Isnin, 25 Ogos 2025

Ingin terbang bersama mu buat menggapai bintang di langit...

 assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... apa khabar semua... tentu sehatkan... semoga dikurniakan kesihatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini. seperti biasa aku nak update posting aku di danau ini... dulu janjinya nak selalu buat posting tapi lain pulak jadinya. macam cakap tak serupa bikin pulak kan...

lupakan bulan Julai yang berlalu tanpa apa-apa update dari aku kecuali di https://mohdborhanbinjamaluddin.blogspot.com/kaki langit yang agak meriah dari dulu lagi. untuk kali ini aku nak kongsi satu catatan yang aku buat untuk aku baca semasa satu majlis berbuka puasa bagi meraikan pertukaran setiausaha kokurikulum di sekolah yang aku mengajar sekarang. catatannya simple je... tak ada apa yang sukar untuk difahami dan menggunakan laras bahasa yang mudah-mudah je. sila lah baca ya...  

 









itulah catatan yang aku buat sebagai penghargaan kepada seorang guru yang banyak membantu aku dalam pengurusan kokurikulum bermula tahun 2022 selepas pkp selama setahun lebih. mungkin aku agak keterlaluan tapi aku tak kesah pun aku hanya meluahkan apa yang ada dalam minda dan hati aku sahaja. aku tak kacau orang lain pun.

catatan tu  aku tulis beberapa hari sebelum majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan di restoren kambing legacy. sudah tentulah terdapat beberapa penambahan terutama nak sesuaikan dengan suasana ketika itu dah masuk mood hari raya idil fitri. sempatlah jugak aku sampaikan hadiah atau cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan semoaga dapat dimanfaatkan oleh sipenerima.

andai ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, andai ada umur yang panjang, boleh lah kita berjumpa lagi. sambungan kepada pantun yang tak lengkap dalam catatan di atas.... hehehe... akhirnya siap jugak posting yang aku mulakan pada 20hb 8 yang lalu... makan masa jugak ya nak menyiapkannya... 

ok, lah... jumpa lagi dilain masa dan ketika sambutlah salam mesra di angin lalu dari aku... daaaaaa...

*posting akan datang... kenangan di Pulau Perhentian... (gambornya dah berbulan aku upload dalam draft... tapi nak menceritakannya tu yang makan masa....hahahah...) 

 

    

Rabu, 25 Jun 2025

Hadiah Hari Guru 2025...

Assalamualaikum... salam penghujung zulhijjah... sehari dua lagi berakhirlah tahun 1446 hijrah dan akan bermulalah tahun baru 1447 pula. Pejam celik pejam celik makin bertambah usia kita. dan semakin hampir kita dengan kematian...

ok lah, kali ini aku nak kongsi sedikit sebanyak gambar hadiah yang aku dapat sempena hari guru pada tahun ini. terkadang aku serba salah dan terharu dengan susah payah ibubapa atau penjaga yang membeli dan menyediakan hadiah untuk anak-anak mereka beri kepada guru-guru sempena hari guru setiap tahun.

bukan aku tak sudi menerimanya... tapi aku selalu terfikir apakah aku betul-betul telah mengajar anak murid aku sehingga mereka pandai dan berjaya. memanglah ia sesuatu yang subjektif untuk dipastikan kejayaan seseorang murid hasil dari pengajaran seseorang guru. apa tah lagi di era tiada upsr sekarang ini.

ehhh... panjang pulak mukaddimah aku pada kali ini... heheheh... kata nak tayangkan gambar hadiah tapi ia banyak pulak  punya songehnya...

maaf ya... sengaja aku melalut tu... nak hilangkan boring... kerja belum siap... tapi sebelum tidur ni aku cadang nak buat posting kat danau ini...


 






















hadiah atau anugerah dari Kelab Guru... kerana aku dah lebih 10 tahun mengajar di SK Mengkuang ini... dah sebelas tahun... sekolah kedua lama aku mengajar... sekolah yang paling lama di SK Kerayong... selama 13 tahun... sekolah aku sendiri... 

antara deretan hadiah yang akan bertukar tangan...

 

banner yang recycle... guna yang tahun lepas... jangan nak membazir... kita bukan orang senang...
 

ucapan dari wakil murid... Nur Safiya binti Suzaimi... thebudakbola...

 

tuan guru besar... En. Syed Ahmad Tajudin sedang membaca perutusan hari guru... 
 

gambar banner dari jarak dekat... 


kad ucapan selamat hari guru gergasi... 
pemenang tempat pertama dalam pertandingan merekacipta kad ucapan hari guru...
 
  

demikianlah tadi pameran atau pertunjukan hadiah hari guru tahun 2025 yang aku dapat pada tahun ini. agak banyak sebab murid yang aku ajar pada tahun paling ramai dalam sekolah aku... nak tahu berapa orang... ramai... ada enam... bukan enam puluh lah... enam belas sahaja...

namun aku sangat berterima kasih kepada semua anak murid SK Mengkuang yang telah bersusah payah dan menyusah payahkan emak ayah dia orang untuk membeli dan membungkus hadiah-hadiah tersebut.

ok, lah... jam pun dah menunjukkan ke angka 2.03 pagi... aku berhenti di sini dahulu... jumpa lagi di lain siaran...  

Rabu, 14 Mei 2025

catatan tanpa tajuk - 2

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... posting kedua untuk tahun ini... 
bacalah ya... kalau tak boleh nak baca sebab tulisan tu... itu normal... sebab mana ada orang yang boleh baca tulisan doktor... kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta agaknya...
 

apa...? ooo... minta di terjemahkan... ok, boleh je... aku kan baik hati orangnya... berikut inilah terjemahannya...

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... seperti biasa... apa khabar... kaifa haluka...? tentulah sehatkan... kalau tidak manalah dapat baca catatan kali ini... Aku nak cerita apa ya...?

Oh, ya!... minggu ini (21hb-25hb 4) adalah minggu yang sebok dan sibuk. Sibuk dengan gotong royong, trip ke Pulau Perhentian, mesyuarat olahraga zon, dan  perkhemahan Pandu Puteri peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Daerah Bera, dan jangan lupa....sibuk dengan jemputan kenduri kawin....hahaha.

Ok lah, kita mulakan dengan 21hb April, aku dan cikgu Amni telah mewakili sekolah aku untuk mengikuti program gotong royong di Pusat Kokurikulum Daerah Bera bersebelahan dengan SK Triang 2. Ia sebagai persediaan Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Ranjer peringkat Negeri. Tugasan untuk SK Mengkuang dan SK Iskandar senang sahaja, iaitu membersihkan kawasan pintu pagar utama dan sepanjang pagar dari pokok-pokok kecil, rumput serta pokok-pokok yang menjalar pada pagar.

Aku sampai agak awal, sebab pada perkiraan aku, cepat mula cepatlah siap dan boleh balik awal. Sebab petang itu aku akan ke Terengganu bersama GPK Ko yang lain.  

 
Ketika sampai aku dapati sudah ada 6-7 buah kereta cikgu-cikgu yang lebih awal dari aku. Aku tak kesah pun sebab masing-masing dah diberi tugas, pandai-pandailah dan settlekan tugas masing-masing. Aku pun mengeluarkan cangkul dan parang lalu menuju ke pintu pagar utama sambil memerhati team yang sedang membersihkan kawasan tempat memasak dan sekitarnya.
 
Dengan bismillah aku pun memulakan kerja aku berseorangan. Pun aku tak kesah, bukan semak sangat pun kawasannya. Tak lah mencabar tenaga aku yang memang tak kuat disebabkan faktor usia. Maklumlah dah nak mengjangkau 59 tahun.
 
 Hampir 15 minit aku memotong dahan pokok dan pokok ulam yang menjalar dan merimbuni pagar kawasan Pusat Ko barulah team dari SK Iskandar sampai yang diketuai oleh cikgu Faisal GPK Ko bersama 2 orang lagi guru elaki. Aik... kata nak datang berdua je, ini 3 orang pulak. Tak kesahlah... 2 ke, 3 ke janji tugas mesti dibereskan.
 
Alhamdulillah.... akhirnya cikgu Amni pun dah sampai dan membantu agar ia cepat
 
 

siap dan boleh rehat.... hehehe... itu je yang dia tahu, rehat... rehat.... rehat... Ye lah dah kerja penat-penat... mestilah kena rehat. Bukan dibayar upah pun. Cuma dapatlah sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap yang sedap. Yang sedap? Ya, sebab jarang aku rasa air sirap yang sedap macam kat Pusat Ko tempohari. Siapa yang terror membancuh air tu agaknya. Mesti dia pernah mengikuti kursus membancuh air peringkat Kebangsaan agaknya.
 
Dan kerja aku berlima makin mudah apabila hampir jam 10 pagi ada backhoe yang masuk untuk kerja di kawasan tapak perkhemahan. Aku apa lagi terus menahan dan meminta ia menolak semak-semak yang ada disebelah kiri pintu pagar Pusat Ko. Tak sampai 10 minit clear kawasan itu. Maka kami pun menyambung di sebelah dalam bersebelahan dengan kawasan memasak. Dan sempatlah bergambar berhampiran dengan sebatang pokok sawit sambil menarik nafas panjang.
 
  aku and the gang memberikan pose yang istimewa sambil menarik nafas panjang....
 
 
Maka tepat jam 10.30 pagi kami pun berehat setelah aku menerima panggilan dari Pembantu Tadbir sekolah aku yang meminta aku ke sekolah untuk menandatangani beberapa dokumen berkaitan akaun sekolah. Begitulah sedikit catatan pada 21hb 4 nak aku kongsikan. Daaaaa... sehingga ketemu lagi.
 
 
* catatan ini aku tulis pada malam pertama aku di pulau Perhentian. Ketika rakan sebilik aku sedang nyenyak melayan tidurnya... aku ambil kesempatan di dalam keriuhan dengkurannya membuat catatan, kononnya nanti bolehlah dishare dalam status wasap.. tapi... entahlah tengoklah nanti kalau aku rajin... hahaha... ok, jom solat zohor dulu... karang nak bermeeting agung PIBG pulak...
 
wassalam.. moga berjumpa lagi dilain siaran... daaaa....
                                                                       

Jumaat, 9 Mei 2025

catatan tanpa tajuk 1...

 
 
 Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh... Apa khabar semua? Diucapkan semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan terus tabah jalani kehidupan ini dengan tenang sehingga ke penghujungnya.
 
Memang telah terlalu lama aku tak membuat catatan atau posting di danau ini. Kali terakhir pada tahun 2020 yang lalu. Setelah itu ia bersawang dan berhabuk selama hampir 5 tahun. Entah kenapa aku pun tak tahu, dan aku pun tak bercadang untuk menyiasat mencari puncanya.. Lebih baik aku cari idea untuk memeriahkan dan memakmurkannya semula seperti dulu-dulunya.
 
Kalau tak silap aku ada 2 atau 3 catatan aku tersimpan sebagai draf sahaja kerana terhenti disebabkan gangguan dari beberapa aspek, langsung terhenti dan tidak disambung lagi.
 
Tapi kali ini aku dah bertekad untuk menyambung semula aktiviti menulis aku seperti dulu-dulu. Biarlah tak panjang posting itu asalkan ia tak sunyi dan bisu sahaja. Bolehkan...? Tentulah boleh sebab aku yang tanya dan aku juga yang jawab.
 
ok, cukup dahulu..... daaaa.....
 

 

Selasa, 3 November 2020

pendidikan jasmani tahun 3 2019...

 assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.... apa khabar anda semua? diharapkan beroleh kesihatan dan ketenangan dalam melayari bahtera kehidupan yang sementara ini. sesungguhnya dalam kehidupan ini banyak peristiwa yang mewarnai dan mencorakkan rentaknya. namun tak semua ia berwarna indah.... malah tak kurang jugak yang menawan dan mempesona.

ehh...! apa yang aku melalut ini... sebenarnya itu hanyalah mukaddimah...tapi langsung tak ada kaitan dengan tajuk posting kali ini. cuba tengok gambar kat bawah... baru ada kaitan dengan tajuk...   





gambar ini aku snap pada tahun lepas... 24hb julai 2019, ketika aku nak masuk ke kelas. murid tahun 3 sedang mengikuti kelas pendidikan jasmani dengan bermain badminton. nak hilangkan kebosanan... aku  berhenti sekejap dan snap lah beberapa gambar sebagai kenangan. sempat jugak aku rakam video yang berdurasi satu minit sepuluh saat... tapi tak boleh nak kongsi kat sini. tak pelah...lupakan saja. 





dua keping gambar ini sengaja aku paparkan sebagai mengambil mood konon-kononnya nak kembali aktif dalam membuat posting kat danau ini... tapi... setelah sekian lama aku meninggalkannya sepi... hari ini aku terkial-kial di pinggirannya. dia punya setting atau tetapan catatan sangat jauh berubah. hampir aku tersesat di tepiannya. kalau tidak pun kelemasan di dasar  danau kalbu ku sendiri.

ternyata aku belum hilang skill tapi yang aku tak puas hati reka bentuk yang baru ini bagi aku tidak mesra pengguna. terkial-kial lah aku mencari di mana itu...di mana ini... seperti aku baru mula belajar nak berblog... namun syukur akhirnya aku berjaya jugak menamatkan catatan ini.

ok...jumpa lagi dilain siaran... lain waktu... lain ketika di danau kalbu ku...
wassalamualaikum.... daaa...
  









Selasa, 28 Julai 2020

perjalanan hari ini....1



assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...sebelum balik hari ni aku nak kongsi gambar pada 14.7.2020 yang lalu. kebetulan hari tu cuaca agak sejuk dan berkabus. rasa macam kat cameron highland pulak kan.

ok lah...aku nak mulih dulu....ehhh mulih pulak... mulih tu bahasa apa ya... bahasa kedayan lah... betul ke... kalau dalam bahasa melayu nya mulih tu balik atau pulang...

ok...jom balik dulu....daaaaa...















