assalamualaikum warahmatuLLahi wabarokatuh...
aku dah lama nak tulis pasal piala dunia ni. terutama selepas brazil kalah dan diselepas argentina pulak kalah, lagilah membuak semangat aku nak memberi komen peribadi aku. tapi semangat tinggal semangat saja. aku cukup gembira apabila england kalah walau pun terdapat steven gerrad(liverpool) dalam pasukan itu. kerana aku tak pernah menyokong england. begitu jugak dengan beberapa pasukan lain.
tapi bila jerman yang dah seakan-akan dinobatkan sebagai juara dunia tewas dikepala(bukan dikaki) si puyol berambut maggi tu, aku terpaksa jugaklah mengetuk papan kekunci laptop aku yang dah hampir kematu tak diketuk oleh aku. dan aku cukup berpuas hati dengan kekalahan jerman. tak tahu kenapa. mungkin kerana selepas brazil kalah, aku mengharapkan argentina dapat melangkah ke separuh akhir sebagai pasukan pilihan aku, tapi entah macam mana argentina pun seperti brazil jugak serba tak menjadi. tak tahu apa sebabnya. tak kan dalam kotak penalti nak kelecek lagi walau dah dikepung empat, lima orang. itu yang aku tak faham. sekarang bukan masa nak tunjuk terror, tapi masa nak cari kemenangan. baik penyerang brazil mau pun argentina sama saja. masih lagi suka bergerak secara solo dalam petak penalti. akibatnya sama-sama kita lihat apa yang terjadi.
teringat aku semasa mewakili gb aku untuk menghadiri mesyuarat sambutan hari guru tempoh hari. sewaktu berjalan keluar dari ppd beberapa orang gb sekolah cina termasuk aku dan seorang gb melayu telah bersembang sedikit tentang piala dunia. seorang gb sekolah cina telah berkata kepada gb melayu: you tengok bola ka? itu semua bola palsu la. seorang lagi berkata: tengok itu england, saya taruh 3-0, betul jadi 4-1, ini semua bookie la. ingat malaysia saja judi, ini satu dunia la judi. ini bukan piala dunia, tapi piala bookie. bukan pemain saja dibayar, itu refree pun dapat wang. begitulah antara kata-kata yang keluar dari mulut gb tersebut. aku dan gb melayu tersebut cuma diam dan tersenyum sahaja. bagi aku no komen sebab segalanya memungkinkan, dan tak hairan kalau ia benar berlaku seperti yang didakwa oleh gb-gb tersebut.
kini harapan aku adalah pada sepanyol kerana terdapat beberapa pemain dan bekas pemain liverpool khususnya fernando torres walaupun kurang menyengat dan menjadi gerak permainannya. bukan aku tak sokong belanda sebab dirk kuyt dan babel pun bermain untuk liverpool jugak, tapi 'taste' aku lebih kepada sepanyol untuk memenangi piala dunia pada kali ini. walau pada mulanya prestasi sepanyol agak kurang konsisten, kini semua dah terhidang di hadapan mata cuma tunggu saat dan ketika saja untuk meraikannya. apa-apa pun aku ucap tahniah lah kepada si puyol, kalau dulu dia jaringkan gol sendiri yang menyebabkan sepanyol kalah, tapi kini ia seakan dapat menebus dosanya dahulu dengan tandukan terbang yang penuh bertenaga.
sebut pasal liverpool, aku pun sedikit puas hati apabila rafa benitez telah meninggalkan anfield dan dah ada pun penggantinya. bukan aku sorang saja malah the koppers seluruh dunia mengharapkan sesuatu dari pengurus baru, iaitu membina semula imej yang dah teruk tercalar sejak tahun 2006 dulu. jika gerald houllier dari perancis dapat memulihkan liverpool dulu-dulu, tak kan pengurus berbangsa inggeris sendiri tak boleh buat sesuatu untuk menghalang torres dari berpindah ke kelab lain. jika tidak liverpool akan kehilangan seorang pemain yang sekurang-kurangnya dapat menyamai rekod ian rush semasa beraksi untuk liverpool. apatah lagi nanti dengan jersi baru yang sudah hilang nama arak tu, cuma dengar kata dari arak tukar judi pulak, jawabnya lambat lagilah aku dapat beli jersi kelab yang aku sokong sejak dari aku mula mengenali dunia bolasepak ini.
akhir kata majulah sukan untuk sekolah, daerah, negeri dan negara, jangan asyik nak bernostalgia sahaja dengan soh chin aun dan santokh singh. zaman atau era itu dah terlalu lama berlalu. cuba tengok korea selatan dan jepun, ada corak permainannya seperti pasukan malaysia. jauh panggang dari api. bukan aku tak sokong malaysia, tapi banyak perkara yang perlu di perbetulkan dalam fam dan fa negeri-negeri. kalau tidak jangan bermimpilah nak tengok malaysia beraksi di piala dunia. bukan mustahil, tapi nak bercakap tu biarlah berpijak di bumi nyata, jangan cakap saja besar tapi taik sangkut atas gelegar. itu kata orang tua dulu-dulu yang makin hari makin kita lupakan falsafah disebaliknya. akhir kata lagi sekali: wassalaamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan