hari ini (13 oktober) seperti yang dirancangkan aku dan cikgu syuaib telah ke jpn pahang. urusannya ialah menghantar permohonan lawatan sekolah ke melaka. memang pada asalnya gb aku tak berapa membenarkan kami pergi. tapi setelah di telepon ke jpn, ternyata pegawai yang menandatangan surat kebenaran ada di pejabatnya. barulah aku dan syuaib pun bergerak ke kuantan. dari kemayan lebih kurang pukul 10 pagi. dan melintas di hadapan ppd tepat pada pukul 11pagi. tiba di kuantan pada pukul 1 petang dan tiada masalah nak ke jpn, sebab sebelum ini aku telah dua kali tersilap masuk simpang, jawabnya puaslah meraban nak mencari simpangnya semula.
aku nak masuk ke perkarangan jpn untuk parking van aku tapi ditahan oleh jaga. terpaksalah akau parking di luar sahaja. sebab sebelum ini aku pernah pergi dengan fadzeli panjang dan boleh parking kat dalam. oleh kerana ketika itu waktu rehat, shuaib mecadangkan kami pergi makan dulu, lagi pun aku memang tengah lapar. kat sekolah tak sempat nak makan, cuma dalam perjalanan saja aku makan tiga buku roti dan sekotak air soya yang dibeli semasa mengisi minyak di petronas kerayong. aku ajak makan di kantin jpn saja sebab senang nak sembahyang zohor, tapi si syuaib ni nak makan kat luar pulak. terpaksalah ke zuzana restoran (kalau tak silap aku).
sebelum itu sempat jugak aku menelefon hassan basri, kot-kot dia ada di pejabat. rupa-rupanya dia di johor bahru ada kursus ju kamahiran hidup. oleh kerana nak senang kami memesan nasi ayam sahaja. selesai makan, kami ke jpn semula dan terus ke lobi memaklumkan tujuan kami. kemudian kami terus ke unit pendaftaran sekolah dan memaklumkan sekali lagi tujuan kami. sedang aku berurusan di kaunter masuklah cik sabariah mat peah yag telah aku hubungi beberapa kali untuk bertanya itu dan ini. pada mulanya ia menyatakan: ok, lulus dan tak ada masalah cuma kerani yang menguruskan daerah bera bercuti, jadi surat kelulusan akan dipos kemudian. aku dan syuaib meminta dan merayu jugak, setelah berkata sepatah dua kata dan dibalas sepatah dua kata dari kami, dengan serba salah cik sabariah mengambil surat permohonan dari tangan par dan menghulur kepada seorang lagi kerani. aku terdengar ia berkata tolong uruskan, aku pun terasa lega. bukanlah lama sangat kerani tu buat surat, tak sampai lima belas minit surat pun siap. cuma sedikit lambat kerana printernya meragam. sambil itu sempatlah aku dan syuaib mendengar beberapa cerita antaranya permohonan nak masuk kelas prasekolah tetapi ditolak kerana kononnya bukan warganegara dan kes surat layang dari cikgu di maran ke jpn.
setelah beres urusan, aku dan syuaib pun menapak meninggalkan jpn. bukannya susah nak buat surat, nak ikut sangat prosedur kerja memanglah lambat kata aku kepada syuaib. da aku berkata lagi, sedara sendiri pun payah nak tolong. aku terus memandu ke bandar kuantan dan berpusing-pusing dua tiga kali, kami pun balik dan berhenti di kompleks mpk untuk membayar saman parking kerana tidak mempamirkan kupon. kalau di temerloh memang aku tak kan bayar, tapi mengenangkan dulu pernah sekali aku tak bayar dan dapat surat amaran kali ini terpaksalah aku bayar.
seperti biasa kalau ke kuantan, jika tak beli keropok memang tak sah. jadi tempat biasa aku berhenti ialah di jaya gading. selesai urusan jual beli, aku pun memandu menghala ke gambang dan membelok masuk ke lebuhraya pantai timur. oleh kerana belum sembahyang lagi, kami pun berhenti di hentian rehat gambang.
* mengantok pulak dah! terpaksa tidor dulu... besok kita sambung lagi cerita santai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan