Khamis, 26 Januari 2012

reunion- rodong 1974-1979 sk kerayong...


aku dah lama tak bukak mukabuku. bukannya apa, cuma masa yang terbatas. entah macam mana bila aku buka pada suatu hari tu... eh...eh... ada jemputan untuk perjumpaan rodong-rodong sk kerayong. aku pun tanpa berlengah terus mengesahkan penyertaan aku. lagi pun masa cuti aku memang tak ke mana-mana. program akan diadakan di tepian sungai pahang atau waterfront kat kampung mengkarak. tarikhnya 23 januari, hari pertama cuti tahun baru cina. memang elok lah sebab masa cuti mungkin ramai yang akan hadir. jadi untuk selanjutnya tengoklah gambar kat bawah tu.


dari kiri berbaju merah-raimie bin manaf atau nama glamournya mat lebeng atau lebih mesra dengan panggilan lebeng saja. mungkin korang tertanya-tanya macam mana ia boleh dapat nama tu. sebenarnya itu adalah nama seorang ahli gusti di zaman tahun tujuh puluhan iaitu mark levin. berbaju batik hijau pulak ialah 'datok' abdul halik bin din atau lid, seorang kontraktor yang berjaya. di kalangan kami ia yang pertama bergelar datok kerana telah pun bercucu walau pun ia yg akhir datang pada petang itu. hehehe... berbaju belang ialah idris bin abdul wahab atau panggilan yang aku biasa sebut ialah derih- seorang guru di smk sg. isap, kuantan. dan bert-shirt putih ialah norulamin bin hj. ahmad- yang kini menetap di melaka. norulamin ini aku tak pernah jumpa sejak meninggalkan bangku sekolah rendah. kalau aku tak datang pada petang tu, jawabnya tak tahulah bila boleh jumpa dengannya.


bila dah berjumpa tu masing-masing pun bertanya khabar dan bermacam-macam lah cerita yang keluar. kalau tak, tak kan masing-masing tersenyum ceria.



apalah agaknya yang diperkatakan oleh robiana binti abdul latif tu, tersenyum saja suaminya mendengar. sementara itu rashidah binti ramli turut tersenyum sama. robiana ini seorang guru dan buat masa kini menetap di ipoh, perak.



fuuh...! macam lima pendekar saja rodong-rodong ni bergambar. aku sengaja pakai baju kuning tu. selain dari tertera nama sk kerayong ia juga sempena nama yang aku mula gunakan semasa bermukabuku ini iaitu lancangkuningboat. sebenarnya ramai lagi rakan lelaki yang sekelas dengan kami. tapi tak dapat datang kerana ada komitmen lain atau dengan lain perkataan ada hal yang tersendiri.


antara yang tak dapat datang ialah mohd harith bin harun, mazhanif bin abu, samsun bahri bin teh, abdul hamid bin yahaya, marsella binti yusof, noraniza binti mansor, serta beberapa nama yang aku masih ingat tapi tiada dalam mukabuku.

antara mereka ialah rohayati binti mohamad, halimah binti samah, sariah binti salleh, zuraida binti mohd nor, hamidon bin abdullah, ali saiful bahri bin talib, itu belum termasuk yang dah kembali ke rahmatullah iaitu arwah lokman hakim bin muhamad dan zainudin bin yusof atau nama glamournya 'empoi'. seorang lagi yang dah kembali ke rahmatullah ialah samsul kamal bin ahmad rafiq. ayahnya seorang post master. bertukar dari nenasi ke sk kerayong pada tahun 1977 dan selepas tamat sekolah rendah berpindah ke seberang prai, pulau pinang.


rasanya itu sajalah nama yang aku ingat. tak de dah yang lain. kalau ada pun cuma noraida binti isa dan ho iaitu seorang murid cina. nama penuhnya aku dah tak ingat. tapi kadang-kadang terjumpa ia kat triang sebab ia orang triang. adiknya ada bekerja di klinik sulaiman. noraida cuma sekejap saja jadi rakan sekelas, masuk masa darjah empat dan keluar semasa darjah lima kerana ia bertukar ke temerloh mengikut ayahnya yang seorang polis.


tibalah saat nak bersurai, masing-masing pun bersalam-salaman dan ada yang bertukar nombor talipon serta bertanya alamat dan sebagainya.


sebelum itu sempat lah jugak kami bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. tak tahu bila lah lagi dapat berkumpul macam ini agaknya. semoga perjumpaan ini adalah permulaan kepada perjumpaan yang lebih besar dan ramai serta lebih meriah lagi. insyaAllah di lain kali berjumpa lagi. sekian, wassalam.


*lain-lain gambar ada dalam mukabuku aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan