Jumaat, 30 November 2012

kawasan perkhemahan di waktu malam.(18.10.2012)

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
sambung lagi cerita pasal perkhemahan. cerita jangan tak cerita. di bawah ni gambar yang aku snap pada waktu malam. walaupun hujan lebat di kawasan triang dan seri buntar ketika aku bergerak menuju ke sekolah, tapi apabila melepasi simpang bukit mendi dan seterusnya ke kemayan aku dapati tiada hujan. yang ada hanya renyai-renyai saja. tapi hati masih berdebar kerana aku belum sampai ke sekolah lagi. harap-harap tak hujan lah hendaknya. kalau hujan tak tahu lah keadaan di kawasan perkhemahan tu.

tapi, alhamdulillah ketika memasuki kawasan persekolahan hanya kesan basah saja. menurut mereka hujan renyai yang agak lebat disebelah petang. tapi berhenti sebelum maghrib. lega rasanya. seterusnya pada malam itu tidak ada hujan. sekadar tiupan angin dan gerimis yang mengundang kedinginan malam lalu menerpa ke tubuh insan-insan yang bersembang di bawah garaj yang dijadikan dapur atau tempat memasak bagi setiap unit pasukan beruniform menikmati apa-apa yang ada termasuk goreng tepung atau cekodok yang dah sejuk dan hampir keras(karau?). hehehhe.....



setelah keluar dari rumah cikgu zulkifli dan ketika semua peserta sedang 'dilanyak' oleh cikgu khairul dalam sesi kawad kaki di dewan sekolah, aku mengambil kesempatan untuk pusing-pusing di sekitar kawasan perkhemahan.


lampu yang menerangi malam menjadi teman di kala kesepian. hampir rm280 aku belanjakan untuk membeli wayat dan mentol. tapi bukan duit aku, duit kokurikulum. tahun depan untuk perkhemahan seterusnya beli lagi, barulah dapat meliputi semua kawasan perkhemahan.



kawasan ini agak gelap kerana mentol tidak mencukupi.



aku suka kawasan ini. ini adalah tengah-tengah kawasan perkhemahan. kelihatan pokok durian dan pokok kelapa sawit. aku bercadang nak jadikan ia kawasan ruang untuk solat bagi peserta perkhemahan. 



kawasan khemah peserta perempuan. berhampiran makmal komputer. kelihatan belerang yang telah ditabur disekeliling khemah. belerang antara barang yang wajib ada semasa program perkhemahan dijalankan.



satu lagi gambar yang menunjukkan khemah peserta perempuan. nampak tak cikgu habil yang sedang menabur belerang tu.


begitulah rupanya keadaan atau suasana kawasan perkhemahan di waktu malam. kadang-kadang rasa seram jugak sebab berhampiran dengan hutan walaupun masih lagi dalam kawasan sekolah. apalah aku ni kan, macam perempuan pulak nak seram-seram. tak ada lah, aku saja je cakap macam tu nak tengok respon korang semua. 

apa-apa pun selamat malam aku ucapkan kerana waktu dah pun menunjukkan jam 2 pagi pada hari jumaat yang mulia ini. dalam sibuk menyiapkan assignment yang tak mahu siap sempat jugak aku update blog ya. alaa... apa yang susahnya, gambar tu dah lama aku muat naik tapi tersimpan sebagai draf saja. bila ada masa sikit aku taip lah apa yang patut sebelum diterbitkan di ufuk danau kalbu.

ok lah... aku nak berhenti dulu dan nak jenguk pulak kerja kursus yang ada tu. akhir kata majulah kokurikulum untuk sekolah. wassalam.... daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan