Ahad, 18 Disember 2011

jalan-jalan cari makan...

eh! dah pukul 8.15 dah zul, kata aku kepada zul yang tengah terbaring atas katil bujang asrama lelaki sm teknik kuantan sambil membaca suratkhabar hari ini. zul pun berpaling ke arah aku dan bertanya: tak balik lagi cikgu tadi? tak, jawab aku ringkas. tak kan lama sangat, tadi talipon kata dah beli nasi, ni tak sampai-sampai lagi. sambung aku lagi: budak-budak dah ada yang tidor haa...jom lah keluar cari makan, zul... tak daya lapar gini... pukul sebelas pagi tadi makan... ni dah pukul lapan lebih tak makan lagi, tak boleh jadi.

itu lah antara perbualan aku dengan zul, driver bas 'manorojah' atau pun lebih dikenali dengan nama muthu. aku mula mengenali zul pada tahun 2006, semasa sk kerayong mengadakan program rehat minda untuk murid-murid tahun enam yang akan menghadapi upsr pada tahun tersebut. program diadakan di kawasan pantai berhampiran dengan de rhu beach resort, beserah. aku salah seorang guru pengiring telah menaiki bas yang dipandu oleh zul. maka berkenalanlah aku dengan zul yang agak peramah jugak walau pun kelihatan macam pendiam orangnya. lebih kurang macam aku lah tu. hahaha...

tahun berikutnya 2007, sk bohor baru telah dipilih untuk menjadi tuan rumah karnival sukan prasekolah bagi zon mengkarak. lagi sekali aku dipilih oleh gb untuk membantu cikgu pra menguruskan budak prasekolah. kebetulan pulak aku mengajar pendidikan islam di kelas pra pada tahun itu. oleh kerana sk kerayong ada dua kelas pra, jadi gb telah menyewa sebuah bas sekolah. bas yang jadi pilihan cikgu rahman tak lain tak bukan ialah bas manorojah lagi. dan secara kebetulan pulak pemandunya ialah masih lagi zul yang tahun lepas tu. jadi senanglah aku berurusan dengannya.

selepas dari tahun itu saja, aku tak jumpa dengan si zul ini, walau pun aku dengan tagteam aku iaitu sabri dengan fadzli mengadakan rombongan ke pulau pinang menggunakan bas manorojah tapi pemandunya bukan zul. sebaliknya muthu sendiri yang jadi drivernya. menurut kata muthu, zul ada trip ke kelantan bawa rombongan pengantin yang nak kahwin. aku dengan geng aku tak kesah sangat pasal tu. janji perjalanan selamat pergi dan balik.

pada tahun 2011, entah macam mana aku telah disenaraikan sebagai guru pengiring pasukan hoki daerah bera walau pun tak ada pemain dari sk kemayan yang turut serta. aku pun tak kesah itu semua. dapat jugak aku berjalan-jalan ke kuantan secara percuma. aku pun dah lama tak merasa naik bas ni. dan lebih senang lagi pemandu basnya ialah zul. member lama rupanya. tak lah boring sangat dalam bas, ada lah jugak kawan nak bersembang. pasal cikgu lelaki lain naik kereta. cuma aku dengan guru pengiring perempuan saja yang naik bas.

nak makan kat mana, cikgu, tanya zul sambil menukar kain pelikatnya dan memakai seluar. entah, kita cari lah mana yang dekat, jawab aku pulak. ada gerai yang dekat, jalan kaki pun boleh, tahun lepas masa bawak budak bola, aku makan kat situlah, kata zul pulak.

maka pada malam tu menapaklah aku dengan zul mencari gerai yang dikatakannya itu. keluar dari pagar sekolah tu, kami membelok ke kiri dan melalui hadapan sekolah menengah alor akar dan terus masuk ke kawasan perumahan. agak gelap kawasan tu. kami terus berjalan melalui kawasan perumahan tersebut, masih belum kelihatan gerai yang dikatakan itu. hampir setengah jam berjalan dalam cahaya yang samar tu, kami tiba di jalan yang menghala ke mrsm kuantan. kalau tak silap kat depan tu lah tempatnya, kata zul. lega sikit hati aku bila mendengarnya. jalan punya jalan tak nampak pun kawasan gerai yang dikatakan tu. jalan lagi sampai ke simpang menuju ke jpn pahang yang lama. masih tak ada. terus berjalan, sampai pulak kat pejabat jpj. eh, bila jpj ni pindah? tanya aku bila terlihat kain rentang pemberitahuan. lama dah, kata zul. kami pun sampai di jalan tengku muhammad(kalau tak silap aku).

tak ada pun zul, kata aku pada zul yang berhenti sambil menghadap arah kanan iaitu arah menghala ke telok cempedak. ke... kita nak ke telok cempedak je, kata aku sambil ketawa kecil. badan dah mula basah dek peluh walau pun berjalan di waktu malam. zul pun turut ketawa kecil. antara memilih sama ada nak ke kanan atau ke kiri, kami memilih untuk ke kiri. kerana setidak-tidaknya kalau tak ada gerai nanti, kami akan terus ke restoran padi(?). ye ke namanya tu. aku pun dah tak ingat dah. kami teruskan perjalanan mencari gerai nak makan sebab dah lapar. rasa-rasa aku ada dekat dua jam berjalan kaki tadi. akhirnya kami sampai semula di smk teknik. nak ambik bas pun alang-alang, kata zul. jalan kaki je lah, tambahnya lagi. bukan jauh sangat pun kata aku. tempat yang kami maksudkan ialan restoran padi. lepas pada simpang kuarters polis tu sampailah, kata aku lagi.

dalam menapak tu sempat jugak aku membaca papan iklan atau lebih tepat lagi papan projek untuk membina pangsapuri atau kawasan kediaman di kaki bukit pelindung. nampak pada gambar yang ada dan ayat yang tertera ia adalah projek mewah dan akan diusahakan oleh tunas manja group. dan nama projek tu pun nama orang putih 'amber hill'. aku pernah sebut dalam entry yang lalu.

kat atas tu adalah gambar buktinya. tapi biasalah kan, gambar yang diambil semasa tengah berjalan macam tu lah jadinya. tak kesahlah kan janji ada gambar. kalau nak yang real, pergilah kat jalan tengku muhammad tu. baca sendiri tulisannya. aku pun tengah letih masa tu, malas nak ambil banyak kali.

bila sampai kat restoran yang santai tu, aku dan zul pun menarik nafas lega. nanti dulu, nak rehat hilangkan letih sekejap, kata zul kepada anak muda yang datang nak ambil order. aku hanya gelak bila zul cakap macam tu. apa tak nya, rasa nak tercabut kepala lutut berjalan kaki. nasib baik hari malam, cuaca sejuk. kalau siang tak tau lah. harus boleh perah baju agaknya dek basah oleh peluh. oleh kerana zul yang nak belanja aku ikut saja menu yang dimintanya. lagi pun aku sebenarnya bukan pandai sangat order yang pelik-pelik kat restoran macam ni. habis kuat pun aku minta nasi paprik atau nasi daging masak merah. lain pada tu yang biasa-biasa je macam nasi goreng ayam. air pulak paling canggih pun kopi radix. kadang-kadang tongkat ali yang cap lain punya. maklumlah aku ni bukan biasa makan tempat-tempat cam tu. orang tak banyak duit katakan. habis licin segala apa yang dihidangkan atas meja pada malam tu. tinggal pinggan mangkuk dan sudu garpu serta gelas air saja yang tak larat kami nak telan.

bila dah kenyang tu mulalah berat nak berjalan. tadi laju je sebab perut lapar dan badan masih ringan lagi. tapi tak kan nak tidor kat restoran tu pulak kan. jadi dengan langkah yang lemah gemalai kami pun berjalan pulang dengan tenang dan selamba sambil bercerita pengalaman berjalan-jalan nak cari makan. bila diingatkan kembali kesah tersebut, macam tak percaya saja. menurut zul hampir lima kilometer kami berjalan pada malam tu yang memakan masa hampir dua jam setengah semata-mata nak cari makan. kalau orang lain mungkin jalan-jalan sambil naik kereta atau berkenderaan, tapi bagi aku dan zul jalan-jalan cari makan dengan berjalan kaki saja. baru lah betul namanya jalan-jalan cari makan. demikianlah sedikit kesah dalam perjalanan hidup aku di tahun 2011.

catatan ni dah lama aku tulis, tapi tak siap pun sebab aku yang lemah. senang cerita itu lah alasannya. dah lama tersimpan sebagai draf. sebenarnya aku nak cerita pasal reunion rodong-rodong semasa sekolah rendah, jadi terpaksalah aku siapkan catatan ini dulu sambil tunggu liverpool lawan manchester city pukul 3.40 pagi nanti. itu pun kalau aku mampu bertahan maklumlah siang tadi aku pergi membersihkan tanah sejuring yang dah kana sodok dek backhoe dan sebelah petang sambung lagi dengan membakar perun yang aku buat. besok cuti lagi, jadi boleh lah tidor lewat sikitkan. ok, lah lepas ni aku nak buat catatan tentang reunion tersebut. bolehlah tengok gambar aku yang terkini, yang kat mukabuku tu gambar yang diambil oleh rodong-rodong aku. tapi kat blog ni nanti gambar yang dirakam menggunakan hanset aku sendiri. assalamualaikum...daaa...

Ahad, 11 Disember 2011

tak ada letrik... tunas manja bera terbakar.

assalamualaikum... kononnya aku berjanji nak update blog tiap-tiap hari semasa cuti sekolah ini. tak pun dua hari sekali. tapi nampak gayanya makin slow pulak aku ni. dua tiga hari dulu tak hujan, dapatlah aku meracun lalang kat kawasan lapang depan rumah aku tu. satu kerja yang aku tak pernah buat. tapi entah macam mana dengan sengaja aku telah lakukan pada hari sabtu(semalam). tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal tu. aku nak cerita pasal pada hari ini (ahad) hampir satu daerah bera tiada berletrik. notis telah pun di tampal pada tiang letrik dan tempat-tempat tertentu.

pada pagi ahad itu, aku sekeluarga telah bercadang nak saja-saja berjalan ke seremban. selama ini hanya lalu saja tak singgah kat mana-mana pun. sedang sibuk bersiap tiba-tiba anak sulung aku berkata: umi, tunas manja terbakar! ye, ke? tanya isteri aku. berita itu agak mengejutkan jugaklah aku sekeluarga. walau aku jarang-jarang pergi membeli-belah di pasaraya tunas manja itu, tapi ia adalah antara pasaraya yang terbesar di kerayong atau pun lebih tepat lagi di bera ini. jadi untuk memuaskan hati sebelum ke seremban aku dan keluarga telah ke kerayong dulu.

dari jauh selepas selekoh bukit menteri kelihatan asap yang dah tak berapa banyak berkepul naik ke awan untuk menambah lagi mendung pada pagi itu. aku pun parking di hadapan kedai buku men men dan turun sambil diikuti oleh isteri dan anak-anak aku. sempatlah aku merakamkan gambar dari jauh sahaja. malas aku nak pergi dekat walau ada seorang dua dengan kamera masing-masing yang pergi lebih rapat untuk mengambil gambar. lebih kurang lima belas minit aku pun meninggalkan kawasan itu dan berpatah balik ke triang dan terus ke kemayan dan masuk ke negeri sembilan.

tunas manja sebenarnya banyak cawangannya. di kuantan sahaja kalau tak silap aku ada empat atau lima cawangan. malah ada kebun atau ladang sayurnya sendiri di gambang. sementara itu di kaki bukit pelindung telah terpampang papan projek untuk membina pangsapuri mewah yang akan dibangunkan oleh tunas manja group. kalau tak silap aku nama untuk projek itu ialah "amber hill". bukan 'amber chia' ya, jangan salah sangka pulak. aku terbaca pada papan projek itu ketika aku berjalan mencari gerai makan pada waktu malam semasa menginap di asrama smt kuantan pada bulan april yang lalu. bermakna pemilik atau taukey pasaraya tunas manja ini dah kaya raya. semalam pun kat pasaraya tunas manja temerloh ada jelajah maharaja lawak mega. anak aku ada jugak yang nak cuba mengajak aku ke sana. ayah jom kita pergi tunas manja temerloh, ayah kan minat kumpulan 'hiro', kata abdullah dengan tersengih. pergilah awok, kata aku pula.

gambar pertama yang aku rakam. bahagian hadapan pasaraya borong sakan(milik bumiputera). juga mengalami kerosakan yang teruk. tak tahulah berapa dia punya nilai kerugian.

ini pulak bahagian hadapan tunas manja yang dah tak manja lagi. kelihatan bungkusan roti dan air tin yang tak tahu siapa yang berjaya menyelamatkannya. berhampiran pintu masuk utamanya di sebelah kanan terdapat meja yang menyediakan atau tempat memasak wafer dan merebus jagung. mengikut kawan anak aku yang hantar sms tu, kebakaran bermula atau berpunca dari situlah lebih kurang dalam pukul dua pagi.

sebelum ke seremban aku sempat mengambil gambar bahagian hujung bangunan tersebut yang terletak pasaraya borong sakan. bermakna dari hujung ke hujung habis semua terbakar. termasuklah gelanggang futsal kat hujung sebelah kanan.

masa balik dari seremban terus aku ke kerayong. nak balik rumah pun letrik belum ada lagi. kalau kat lawas tu dipanggil "nadak berkaran bah". itulah yang dialami oleh penduduk di sekitar daerah bera pada hari ahad yang mendung itu. masa aku lalu tu orang makin ramai. malah ramai yang parking kereta dekat dengan tali keselamatan yang berwarna kuning itu. macam pesta pulak gayanya. aku malas dah nak singgah sebab isteri aku pun dah letih berjalan jauh tadi.

aku dan ahmad abdullah azzam kat pintu belakang dalam rumah negeri sembilan. rumah yang dibina tanpa menggunakan paku.

ahmad bilal abdullah yang merajuk kerana lapar. terpaksalah aku menggunakan diplomasi tahap tertinggi untuk memujuk. nak ajak bergambar pun tak hendak. payah sangat, sebelum aku memujuknya sempat aku mengambilnya yang konon-kononnya jual mahal.


inilah bahagian hadapan muzium negeri. aku anak beranak masuk tingkat bawah saja sebaab ia percuma. tingkat atas sedang diadakan pameran alat-alat penyiksaan dari eropah zaman dahulu. ia baik hati dan sayang akan adik-adiknya.

itulah sedikit catatan aku tentang tunas manja bera terbakar dan tiada letrik pada hari ahad. semoga dapat dijadikan iktibar. ketika kecil menjadi kawan setelah besar menjadi lawan. nantilah kalau ada gambar-gambar yang lebih menarik tentang kejadian kebakaran itu, aku akan kongsi dengan korang semua. aku pun dah ngantuk ni, insyaAllah kita jumpa lagi nanti. assalamualaikum...daaa...

Rabu, 7 Disember 2011

bunga-bunga di laman hari(hati)

assalamualaikum... kali ni aku nak cerita pasal bunga pulak. dah selalu cerita pasal aku dan keluarga aku, jemu rasanya asik-asik cerita tu saja. sekali sekala alihlah pulak cerita lain. sebenarnya aku ni bukanlah banyak sangat pun menanam bunga. malah kawasan sempit depan rumah aku tu dah tak ada kawasan nak tanam bunga. kalau dulu adalah jugak. tapi bila aku sambung atap bahagian depan dan naikkan dinding serta simenkan bawahnya, langsung tak ada tempat nak menanam bunga. nasib baiklah kat luar pagar masih ada lapang sedikit, bolehlah tanam apa yang patut. serai ke, kunyit ke atau pun pokok buah-buahan. kawasan sekangkang kera nak tanam macam-macam, mana lah muat. semua nak taruk kat situ. bunga yang ada karang ni pun cuma pokok bunga kertas, tapi hidup segan sebab jarang berbunga, nak kata mati tu masih lagi hidup. salah aku jugak pasal tak bubuh baja. bak kata pegawai pertanian semasa perjumpaan dengan peserta projek bumi hijau baru-baru ni, pokok pun macam manusia jugak perlu selalu dibelai, barulah ia boleh subur dan mengeluarkan hasil yang baik. ya lah agaknya, aku ni jarang nak belai, menyiram pun jarang apa tah lagi nak membelainya. akhir sekali tinggal lah dua tiga pokok saja yang ada. antaranya sepokok bunga ros(pasal nama isteri aku rus agaknya), dan serumpun bunga orkid hutan yang ditanam atas tanah. memang spesies ni tanam atas tanah tak tanam dalam pasu dan bubuh arang macam yang selalu tu.

dulu memang selalu berbunga, tapi bila isteri aku nak tanam serai dan kunyit, dibuangkannya. nasib baiklah aku sempat selamatkan dan alih ke sebelah pokok pinang kuning. lama jugak nak tunggu hilang ia punya merajuk, barulah kini ia mula nak berbunga semula. asalnya dulu aku dan isteri aku ambil kat pesona lake resort, kat tasik bera enam, tujuh tahun yang lalu. kebetulan jalan-jalan kat situ dengan keluarga aku, terpandanglah pada pokok ini yang ditanam kat jalan nak menuju ke jeti tasik tu. nampak cantik pulak, aku pun gatal tangan lalu mencabut beberapa batang dan membawa pulang, tanam kat luar pagar depan rumah aku. ia jenis orkid hutan tapi hidup atas tanah bukan menumpang atas pokok lain.

oleh kerana warnanya yang biasa-biasa tapi cantik telah menarik minat mak aku lalu ia minta sebatang nak tanam kat rumah di kerayong. malah orkid yang berwarna purple muda dalam pasu bergayut tu pun diambil kat rumah aku ini. tapi orkid dalam pasu kat rumah aku dah tak ada sebab semasa nak pindah ke perantau damai dulu semuanya telah isteri aku beri kepada kawan-kawannya. satu pun tak tinggal. nasib baiklah orkid ini dia orang tak minat. tapi sebenarnya spesies ini lagi senang nak jaga, tak payah nak selalu di belai, asal cukup air insyaAllah berbungalah ia dan hidup subur.

tak percaya aku kata cantik, tengok lah kat atas tu, warna dan rupanya simple tapi menarik dan menawan hati. bagi akulah, mungkin bagi korang lain pulak citarasanya. maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. tentang bunga rus tu pulak tinggal sebatang saja dah, itu pun pasal ia agak rajin berbunga dan berwarna merah, kalau berwarna pink atau putih mungkin dah lama agaknya kena buang. tapi payah jugak nak tengok ia berbunga sebab kurang baja...hehehe!...


tapi kalau sekali ia berbunga, fuuh...ia punya rupa dan warnanya cukup menggoda. baru-baru ini ia berbunga tiga kuntum, tapi sayang dua kuntum lagi baru nak kembang dah menjadi mangsa tangan anak-anak aku. tinggal lah sekuntum buat menyeri di laman hati. walau sekuntum ia sudah memadai untuk menaikkan seri laman rumah aku yang berserabut tu. nampak tu pokok kelapa pun ada, mana tak berserabut. belum lagi dicampur dengan pokok pisang lanskap yang dah lama tak mengeluarkan jantung tu. merajuk jugak agaknya kerana kawan-kawannya dah dibuang dek isteri aku kerana terlalu banyak.

inilah rupanya sehari selepas ia kembang mekar, kelihatan lebih banyak kelopaknya yang keluar menyerlahkan lagi rupanya yang cantik. rasanya tak mungkin kena buang, kalau tidak nanti hilanglah seri laman depan rumah aku tu. cuma aku bercadang nak buang pokok bunga kertas tu, pasal aku nak tanam pokok lada atau cili api. anaknya aku akan ambil dari tanah sejuring sebab tanah sejuring tu nak disodok semula. kononnya nak bagi adil dengan peserta yang lain, yang dapat tapak tak berapa nak subur. terkilan jugak aku kerana anak nenas aku baru nak naik dan pisang aku yang tak seberapa tu pun dah ada yang mengeluarkan jantung. belum sempat aku merasa hasilnya dah nak disodok pulak. nak saja rasanya aku cakap: kalau nak adil dan sama rata, masuklah pkr - parti keadilan rakyat... tapi aku pendam sajalah malas nak kecoh-kecoh. nampak gayanya anak nenas madu dan nenas sarikei tu terpaksalah aku alih ke tempat lain. kata pegawai pertanian tu, nak buat projek tanam jagung pulak, semua peserta akan tanam benih jagung yang sama, selepas habis jagung barulah boleh tanam tanaman kontan yang lain seperti pisang, keledek, ubi kayu, ubi kayu...? kalau makan ubi kayu rebus masa hujan-hujan ni sedap rasanya...hehehe... tak habis-habis dengan makan. ok lah cukup dulu cerita aku kali ni, akan datang mungkin aku cerita pasal tanah sejuring tu ke atau kenduri kahwin ke... tengoklah mana yang aku berkenan nanti. wassalam...daaa...(eh...abby fana dah mula bertugaslah semalam...hahaha...)