20 november 2010- hari ini jawatankuasa badan kebajikan taman triang maju dengan kerjasama jawatankuasa surau taman triang maju telah mengadakan majlis qurban dan aqiqah. dua ekor lembu telah disembelih oleh abang hashim dari seri buntar. pada tahun ini aku hanya masuk satu bahagian saja. hampir pukul 12 semua urusan mengagihkan daging qurban selesai cuma menunggu masakan saja siap untuk dinikmati bersama. aku balik ke rumah pada pukul 1.45 untuk berehat sekejap sebelum datang semula utuk bergotong royong pada pukul 3 petang. tapi bila aku sampai, aik! dah clear. dan kelihatan kamar, zaidi, zahar dan abang tumin sedang bersembang di bawah khemah. kelihatan juga asap api yang tinggal bara saja lagi. dah siap dah, ustaz, kata abang tumin sambil tersenyum. aku pun turut tersenyum. sememangnya sebelum balik tadi dah dibersihkan cuma belum siap sepenuhnya. aku pun turut tompang sama bersembang sambil merancang aktiviti surau untuk tempoh yang terdekat ini seperti program awal muharam dan memasak bubur assyura. juga utk menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke surau. 3.45 petangaku pulang dan berbaring untuk meluruskan pinggang kerana aku ada satu lagi program yang akan bermula pada pukul enam nanti.
pukul 6.15 petang, setelah semua persiapan siap dan memastikan keadaan selamat untuk perjalanan, aku pun menghidupkan enjin dan bermulalah kembara ziarah aku sekeluarga. berhenti di stesen petronas kerayong untuk mengisi minyak dan membeli beberapa buku roti krim sebagai bekalan sebelum makan malam.
memang kalau memandu di waktu malam, mood aku agak slow tak laju. sebab itu agak lambat sampai di hentian rehat lancang untuk solat jamak maghrib dan isyak. tapi bila dah siap solat dan buang apa yang patut di buang, aku pun mula bersemangat untuk menekan minyak. cuaca pun baik, bulan terang benderang, maklumlah malam 15 zulhijjah. anak-anak aku pun semuanya ok, ceria saja nak pergi berjalan... (to be contineu next week)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan