Sabtu, 3 September 2011

kad raya jaman tori - 20.




kad pertama:

borhan, apa khabar? masih aktif mendaki gunung lagi ke? saya ucapkan selamat menyambut tahun baru.

kad kedua:

borhan,
selamat berpuasa dan salam aidilfitri dari saya.


* kedua-dua kad ini aku terima pada tahun 1992 ketika aku telah berada di lawas. oleh kerana alamat yang aku berikan semasa bertukar-tukar alamat tu ialah alamat di kerayong, maka hairan bin peliklah mak dan ayah aku. tapi kemudian diposkan semula kepada aku di lawas. md jadi bin md jeni pun turut serta dalam ekspedisi mendaki gunung korbu sempena minggu menjelajah perak pada tahun 1991 yang lama dulu. walau pun si md jadi ni berkerja di bank, tapi ia tak sombong dan suka bergaul dengan semua orang.

kad pertama itu merupakan kad ucapan sempena tahun baru 1992 dan kedua barulah kad raya. aku paparkan sekali keduanya untuk lebih adil bagi diri aku. tak kan satu pamer dan satu lagi disorok, ye tak. semasa aku di lawas, pernah terbaca ruangan yang bertajuk "jejak pendaki", dan pendaki yang terpapar dalam ruangan itu ialah md jadi bin md jeni sendiri, tapi sayang aku tak dapat nak potong artikel itu sebab bukan surat khabar aku. kalau tidak bolehlah aku paparkan sekali kat sini. antara yang menarik apabila ditanya kenapa tak kahwin lagi kerana ketika program mendaki gunung korbu itu umurnya telah mencecah 40 tahun, jawapannya ialah belum puas lagi mendaki dan ingin mencari puteri gunung untuk dijadikan isteri.

itu cerita 20 tahun dulu, tak tahulah khabar berita md jadi ini sekarang, dah jumpa puteri gunung ke belum, masih aktif mendaki lagi ke atau dah ... astaghfirullahal'azim..., kesitu pulak aku ini. tapi, yelah itu lah destinasi kita yang terakhir atau perjalanan sepi menuju kehidupan yang abadi. harapan aku jika ada sesiapa yang terbaca catatan aku ini dan mengenali md jadi, boleh berkongsi info, alamat rumahnya tu pun ada, tapi ketika aku membalas kadnya dulu, tak ada pulak jawapan/balasan seterusnya dari ia. apa pun macam biasa, semoga kawan aku md jadi bin md jeni ini berbahagia dan sentosa dalam meneruskan kehidupan serta sentiasa dalam lindungan Allah jua hendakNya, amin.

-sebenarnya ada dalam sepuluh keping kad raya jaman tori lagi yang aku tak sempat nak paparkan termasuklah sekeping yang istimewa, yang aku jumpa semula setelah segala khazanah yang ada dalam simpanan aku, habis aku selongkar. mungkin raya tahun depan akan aku paparkan kerana ketika itu mungkin aku ada kesempatan jika diizinkan oleh Allah dengan mengurniakan kesihatan tubuh badan dan jika diizinkan oleh tuan punya pengirim kad tersebut, kalau tidak, tak adalah. ok lah, banyak pulak aku berceloteh di sini. jumpa lagi di idilfitri tahun hadapan dalam siri kad raya jaman tori siri ketiga. assalamualaikum...daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan