Sabtu, 1 Oktober 2011

selingkar kisah...

asalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
aku telah beberapa kali bercadang untuk membuat catatan tentang pengalaman terbaru aku ini. tetapi minda aku selalu berkata: untuk apa? dan apa faedahnya? jika hanya sekadar untuk berkongsi cerita, ada orang lain yang lebih menarik ceritanya. namun, pada hari selasa(27.9.2011) ketika sedang mengemaskini/mengedit fail sembang sinar yang aku copy dari mukabuku, aku telah sengaja lambat membalas salam dari dari rakan sembang aku. nasib baiklah ia tak merajuk. kalau tak...tak tahulah apa yang jadi. aku tak bercadang nak bercerita panjang tentang pengalaman tersebut, cuma aku akan cerita sebab dan punca kenapa aku lambat membalas salam rakan aku itu. kisahnya begini:-

setelah isteri aku dimasukkan ke hospital untuk kali kedua pada hari ahad malam isnin, anak-anak aku telah tumpangkan di rumah mak aku di kerayong. memang berat aku nak tumpangkan kerana tak mahu membebankan emak ayah aku. maklumlah kesihatan mereka yang dah melewati angka 60an dan 70an, kadang-kadang membimbangkan jugak. tapi aku tak ada pilihan, sehingga hari khamis aku dan anak aku makan minum serta tidor di rumah mak aku. pada hari khamis aku bercadang nak balik ke seri buntar, tapi terlebih dahulu aku bawa anak aku ke hospital temerloh berjumpa umi mereka. isteri aku pun dah rindu pada anak-anaknya. lagi pun pada hari jumaat nanti ia akan menjalani sedikit pembedahan kecil untuk menjahit semula kawasan yag ada jangkitan kuman. menjelang maghrib aku sampai di rumah, memang letih nak mengurus anak lima orang yang berusia 2-10 tahun. dari a-z perlu perhatian dari aku. apatah lagi dengan keadaan rumah yang dah empat hari ditinggalkan.

pada 23 september -hari jumaat aku lagi sekali terpaksa membawa siti nur aisyah dan ahmad ali abdullah ke sekolah. bermakna lagi sekali meja aku akan jadi seperti dilanda garuda. habis bersepah pen, kertas, buku dan apa saja yang ada dalam bilik aku tu, nak diselongkarnya. balik dari sekolah, aku terus menjemput anak-anak aku yang bersekolah di sk seri buntar, dan langsung ke hospital temerloh. anak-anak aku dah makan sbb sekolah mereka mengadakan jamuan raya. ada yang makan lemang ketupat, mee kari, spagetti dan bermacam lagi. bermakna jimatlah sikit belanja untuk tengahari.

aku tiba dah lewat di mana waktu melawat dah habis, lagi pun isteri aku belum lagi selesai atau keluar dari dewan bedah. terpaksalah aku menunggu dengan anak-anak di ruang lobi yang ramai dengan manusia. aku naik ke atas setelah mendapat sms dari isteri dengan izin pengawal. sebak rasa hati aku apabila melihat isteri aku menahan kesakitan. tapi apakan daya untuk aku menolongnya. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. lebih sakit dari melahirkan anak katanya.

pukul 5.30 petang aku naik lagi sekali bersama lima orang anak untuk berjumpa dengan umi mereka. isteri aku masih lemah dan belum mampu untuk berbuat apa-apa kecuali menghantar sms sahaja. sempatlah jugak aku menyuapkan roti, kerana ia berasa lapar selepas keluar dari dewan bedah. aku balik ketika jam hampir 6.30 petang. sampai di rumah, maghrib dah pun masuk waktunya. tak tahu aku tidor pukul berapa pada malam tu untuk membereskan urusan rumahtangga. kerana pada hari esok aku akan menghantar siti nur aisyah dan ahmad ali abdullah ke kelang untuk dijaga oleh nenek mereka-mak mertua aku.

pada 24 september - hari sabtu ada kenduri di seri buntar- rumah bangteh yunus- adik beradik angkat aku. tapi maaf, aku tak dapat membantu apatah lagi menghadirinya. hanya sekadar singgah sekejap ketika aku hendak ke temerloh dan bersalaman dengan bangteh, kemudian aku terus sahaja destinasi terbaru iaitu gombak. isteri aku telah menghantar sms mengatakan: tak payah hantar kelang, mak tunggu kat rumah maklong di greenwood, gombak. lega hati aku...kalau tidak nak ke kelang pada hari sabtu...masyaAllah... Allah saja yang tahu peritnya. dengan cuaca panas, jalan yang jam, rasa mengantuk dan perut yang lapar.

aku tiba di rumah maklong dan disambut oleh ain- cucu maklong, anak gadis yang sebjik macam muka gadis uzbekistan. sihat dan cantik orangnya! aku yang lapar, apa lagi...pantang di pelawa terus merasa kuih-kuih raya dan dodol di penghujung syawal yang tinggal beberapa hari saja lagi. mak mertua aku dan adik ipar aku belum tiba lagi dari ampang setelah menghadiri kenduri di rumah kaklong nor sepupu isteri aku. anak-anak aku nampaknya riang bermain monopoli dan menonton televisyen. hampir pukul tiga, mak long mengajak makan kerana tak tahu pukul berapa mak mertua aku akan sampai.

setelah selesai mengisi beg dan bakul pakaian anak aku ke dalam kereta adik ipar aku serta bersalaman dengan maklong dan ain, aku dan tiga lagi anak aku pun bergerak ke pahang dan dua orang lagi mengikut nenek mereka ke kelang. aku tak mahu memikirkan sangat, kerana hati bapa mana yang tak sayu berpisah dengan anaknya. perjalanan melalui lebuhraya kl-karak berjalan lancar, sama seperti waktu pergi tadi. malah tolnya pun tetap sama, langsung tak diberi diskaun!!! anak-anak pula asyik dengan majalah masing-masing, ketika menghampiri persimpangan ke karak, pada mulanya aku bercadang nak ikut jalan lama, tapi memikirkan pukul berapa aku nak sampai nanti, dah lah lori banyak nak memotong pun payah. akhirnya aku ikut jugak lah lebuhraya pantai timur.

setengah jam selepas plaza tol karak, mata aku mula buat hal. aku cuba bertahan dengan zikrullah, pada mulanya berjaya, tapi terpaksa di tukar rentak kepada heavy metal dan seterusnya trasher dengan head bagging yang terhangguk-hangguk dan laju, nasiblah tak de yang perasan. anak-anak aku pun semua dah lelap. tak boleh jadi, kat hentian rehat lanchang nanti kena berhenti rehat dulu ni, bisik hati aku. masa pun dah hampir pukul lima, nak solat asar...dah jamak tadi kat rumah maklong. untuk menghilangkan mengantuk dan mengisi lagi perut yang mula terasa kosong kembali, aku beli buah jambu potong. anak-anak dah terjaga semula dan turut sama menikmati buah jambu batu berserbuk, tapi serbuk yang ini macam tak berapa sedap... macam dah lama punya.

pukul enam suku aku memulakan semula perjalanan balik, sambil berharap jangan hujan, kerana tanda-tandanya telah pun ada. alhamdulillah, aku sampai di rumah hampir pukul lapan, bermakna lebih kurang lima belas minit lagi waktu isyak masuk. aku sibuk menyuruh tiga orang putera aku mandi dan aku pun turut sekali menyegarkan badan yang keletihan. siap mandi, aku tengok anak-anak aku sedang makan nasi minyak yag neneknya bawa dari rumah kenduri tadi. aku terpaksa solat dulu sebelum makan dan bercadang nak tumpang sekaki selepas solat isyak nanti. tetapi malangnya...zzzzzzzzzzzzzzzzz...aku tertidur atas sejadah...

aku hanya tersedar ketika jam di dinding bilik aku menunjukkan tepat pukul empat pagi. astaghfirullah...siapa yang membaringkan aku agaknya...seingat aku selesai saja berdoa, aku duduk sekejap dan dah tak ingat apa lagi...tau-tau aku terbaring atas sejadah. aku bangun dan melihat anak-anak aku sedang lena di atas toto kat ruang tamu. alhamdulillah...mereka selamat. aku pun macam biasa melakukan apa yang patut aku buat. sambil itu kepala aku mula berfikir, siang nanti nak ambil siti nur akmal, kemudian ke hospital, isteri aku dah boleh keluar dan terus ke kelang. nampaknya tak ada rehat lagi. rehat, tak rehat, hanyalah tidor. itu pun kalau tidor. kalau berjaga sampai pagi mengadap laptop, tak da rehatlah jawabnya.

kelam kabut aku pada pagi ahad 25 september-basuh baju, jemur baju, kemas rumah, sapu sampah, bersihkan van (yang dah penuh dengan segala jenis khazanah yang tak diperlukan), kali terakhir aku kemas ialah sebelum raya puasa. pukul dua belas lebih baru siap. isteri aku pulak asyik sms, dah siap ke belum, kat mana, tengah buat apa, kenapa lambat sangat, jangan lupa ambil akmal kat asrama, dan yang sewaktu dengannya. tak balas karang, kecik hatinya, merajuk pulak. terpaksalah balas dan melambatkan kerja aku yang tengah tergesa-gesa tu. hampir pukul satu aku bertolak selepas memastikan semua keadaan selamat untuk ditinggalkan semalaman. dalam perjalanan ke seri bera, anak aku ahmad kamal abdullah membuat panggilan, ayah kat mana, boleh datang asrama tak, duit kakngah hilang, duit kita pun dah habis. terpaksalah aku jawab: tunggu, ayah datang, ini dalam perjalanan ke sana. nasib baik kat seri bera tak lama, sebab akmal dah lama tunggu kat kantin.

kepala aku mula ligat berfikir, nak bawa tak anak aku dua orang yang kat guai tu? bawa sajalah, nanti merajuk pula dia orang tak bagi tahu uminya nak pergi kelang. sampai di guai dah pukul dua lebih, itu ini begitu begini, anak aku dua orang tu pun faham. alhamdulillah...warden dia orang membenarkan mereka keluar/balik, tapi besok mesti balik semula ke asrama. aku singgah macam biasa kat masjid guai untuk solat zohor sekali dengan jamak asar. sebabnya aku tak tahu pukul berapa akan sampai ke kelang nanti. hari ini hari ahad, ramai yang akan balik semula ke kl. kalau hujan nanti, lagi sesak jalan dengan kenderaan.

sampai kat hospital temerloh atau hoshas dah pun pukul empat. isteri aku sms: ia boleh keluar pukul empat. aku naik ke atas dan mengemas barang-barangnya. ia nak tukar baju dan kain hospital, nak suruh aku lap badannya dan uruskan soal dokumen serta surat yang perlu di bawa ke hospital kelang kalau terjadi apa-apa. aku ikut sahaja arahannya macam biasa sebab aku kan lelaki yang sayangkan isteri. selesai semua urusan dokumen, aku naik semula untuk menjemput isteri aku turun ke bawah. mulanya aku nak ambil kerusi roda, ia kata tak payah sebab ia perlu banyak bergerak, bagi darah aktif semula mengalir. jadi menapaklah kami berdua perlahan-lahan menuju ke lif, masuk lif, keluar lif dan menuju ke lobi dengan perlahan-lahan sambil disambut oleh anak-anak dengan gembira.

kami meninggalkan hoshas lebih kurang pukul lima petang. perut aku terasa lapar dan kepala aku terasa macam nak pening. aku pun mengeluarkan sebiji epal merah yang aku ambil dari laci tepi katil isteri aku tadi. segigit, dua gigit dan: ayah, nak, kata ahmad kamal yang berpeluk tubuh menahan sejuk. aku pun menghulurkan padanya yang duduk di hadapan sebelah aku. ia batuk dan sedikit demam. panas kepalanya ketika aku rasa semasa di guai tadi. sejuk lagi ke? aku bertanya. ia tak menjawab hanya mengangguk perlahan. aku pun mengambil baju tebal yang aku bawa sebagai persediaan jika aku rasa sejuk semasa memandu dan menyuruh ia memakainya. jalan basah apabila mula memasuki lebuhraya pantai timur, tanda baru lepas hujan. kenderaan memang banyak menghala ke kuala lumpur. aku memandu dengan berhati-hati bimbang isteri aku terasa sakit pada jahitan yang masih belum kering sepenuhnya itu.

menjelang pukul enam baru sampai ke persimpangan lanchang. anak-anak aku asyik bercerita dengan umi mereka. macam-macam hal yang dilapurkan, aku hanya mendengar sahaja. sekali sekali aku menyampuk atau apabila isteri aku bertanya. aku mengambil bekas kuih raya yang anak aku bawa ketika jamuan sekolahnya dulu. sengaja aku tak bawa masuk dalam rumah, kalau rasa lapar boleh jugak aku kunyah untuk alas perut. kuih lain dah habis, yang tinggal maruku hasil buatan isteri aku. untuk raya tahun ini, kuih itu saja yang dia sempat buat selain dari tempeyek yang katanya tak berapa jadi. semalam pun maruku, nampak gaya hari ini maruku lagilah yang jadi mangsa perut yang tengah lapar. maruku, maruku lah...

selepas tol bentong, badan aku mula rasa seram sejuk, aku tahu itu tanda sesuatu akan menimpa aku dan aku perlu berbuat sesuatu. aku memicit kepala dan tengkuk aku serta mengurut-ngurutnya. aku sendawa keluar angin beberapa kali. baru aku teringat yang aku hari ini tak makan nasi lagi, bukan aku sorang tapi tiga orang anak aku pun belum lagi. tapi dia orang dah makan roti dan macam-macam lagi. bagi aku nasi mesti dimakan kalau tak ini lah jadinya. la haulawala... dari malam tadi rupanya aku tak makan. nak makan lepas isyak tapi aku tertidor! tak boleh jadi, aku mesti berhenti cari tempat makan. hentian genting sempah atau gombak jauh lagi. ya tak ya, terpaksa aku berhenti di hutan lipur lentang, tepi hutan, tepi hutan lah. asalkan ada nasi nanti.

aku tahu kat situ memang ada gerai tepi simpang ke air terjunnya tu. aku pun membrek van, meluru turun dan terus laju menu ke gerai beratap zink dan bertanya: nasi ada? tak ada, nasi lemak adalah tapi bungkus. aku pun mencapai sebungkus dan duduk di satu meja kosong sambil diikuti oleh anak aku yang belum makan lagi. kalau nak dikira hampir 27 jam aku tak makan nasi, mana tak angin satu badan dan hampir-hampir aku nak muntah sebelum berhenti kat gerai itu tadi. habis sebungkus, anak aku tak habis, pedas katanya, aku yang habiskan. seorang lagi tak habis, aku nak habiskan, bilal pulak yang nak, aku mengalah bagi saja pada bilal. walau perut masih lagi rasa boleh diisi tapi hati berkata cukup lah dulu, jangan tamak sangat. selepas makan ada pulak yang nak membuang terpaksalah masuk ke kawasan hutan lipur itu dan berhenti betul-betul di hadapan tandas. aku pun turut ber'kameh' supaya lebih selesa semasa memandu nanti. maklumlah hari dah hampir malam.

sempat jugaklah aku mengambil beberapa gambar untuk aku share dalam blog atau mukabuku nanti, tak habis-habis ambil gambar, kata isteri aku, orang nak cepat, takut sakit karang, tambahnya lagi. aku hanya sengih, dia tak tahu kalau aku pitam tadi semasa memandu...Allah sajalah yang dapat membantu. tapi alhamdulillah...dengan pertolonganNya aku dapat mengawal diri dan badan supaya terus bertahan sebelum berhenti untuk makan. biasalah kan orang lelaki macam aku ni mana nak orang lain tahu akan masalah yang dia hadapi. heheheh...bukan cakap besar tapi bersabar dan bersyukur pada Allah Yang Maha Berkuasa.

kami meneruskan perjalanan ketika handset aku menunjukkan pukul 7 malam. aku memulakan pemanduan dengan cermat kerana kereta masih banyak dan masing-masing dah mula menyalakan lampu. aku agak risau di laluan menurun bukit selepas terowong nanti kerana agak bahaya dan hujan pulak baru berhenti. jambatan itu menyambungkan antara dua gaung yang agak panjang jugak, kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan. aku tahu pun hanya setelah aku melihat ketika aku menaiki bas rombongan pada beberapa tahun yang lalu ketika masih mengajar di sk kerayong. jika sebelun terowong, mendaki, selepas terowong menurun dan masuk ke negeri selangor. tapi tak lah cemas sangat selepas itu kerana jalannya dah tiga lorong.

ketika melepasi tol gombak, aku menyuruh isteri aku bertanya pada rukiah laluan mana yang senang dan tak banyak kenderaan, kalau ikut jalan yang biasa melalui ampang memang tak tahulah pukul berapa akan sampai. maklumat yang diberi ialah masuk ke jalan sentul melalui lebuhraya duke sehingga ke tol batu dan masuk ke jalan apa tah terus ke tol jalan duta, kemudian masuk ke lebuhraya nkve, straight saja ikut papantanda ke kelang. mudah saja rupanya, cuma aku yang tak perasan, pergi tahun lepas dah lalu dah, tapi masuk ikut simpang lain. aku apa lagi tekan minyaklah walau kepala terasa pening semula dan baru aku teringat mungkin sambal nasi lemak tadi bubuh ainomoto agaknya, sebab tu lah sedapnya lain macam saja. aku memang tak boleh dengan ajinomoto, dari kecil aku tak biasa makan masakan bubuh ainomoto. memang mak aku tak pernah guna pun ajinomoto dari dulu hingga sekarang. kalau lepas makan kepala terasa berdenyut-denyut itu tandanya makanan tadi ada bubuh ajinomoto. terpaksalah tanggung sendiri.

untuk mengelakkan rasa mengantuk aku memecut laju, lagi pun had laju di laluan itu ialah 11o kilometer, tak kan nak bawa 80 atau 90 kot. lain lah kat jalan triang-kemayan. isteri aku mula lagi: slowlah sikit, jangan laju sangat, katanya. laaa...semua kereta laju, tak kan kita nak slow pulak, kata aku. sememang semua kereta di kiri ke, kanan ke, laju-laju belaka macam berlumba tapi tak berlumba pun. tak sampai setengah jam dah sampai kat tol bukit raja, bermakna dah sampai ke kelang. lagi sekali maklumat diperlukan nak masuk simpang mana, akibat salah information aku dah terlajak simpang di sebelah kiri, mulalah...mula dah...tapi aku rilek saja. kalau tahun lepas aku hentam sampai kat pelabuhan kelang-south port, malam ni tak tahu lah lagi. tapi malam ni ok lagi sebab masih dalam bandar...aku slow kan van dan menyusur saja ikut line tepi, berjumpa masjid besar kelang, masuk satu simpang... eh... ini little india...ikut sajalah. kalau tak salah jalan tadi tak sampai kat sini. nak ambil gambar sebagai kenangan, handset kat akmal pulak sedang bertanya jalan dengan maksu nya.


* maaf lah ya... aku terpaksa sambung lagi nanti... next year kot baru siap selingkar kisah ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan