sedang aku bersiap nak mengambil wudhuk, datang seorang lelaki yang memang aku sangat mengenalinya. abdul shukor bin mohamad. berasal dari maran dan satu rumah sewa dengan aku semasa bersekolah di smu tengku ampuan fatimah. kini beliau berkhidmat di kolej teknik jengka. agak lama juga aku tak berjumpa dengannya. kali akhir dua tahun yang lalu semasa mesyuarat agung koguru di dewan tun razak, temerloh.
beliau seperti tak percaya bila aku kata anak aku lapan orang. pedooh, mu bob! katanya. aku hanya akan gelak seperti biasa, seperti masa masih lagi berada dirumah sewa di kampong panchor, pekan. maklumlah zaman remaja dengan berbagai ragam. bersama shukor, kadri, arwah yeh, arwah mustapha sidek, sanupi, pie, nazli, awie, sanusi dan kadang-kadang disertai oleh saudi, seolah-olah rumah sewa seperti rumah kami sendiri. menjelang dini hari , rumah sewa kami masih lagi riuh rendah, kononnya study tapi yang pasti bersembang yang lebihnya. itu hanyalah antar kenangan yang indah dalam hidup aku.
sedang aku bertanya khabar dengan shukor, datang seseorang lagi dan terus mencekak janggut aku yag dah nampak macam janggut ahli jemaah tabligh. aku tak terperanjat pun kerana aku juga mengenalinya. abdul nasir bin ..... aku tak ingat dah! dan suasana menjadi maki meriah. maklumlah si nasir budak kampong jengka berhampiran simpang chenor. semasa aku tingkatan satu, dia masuk al-khairiah untuk tingkatan empat. pernah bermain bola menggunakan kasut but berjenama JL- jenis lama. satu asrama mengutuknya.
rupanya beliau dalam perjalanan ke tanjong malim untuk majlis konvonya. aku masih ingat semasa hari pertama aku di lawas, serawak, aku telah dibawa ke sebuah rumah sewa yang kedua kerana yang pertama telah penuh. sedang aku bersuai kenal degan aziz dan pok nik, masuklah si nasir ini dan berkata: cis! mangkok hayun ni datang ke serawak jugak, sambil diiringi dengan gelaknya. rumah sewa tersebut dua tingkat dan beliau menyewa di sebelah atas yang akhirnya disewa pula oleh aku apabila aku telah berkahwin. aku pun tak sangka akan berjumpa lagi dengannya, apa tah lagi di lawas. kini beliau salah seorang pegawai di bahagian teknologi pendidikan negeri, beserah sejak beberapa tahun yang lalu. malah anaknya yang sulong yang biasa aku dukong kini telah besar panjang. cuma si nasir ni macam jugak dengan shukor, anak tak ramai. tiga, empat orang saja.
walau pun agak letih pada hari itu tapi aku rasa tak mengantok sebab pada malam tadi aku tidor agak awal. pukul sepuluh aku dah tidor tak seperti biasa kadang-kadang pukul empat baru dapat merebahkan badan. sebab tu badan aku tak gemok-gemok seperti member lain yang lebih buncit dari isteri masing-masing. hahaha! setelah menghabiskan mee bandung di gerai makan bukit angin, aku dan shuaib menyambong semula perjalanan balik ke triang pada pukul tujuh suku.
aku rasa lega dapat menguruskan permohonan tersebut walau aku tak dapat pergi kerana anak lelaki aku ada temuuji untuk kemasukan ke sekolah menengah agama pada tahun 2011. sekurang-kurangnya aku juga tompang gembira mereka dapat mengikuti rombongan dan hari keluarga guru-guru sk kemayan dan tak ada apa perkara yang tak diingini berlaku. cuma keputusan upsr bagi sk kemayan amat tak memberansangkan. nanti sajalah kedatangan barisan para nazir dan pegawai samada dari ppd ataupun jpn. selain tidak melahirkan 5a, peratus lulus pun di bawah 50%. beberapa kali gurubesar yang akan bersara tak lama lagi meyebut, cikgu-cikgu kena buat anjakan paradigma bagi membaiki keadaan yang ada. bagi aku, no komen. semua kena buat perubahan untuk lebih berjaya. lagi sekali no komen. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan