Isnin, 23 September 2013

kad raya jaman tori 36.

assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh...
berikut adalah beberapa lagi naskhah atau dokumen yang merupakan bukan kad raya tapi aku sengaja masukkan juga ia dalam siri ini. 



tapi malangnya hanya tinggal sampulnya sahaja. isi kandungannya hilang entah ke mana akibat dari penyelongkaran oleh anak-anak aku. anak pulak yang disalahkannya..... hahaha.... haslinah ini anak polis dan kebetulan pulak balai polis dan kuartersnya bersebelahan dengan srb agama lawas, berhampiran dengan hospital lawas serta majlis daerah lawas. tapi itu masa tahun 1990an, sekarang dah tahun 2013... aku pun tak tahu sama ada bangunan srb agama lawas yang dulu tu masih ada lagi ke tidak. ya lah... masa dah berubah, bukan pantai saja berubah malah tanah pun boleh berubah.... cuma hati aku saja yang tak pernah berubah dan sentiasa ingat kenangan di lawas dulu....





ini satu lagi sampul yang kosong tanpa isi. tapi aku dah tak ingat nur khaidah ini berasal dari mana. maksud aku dari kampung punang ke, belipat ke. belimbing ke, atau kampung sualai tak pun dari kampung kuala lawas, awat-awat, sundar, trusan atau pun dari merapok. aku dah tak ingat, maklumlah dah lama campur dah tua sikit. cuma nama kampung saja yang aku ingat... 



ini pulak dari munirah binti ismail yang beralamat kampong pemukat, kuala lawas. aku tak tau jugak mana pergi dia punya isi. hanya tinggal sampul saja. bila aku tengok sampul surat ni....terpikir aku... adakah lagi aanak murid zaman sekarang ni menghantar surat kepada cikgu-cikgu mereka selain dari kad raya. maklumlah zaman telah berubah. masing-masing sibuk dan sebok dengan gadgets masing-masing. sama-samalah pikirkan jawapannya.



ini satu hal pulak.... surat ada, tapi sampulnya entah ke mana. kertasnya pun dah nak bertukar menjadi kuning-kekuningan. aku rasa tersentuh bila noor salwana ini bertanya: siapa yang akan mengantikan kami? mungkin pembaca dari semenanjung akan berasa pelik dengan pertanyaan itu. maklum lah laras bahasanya agak lain. tetapi maksudnya ialah siapa yang akan menggantikan aku bila aku dah bertukar dan tidak mengajar mereka lagi. satu pertanyaan yang tidak dapat aku menjawabnya. siapalah yang bertuah tu agaknya. aku bertukar ke semenanjung pada tahun 1995, jadi pada tahun 1996 mestilah ada ustaz/ustazah baru yang akan masuk mengajar di sana. tak kesah lah siapa yang akan mengajar, tapi yang penting ialah kesungguhan murid dan guru dalam menjalankan tugas masing-masing untuk kejayaan bersama di dunia dan akhirat.

* aku masih lagi berfikir sama ada nak tunjuk atau pun tidak kad yang terakhir nanti. ia memang kad raya. aku masih bimbang akan tindakan aku nanti. bimbang ada hati yang akan terguris. jika responnya baik.... insyaAllah aku akan paparkan. jika tidak biarlah ia hanya tersimpan sebagai draft sahaja. 

* oh...ya... sabtu lepas (21 september) aku ke nilai lagi bagi permulaan semester 4. tau berapa subjek.... tujuh.... kalau ikut jadual asal masa tamat belajar ialah 10 malam. tapi...alhamdulillah pensyarahnya bersetuju nak mulakan kelas awal... jadi pukul sembilan malam dah boleh balik. tapi nak memulakan perjalanan balik tu.... Allah saja yang tau.... kalau boleh aku nak terus baring saja dalam van tu. tidor dulu kemudian baru balik. tapi bila pikir semula... kemudian tu bila? terpaksalah dikuatkan semangat untuk memandu sorang-sorang sambil melayan sinar fm dengan lagu-lagu retronya yang kadang kala boleh membuatkan aku terbang ke seberang laut china selatan dan singgah di sebuah daerah disana. bila menyentuh bab inilah yang aku masih lagi berfikir pasal kad raya nan sekeping itu. kerana pemiliknya atau pengirimnya masih lagi ujud dan masih lagi bertakhta di hati. 

* sekian terima kasih. wassalam...  daaa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan