Sabtu, 29 Oktober 2011

ke kelang lagi...

habis majlis kat seri bera, aku dan siti nur akmal pun beredar meninggalkan kawasan sekolah tersebut selepas akmal mengambil beg pakaiannya kerana sekolah seri bera akan bercuti selama seminggu sama seperti sk kemayan dan beberapa sekolah lain dalam daerah bera. aku berhenti di restoran nasir untuk membeli nasi ayam dan terus ke sk seri buntar untuk mengambil tiga orang anak aku kat situ. di rumah aku berpesan itu ini pada akmal dan terus ke guai untuk menjemput dua orang lagi anak aku. jalan sibuk dengan kenderaan yang baru balik dari kerja atau yang menuju ke masjid. tak kurang juga yang hendak menjemput anak mereka dari asrama kerana pahang akan bercuti selama tiga hari, itu belum lagi dicampur dengan cuti deepavali. malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung masing-masing.

untuk minggu ini aku lagi sekali bersembahyang jumaat kat masjid pangsenam. tak sempat aku nak memecut ke guai dan bersembahyang jumaat di sana kerana kesibukan lalulintas. entah mengapa pada khutbah yang kedua aku begitu mengantuk hingga tersenguk beberapa kali. memang mengantuk tahap gaban agaknya aku pada hari itu. selesai solat sunat aku tak berlengah terus menuju ke guai ketika jam menunjukkan tepat pukul dua petang. setengah jam nanti sampailah ke guai ni, bisik hati kecil aku.

memang tepat jangkaan aku, beberapa minit ke pukul dua setengah aku telah pun berada di luar pagar asrama puteri smu guai. kelihatan siti nur amni dan anak mohd nor pondok dengan beg masing-masing menuju ke arah aku. ahmad kamal abdullah pun sama dengan dua biji begnya. oleh kerana masih ada ruang kosong, dua orang kawan ahmad kamal menumpang untuk ke stesen bas temerloh. ternyata mata aku begitu mengantuk hari ini. di persimpangan lampu isyarat bawah jambatan menghala ke temerloh sempat aku terlentok beberapa saat sebelum dikejutkan oleh ahmad kamal yang duduk di sebelah aku. dan lebih parah lagi ketika sampai di kampung jelam, aku terpaksa berhenti di bawah pokok kuinin di hadapan masjid jelam untuk melelapkan mata seketika.

aku cuma tersedar ketika jam di dashboard van aku menunjukkan hampir pukul empat. aku bertanya kepada ahmad kamal, lama ke ayah tidur? adalah dalam 20 minit, katanya. aku pun menyambung semula pemanduan aku menuju ke bandar bera dan singgah di pondok padang luas serta di ppd bera atas satu urusan peribadi. hampir setengah jam jugak aku di ppd itu, tapi apa yang aku hajatkan tak diperolehi kerana tiada dalam fail peribadi. terpaksa kontek jpn untuk dapatkan salinannya, kata seorang kerani tu. dan aku sampai di rumah hampir pukul lima petang. anak-anak aku dah pun bersiap sedia untuk ke kelang!!!

aku sengaja berlengah-lengah bagi memberi badan aku peluang untuk berehat. selepas solat asar aku makan nasi dulu kerana bimbang terjadi seperti peristiwa dulu. biar lambat asalkan selamat, bak kata pepatah orang dulu-dulu. sedangkan aku menikmati nasi ayam, masuk ahmad abdullah abbas: ayah, ayah tayar van ayah pancit!, katanya. ye ke?, kata aku pulak. ye! katanya serius. aku pun bangun dan menuju keluar untuk melihat apa yang dikatakan itu. ternyata akan kebenarannya. tayar belakang sebelah kanan kelihatan kempis dan memang ketiadaan angin. aduh...beberapa hari lalu aku menukar tayar depan kerana telah botak sebelah. habis sembilan puluh ringgit. tayar second hand saja. mana ada duit banyak nak tukar yang baru. itu pun sebab nak jalan jauh.

selepas siap basuh pinggan dan tangan, aku pun memulakan operasi membuka dan menukar tayar. tak lah susah sangat sebab dah dua tiga kali van tu pancit aku buka dan tukar sendiri. bukan cakap besar tapi kali pertama van tu pancit kat gebeng, kuantan pada tahun 2007 aku buka sendiri dan tukar tayar ganti sendiri. kira dah berpengalamanlah dalam bab buka dan tukar tayar ni. aku mesti cepat sebab bukan setakat nak kejar masa, tapi yang penting juga sebelum kedai tayar tutup. seperti biasa aku ke kedai tayar goodyear berhampiran sekolah menengah triang. lagi sekali terpaksa terbang empat puluh lima ringgit kerana bunga dah hampir botak. selesai di situ, aku terus ke stesen petronas kerayong untuk mengisi minyak. ketika itu dah hampir pukul enam dan jalan masih lagi sibuk dengan kereta serta lori.

hampir pukul tujuh aku sampai di plaza tol temerloh, handset aku berbunyi, mak aku menalipon dan bertanya beberapa perkara. aku seperti biasa menerangkan padanya dan meneruskan perjalanan kerana malam dah pun tiba. tak tahu aku, banyak pulak kereta yang menghala ke kuala lumpur macam ada program besar saja kat sana. perjalanan berjalan lancar, cuma selepas tol bentong dalam hujan gerimis yang kadang-kadang agak lebat ada kemalangan langgar belakang di sebelah laluan menghala ke kuantan. jalan memang agak licin dan kereta banyak, kalau tak berhati-hati itulah akibatnya.

oleh kerana baru beberapa minggu pergi ke kelang, tak jadi masalah bagi aku untuk mengingat jalannya. cuma ketika selepas tol bukit raja aku terlajak di persimpangan menghala ke kelang atau pusat bandar. hahaha...nasib baik boleh undur dan lagi sekali aku melalui little india sebelum terlajak pulak di persimpangan menuju ke kampung tempat adik ipar aku tu menyewa. tapi bukan salah aku, salah pembantu driver, hehehe...sepatutnya belok kiri tapi ia kata jalan terus. dari jauh kelihatan hotel goldcoast, ooo...inilah hotel yang selalu cikgu-cikgu kursus tu, kata aku dalam hati. manalah aku nak ingat atau cam jalan ke rumahnya, pergi hari malam tapi bila balik hari siang. suasana dah berbeza dan aku tak dapat nak membuat suatu tanda di satu-satu simpang.

tapi, alhamdulillah akhirnya sampailah jugak dalam pukul sembilan lebih. anak-anak aku menerpa masuk ke rumah yang dah terbuka pintunya dan bersalaman dengan uminya. rindu sangatlah tu agaknya. aku sengaja memberi peluang kepada mereka kemudian baru aku masuk dan bersalam dengan mak mertua aku serta isteri aku. oleh kerana nasi dan lauk dah siap masak, ditambah lagi dengan perut yang lapar aku pun makan bersama anak sambil dilayan oleh isteri aku. walau pun dah agak ok, tapi masih belum boleh berlasak dan membuat kerja-kerja yang berat lagi. maklumlah bedah ni, bukan boleh buat main-main. kena jaga betul-betul kalau nak cepat elok.

akhirnya setelah beberapa minggu aku tidor sorang-sorang, kadang-kadang terlelap depan laptop, ada masanya tertidor atas sejadah, malah ada juga beberapa malam yang tak tidor sampai pagi, pada malam itu merasalah tidor sebelah isteri aku. tapi sekadar tidor sajalah, mana boleh buat apa-apa pun, memandangkan kesihatannya yang belum betul-betul pulih lagi. tak kesah lah asalkan dapat rasa hangatnya pun dah cukup...heeheehee... sedar tak sedar dah hampir pukul tujuh, kelam kabut aku bangun dan mandi.

sarapan pagi itu nasi lemak yang dibeli oleh daud, biras aku dan nasi goreng masakan mak mertua aku. oleh kerana masih lapar, tak sedar aku termakan sampai tiga bungkus nasi lemak. sebenarnya aku makan sebungkus saja tapi yang dua lagi tu nasi anak aku yang tak habis, jadi oleh kerana tak nak membazir aku habiskan kedua-duanya sekali. sambil itu mak mertua aku dan rukiah serta suaminya bersiap nak balik ke raub kerana ada kenduri di sana. jadi tinggallah kami sekeluarga anak beranak. buatlah macam rumah sendiri, kata rukiah kepada kakaknya, isteri aku.

sebenarnya aku dan isteri aku telah merancang nak balik selepas dia orang bertolak ke raub. memang rancangan asal pada malam esok nak pergi i-city, tapi memandangkan baget yang lebih kecil dari ciput, terpaksa aku dan isteri ubah program. nak jimatkan wang, terpaksa balik awal dan tak payah pergi i-city. mengikut kata isteri aku nak masuk kat situ, paling kurang kena ada rm500 baru sedap berjalan, maklum lah anak ramai. aku hanya mengikut saja, balik awal pun lagi baik, boleh aku rehat awal dan mengemas rumah lagi kerana masih banyak yang bersepah termasuklah kain baju yang sengaja aku tak lipat. bukan malas tapi aku ni memang tak minat lipat baju, kalau basuh rajin sebab guna mesin basuh.hahaha...

setelah urusan memujuk anak-anak aku selesai, aku pun memunggah beg-beg ke dalam van sambil di bantu oleh siti nur akmal yang masih berlinang airmatanya kerana terkilan tak dapat pergi i-city. tapi uminya berjanji akan pergi selepas ia habis menghadapi spm nanti. adik-adiknya turut membantu membawa beg baju masing-masing. bayangkan lah, lapan orang anak bermakna lapan biji beg pakaian dia orang. memang penuh dan padat, tapi masih selesa lagi. cuma kalau anak-anak aku nak tidor saja nanti, barulah dia orang kata sempitlah, panaslah dan mulalah nak berebut ruang yang lebih besar. nantilah kalau ada rezeki terpijak, boleh lah tukar kepada yang lebih luas sikit. sikit je tak boleh lebih-lebih, karang duitnya pun kena lebih jugak.

macam aku katakan tadi, datang malam tapi bila balik siang dan akibatnya aku terlepas simpang kat satu lampu isyarat. mulalah aku meraban hampir setengah jam jugak sebelum jumpa signboard yang menunjukkan ke arah lebuhraya. tapi rupanya persimpangan itu aku pernah lalui kali pertama aku datang pada tahun lepas. aku tak perasan pun, tapi isteri aku yang perasan sebab ada kilang kopi yang sedap baunya hingga sampai ke rumah adik ipar aku tu. fuuh...! lega rasanya bila dah masuk lebuhraya tu. kenderaan macam biasa banyak dan laju tapi bergerak lancar tak ada kesesakan, aku relak saja memandu sambil menikmati pemandangan sekeliling cuma ingatan aku yang tiba-tiba terkenang kan seorang kawan aku yang jauh tapi dekat dihati. tak kesahlah sebab dulu pun macam tu jugak. oleh kerana ada permintaan nak membuang air kecil, aku pun membelok di hentian rehat dengkil dan sempatlah aku melonggarkan urat-urat yang tegang semasa memandu tadi.

dari dengkil nak ke seremban tak lah jauh sangat, tapi aku tak keluar di persimpangan seremban kerana terpaksa melaui bandarnya dan lampu isyarat yang banyak. sebaliknya aku keluar di plaza tol senawang, banyak jugak lampu isyarat tapi taklah macam kat bandar seremban tu. oleh kerana jalan dah lurus dan tak payah nak lalu bukit putus lagi, sekejap saja dah sampai kat hutan lipur ulu bendul. isteri aku ajakberhenti rehat dulu kerana baru pukul sebelas. pukul satu nanti baru balik katanya. aku ikut saja, anak-anak apa lagi bersoraklah suka sangat dapat mandi air sungai kat situ. aku pun membelok dan terus masuk ke simpang kecil melalui pintu gerbang daripada kayu itu. kalau nak tahu kawasan hutan ini adalah tapak jambori pengakap peringkat kebangsaan setiap tahun.

aku pun parking di tepi batu yang agak besar dan anak-anak aku berebut nak turun dulu. abang... tayar belakang ni pancitlah, kata isteri aku yang dah turun dulu. ye ke? tanya aku semula dan turun untuk melihat tayar yang dikatakan itu. memang pancit pun. ish...! semalam sebelah kanan, hari ini sebelah kiri pulak. cubaan...cubaan... sabar je lah. apa-apa pun berehat dulu, karang baru buat kerja, kata aku kepada isteri aku. anak-anak aku yang lelaki semuanya dah berada di tepi sungai, jadi aku terpaksa segera mengikut mereka yang dah pun menanggalkan baju masing-masing. gembira betul mereka, seingat aku kali terakhir dia orang mandi kat situ pada tahun 2006 atau 2007 yang lalu. sekarang dah tahun 2011, mana tak dia orang suka sangat berpeluang dapat main air dan pasir. kalau dulu, takut-takut je, sekarang ni pantang dipelawa nak saja. aku melayan anak-anak aku termasuklah si kecil yang pada mulanya takut, tapi bila kakngah nya mandi, barulah berani nak masuk dalam air yang agak sejuk itu.

isteri aku dan siti nur akmal hanya duduk saja melihat telatah anak-anak dan makan kacang serta nasi lemak yang dibawa dari kelang tadi. aku sempat mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan dalam blog aku nanti. nak mandi terasa sejuk pulak, lagi pun kawasan itu agak terbuka jadi malaslah aku nak tayang body yang tak berapa nak sexy tu. entah dari mana tiba-tiba mazita, cikgu di sk kerayong lalu di seberang sungai dan melambai-lambai. aku dah biasa dengannya sebab pernah melatih hoki bersama-sama semasa di sk kerayong dulu. nak ke port dickson, katanya bila aku tanya. dan macam berjanjilah pulak, dari jauh kelihatan abang rerah, sedang melalui jambatan untuk menyemberang sungai itu. dia ni suami kepada azlina, pengusaha kantin di sk kemayan. sempatlah aku bersembang dengannya sekejap kerana dia dan keluarganya nak pergi ke taman ular yang terletak di sebelah dalam jalan menghala ke gunung angsi.

pukul satu aku dan keluarga mula bergerak meninggalkan kawasan ulu bendul dan menuju ke kuala pilah selepas berhenti solat di masjid kampung ulu bendul. tapi perut pulak berasa lapar, nak berhenti tak ada tempat yang sesuai nak menjamu selera. dalam asyik tercari-cari, sedar tak sedar dah sampai kat ayer itam. berhenti kat sini jelah bang, kata isteri aku. jadi makan tengahari yang dah masuk petanglah kami sekeluarga di terminal ayer itam. pukul lima lebih baru bertolak semula ke pahang dan sampai di seri buntar ketika hari pun dah hampir senja. aku sengaja tak bawak laju, sebab itu agak lambat sampai lagi pun tak ada apa yang nak dikejarkan lagi. nak balik rumah sendiri, tak payah nak gopoh-gopoh sangat. biar lambat asalkan selamat.

itulah dia secebis kisah aku yang ke kelang lagi sekali untuk menjemput isteri aku dan dua orang anak aku dan balik pada keesokan harinya. letih? penat? ngalih? semua ada tapi hati rasa lapang sebab isteri dan anak-anak semua dah ada semula disamping aku. barulah nampak berseri rumah ni, kalau tak tu malap jer rupanya. maklumlah tiada dia punya penyerinya. ini dah ada kenalah jaga baik-baik, ye tak, jangan nak sakiti hatinya yang masih belum sembuh betul jahitan bedah dulu. ok lah, cerita ini dah tamat tapi aku masih lagi mencari masa untuk menyiapkan catatan aku yang bertajuk 'selingkar kesah' agar ia tak melangkau ke tahun depan. maklumlah, nak menyiapkan cerita ini pun aku terpaksa bersengkang mata sambil mendengar 'ribai baru'. aku nak gosok baju sekolah anak aku dan baju aku sekali, jadi macam biasa... assalamualaikum...daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan