerita banyak-banyak nanti panjang pulak aku merepek, sedangkan banyak lagi kad yang aku nak 'post'kan kali ini. babai...babai...assalamualaikum...daaa...

kad raya jaman tori - 10.



assalamualaikum wa rohmatullah... camno raya ni, dah beli baju raya ke? nampok gayanya beraya le kita di tempat orang kali ni. awok tak sedih ke.. eh...jgn nangis la..anak jantan kalau sedih jgn lupa kat aku di sini.

eh bob.. (tak sanggup aku nak kongsi yang ini, kalau dapat di baca, bacalah sendiri).

okey la bob nanti aku cerita lain kali..ruang ini sempit sangat. cuma kesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya..

eh kalau nak datang miri, bila sampai fon la no. 085-410319 rumah ustaz latif beri tau dia suruh khabor kat aku gi jemput lepah tu boleh la kita sembang panjang2.

okey bob...

(MALIK)
15/03/92


* malik ni memang rapat dengan aku, macam aku kata dalam siri surat jaman tori dulu. maklum lah satu sekolah semasa di al-khairiah dulu. cuma dia tua setahun dari aku. dah banyak kali aku cuba cari dia ni, sama ada di dalam buku panduan nombor telefon atau pun di mukabuku. tapi tak terjumpa lagi. mungkin belum masanya lagi agaknya. aku tak pergi pun ke miri, bukannya ada hal penting. cuma dua kali aku pergi, pertama semasa mula nak ke lawas dan kali kedua semasa nak pergi kursus di bintulu pada tahun 1995, sempatlah ke rumahnya sekejap.

silap banyaklah malik ni kalau kata aku sedih beraya di tempat orang. mungkin dia tak ingat agaknya semasa kat maktab dulu dua kali raya haji aku tak balik kampung. kali pertama masa di semester tiga dan kali kedua semasa praktikal di kampar. jadi dah biasa sangat dah berjauhan dengan keluarga ni. memanglah terasa sedih tapi sebagai perantau, itu sudah jadi asam garam dalam kehidupan ini. bak kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa atau pun lumrah dalam kehidupan.

ok... cukup dulu... assalamualaikum...daaa...

kad raya jaman tori - 9.




assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh... selamat hari raya idil fitri dan selamat menunaikan ibadah puasa sunat syawal. seperti yang aku pernah sebut dulu, selepas entry aku yang bertajuk jundullah...layakkah aku, aku akan membuat catatan tentang seseorang, tapi terpaksa di tunda dahulu kerana kertas catatan aku tu hilang pulak dah, tak tahu aku simpan kat mana. jadi sebagai penggantinya aku akan mulakan catatan pasca syawal 1432 hijrah ini dengan entry siri kad raya jaman tori. tak kiralah korang tahu ke tak apa makna jaman tori tu, sebagai permulaan untuk pusingan kedua ini, aku mulakan entry bernombor 9 dengan kad raya dari pensyarah seni mpki iaitu en. abdul shukor bin abdul syahid. kan aku dah kata dulu, aku dan beberapa kawan aku lebih rapat dengan pensyarah seni dari pensyarah kursus kami sendiri.

boleh baca ke? baca sendiri lah ye, rasa malaslah pulak nak menaip, kalau tulisan yang agak teruk tu bolehlah aku 'translate'kan. tapi tulisan en. syukor ini jelas dan mudah untuk dibaca. kad ini memang aku sayang, sebab ada lukisan tangan dari en. syukor sendiri. masa di maktab memang aku berangan nak memiliki satu kad buatan sendirinya tu. tapi pada masa tu kalau nak kena beli. aku ni jenis nak free saja, terpaksalah dah berjauhan dan kirim sekeping kad untuknya nescaya akan dibalas dengan kad buatan sendiri itu.

banyaklah jugak kenangan aku dengan en. syukor ini, maklumlah bilik seni tu tempat kami geng kps melepak dan menghabiskan masa jika tak ada kuliah atau gerko. malah hari sabtu pun kami akan berada di situ jika ada projek atau majlis untuk maktab perguruan kinta. bilik yang bertabur dan bersepah dengan segala macam perkara telah biasa kepada kami. malah kadang-kadang kami yang akan tolong kemaskan.

apa pun aku ucapkan selamat hari raya beserta doa semoga en. syukor kembali sihat dan sejahtera menempuhi hari-hari mendatang bersama keluarga tercinta. nak pergi menziarahinya pun, aku dah tak berapa ingat jalan di ipoh garden tu. banyak perubahan di persimpangan menuju ke ulu kinta dan kini terkenal dengan 'lost world of tambun'. beberapa kali aku melalui jalan tersebut dan pasti akan teringat kepadanya kerana aku dan beberapa orang kawan pernah pergi beraya ke rumahnya dengan menaiki kereta en. mutalib - kembarnya kerana raut wajah mereka hampir sama disamping susuk tubuh mereka yang sama saiz. ok lah, aku pun dah lenguh menaip ni, jumpa lagi di kad raya jaman tori seterusnya nanti. assalamualaikum......daaa...