Selasa, 4 Mei 2010

masih banyak yang belum beres.....!!!


inilah dia rupa fail merah yang pernah aku sebut beberapa kali dulu. di dalamnya terkandung berbagai koleksi catatan atau puisi separuh jalan aku atau puisi sekerat yang tak sempat dikhatamkan. kalau dulu-dulu berjaya dikhatamkan mungkin sekarang ini agaknya dah boleh dikhatankan pulak. kadang-kadang bila boring atau rimas aku akan bukak dan baca sekali lalu sambil mengimbas zaman aku kat maktab yang dah tinggal namanya saja sekarang ni.



ini pulak antara himpunan atau antologi aku yang masih belum sempat aku taip untuk diusahakan menjadi sebuah buku selain dari 3k dan beberapa cerpen yang aku cadang untuk dibikin secara 'diy' saja. tapi kekangan masa dan urusan keluarga begitu menghambat. yang akhirnya aku terpaksa menghambat pula masa agar aku tak tertinggal segala yang aku kejar. jika usaha aku ini menjadi kenyataan, bolehlah aku tersenyum puas sendiri kerana ada juga aku memiliki buku hasil tulisan sendiri. bukan nak bangga atau riak tapi sekadar untuk khazanah aku saja. sekian.

1 ulasan:

  1. Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

    Anda dipelawa meletakan logo e-Direktori di blog anda sebagai tanda sokongan.

    Anda juga dipelawa untuk mendaftar sebagai "Followers" untuk memudahkan kami menjejaki blog teman-teman anda yang lain.

    BalasPadam