Khamis, 11 Julai 2019

exam usim 6/2015....

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..... berjumpa lagi kita ya di danau ini...selepas selesai menyiapkan catatan 'berkonvolah pulak ii' tadi aku terpandang satu draf catatan dalam senarai catatan yang belum siap lagi... jadi cadangnya aku nak siapkan hari ni jugaklah ya...

kalau mengikut tajuk catatan aku ini ialah 'exam usim 6/2015'...lama dah tu peristiwa ini... cuma tahun 2017 yang lalu aku terjumpa beberapa gambar dalam folder dalam komputer aku... aku pun perasan ia adalah gambar semasa aku dalam mood peperiksaan tapi bukan dalam dewan peperiksaan ya...hehehe...

jom lah kita tengok apa dia punya gambar tu...


suasana hening yang basah di perkarangan masjid kampung kerangai...aku snap gambar ini selepas solat subuh....dalam perjalanan ke usim, nilai. hujan renyai-renyai ketika itu... kalau kat rumah mungkin akan sambung tidur agaknya...maklumlah sejukkk...



ini pula gambar di perkarangan masjid putra, nilai... sampai saja di nilai aku terus ke masjid dan parking di tempat biasa... tak kesah dah sunyi ke...dekat dengan van jenazah ke....macam yang pernah aku ceritakan dahulu... dan hujan masih lagi membasahi bumi nilai yang amat bernilai ini....


eh...ehh...! sempat pulak selfie dalam van ketika hujan-hujan tu... ber'swafoto'lah.... utamakan bahasa kebangssan... bahasa jiwa bangsakan... tak kan itu pun nak bagi tahu....
ini lah wajah aku yang sebenarnya... lain dari ini bukan yang sebenar...


hujan dan teduh...dah berhentilah maksudnya tu... untuk mengisi masa lapang di hari kedua selepas exam, aku snap salah satu menara masjid ini... tak sangka pulak ada jugak nampak bahagian belakang van kesayangan aku tu... 
sebenarnya boring juga berkelana seorang diri ini... makan minum sorang...tidur sorang..berjalan sorang...apa cerita pun semuanya soranglah... solat je yang berjemaah tapi lepas tu kembali semula terkulat-kulat macam kulat... 
oleh itu bagi yang ada pasangan... hargailah pasangan anda...


malam pun tiba... selepas solat isyak aku ke sini untuk kali kedua kalau tak silap aku... dulu aku pernah sebut pasal nama kedai makan ini... lapar punya pasal aku terus ke "tea box cafe" untuk menjamu selera aku yang dah membuak-buak....minta agar diisi...


aku mengambil posisi luar sebab ia 'open air' dan agak berangin bagi melegakan kepala yang sarat dengan bebanan nota, maklumat serta bermacam informasi.... kalau lambat makan pasti aku yang sengsara sendiri..
aikk...! tak kan meja kosong jer...


sabarlah dulu... baru order tak kan dah siap nasi goreng pattaya yang dipesan tadi...
haaa...! tu namanya kedai makan ini...sekarang ni dah ada hotel bersebelahan dengannya... kalau tak silap aku "golden view" namanya... masa aku konvo dulu tidur kat sinilah semalaman... tak ingat dah berapa harganya...


jeng..jeng...jeng.... dah siap dah untuk dibelasah...sepinggan nasi goreng pattaya yang mengiurkan bersama segelas teh o nipis suam-suam kuku....
apa lagi belasahlah...


cakap banyak tak guna ya.... tengok apa yang dah jadi pada pinggan tu... kesihan kan...
kosong je....licin... tak berperi"nasigoreng" langsung tukang masak ni...disebabkan dia lah pinggan tu jadi macam tu... langsung tak bersisa sedikit pun... nasib baik lah sudu dan garpu tu besi....

ini lah sedikit celoteh atau ceritera dari aku yang dalam mood exam di tahun 2015 yang lalu... masa tu aku dah pun ditukarkan ke mengkuang dari kemayan... exam last punya untuk semester 6... semester 7 aku praktikal dan sekali dengan menyediakan latihan ilmiah atau nama glamournya tesis...
sabjek tak banyak untuk semester 6 ini.. rasanya 4 sabjek je... tapi makan masa 3 hari... maklumlah exam universiti..bukan exam sekolah rendah... 

ok..lah cukup sekadar itu.. jom mulih dulu lai... kaang akhir juwak kita ani makan...
bai...bai... assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...