Sabtu, 3 September 2011

kad raya jaman tori - 13.


"assalamualaikum. wh.wb.
buat ustaz bob & isteri, kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa. dah buat kuih & baju raya ke belum. raya ni, raya di mana? tak balik semenanjung?
bagaimana? bila lagi nak jadi bapa? kami di sini sihat saja. anak pun dah besar dah. sempena hari raya yang bakal menjelang kami ucapkan buat ustaz dan isteri selamat hari raya aidilfitri. 'wassalam'

drpd:
mohd safwan chew
& keluarga
srjk (c) cameron,
39200 ringlet,
cameron highlands.


* safwan ni berasal dari teluk intan dan berkahwin dengan gadis kampung melusuk, lawas pada tahun pertama aku di sarawak. semasa proses peminangan dan menghantar hantaran aku turut serta. itulah kali pertama aku melihat adat atau budaya bertunang dan berkahwin di lawas. semasa dia nak balik ke semenanjung, beria-ia si safwan menyuruh aku membeli radio sony nya. kalau tak silap aku harganya lima ratus dan di bayar ansuran seratus sebulan. baru-baru ini aku dah terjumpa dia di mukabuku secara tak sengaja, aku 'add' hampir dua bulan baru disahkannya. tapi tak pernah update status macam orang lain. tak tahu lah sama ada safwan ni masih di cameron highlands atau dah pindah tempat lain. kalau masih di sana bolehlah aku cari nanti kalau ada rezeki nak ke cameron highlands. kalau tak, tengok atap sekolah sajalah. cuma aku respect dengan dia ni, walau pun baru memeluk islam, tapi dia punya komitmen dengan agama barunya cukup kuat. kadang-kadang aku tengok, member-member yang baka islam ni pun tak boleh lawan dengan dia punya semangat. semoga kecekalannya berterusan hingga ke akhir hayat. wabillahi taufiq wal hidayah...assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan