Hari ini jumaat 27 ogos 2010 bersamaan dengan 17 ramadhan 1431 adalah cuti sempena nuzul al-quran. aku bukanlah nak bercerita tentang proses penurunan al-quran atau proses penerimaan wahyu yang pertama oleh RasuluLlah di Gua Hira' dalam bulan ramadhan ini. tapi aku hanya sekadar nak mengisi masa senggang aku selepas waktu subuh dan membaca beberapa lembar al-quran, aku bercadang nak menebas dan merumput di tanah sejuring, anak pisang yang aku tanam dah mula tak nampak pucuknya dek kerana rumput dan duri gajah yang dah mula meninggi dan menutup anak pisang itu. sedar-sedar hujan pulak turun, hujan rahmat di pagi jumaat insya Allah membawa berkat.
petang ini ada program khatam al-quran dan majlis berbuka puasa di darul ikhwan, insyaAllah aku akan turut serta bersama keluarga jika isteri aku ingin turut serta. dengar cerita ia akan turut disertai oleh ustaz tuan ibrahim tuan man, pj pas pahang. dah lama dah aku tak dengar kuliah atau tazkirah dari beliau. sepanjang puasa yang dah berlalu ini hanya sekali aku berbuka di luar dari rumah aku, dan berterawih pun di surau taman triang maju. sudah tentulah tak ada tazkirah ramadhan. lainlah di masjid triang atau di masjid daerah bera. rindu jugak aku rasanya pada masjid al-'ala, keratong sembilan dan para jamaahnya. hanya nostalgia saja yang berlagu sendu. hehehe!
bulan ramadhan tahun lepas aku tak ada membuat catatan hidup atau diari, tapi pada tahun ini aku nak kongsi catatan jaman tori aku di tahun 1995 semasa aku "membujang" dah kahwin di lawas dulu-dulu. lawas lagi! sesungguhnya kenangan di lawas atau pun di ipoh tak kan padam dari ingatan kecuali aku dah padam nanti. sesiapa yang tak biasa atau tak pernah duduk di tempat orang atau di rantau orang tak kan merasa apa yang aku rasa. ok, cukup dulu sebab aku nak mulakan catatan itu sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan