Jumaat, 8 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 5.

Assalammualaikum:

Buat cikgu yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya. Saya sangat merasa bangga dengan mempunyai guru seperti cikgu. Saya harap kita akan saling maaf mememaafi antara satu sama lain pada hari yang mulia nanti. Oh! ya hari raya tahun ini datanglah ke rumah. Pintu rumH Kmi sentiasa terbuka untuk cikgu, tapi jangan marah kalau Ros tak ada di rumah pada hari raya itu nanti. Tapi kalau cikgu tak nak merasa kuih-muih yang kami buat tak apalah. Kalau cikgu datang shukurlah. Saya kalau ada masa barulah saya datang ke-rumah cikgu. Nampaknya sampai disini sahaja kali ini.....
Good Bei...............

Bulan Ramadan Bulan Mulia
Bersamalah Kita Berpuasa
Hati Kini Rasa Gembira
Untuk Menyambut Hari Raya


Yang Ihlas
tandatangan
(Rosmawati Jamal)


*seorang lagi murid aku di srk belipat. semasa aku mula mengajar di situ dia di tahun enam dan ada seorang adik perempuan yang bernama maria. walaupun si ros ni mempelawa aku beraya di rumahnya, tapi aku tak pergi sebab selain aziz juga tak pergi, aku ke tawau pada raya kedua, ke rumah kakak aku yang mengajar disana. katanya pintu rumahnya sentiasa terbuka, tapi tiap kali aku lalu, pergi dan balik sekolah pintunya sentiasa tetutup sebab rumahnya betul-betul tepi jalan. turun van atau kereta, terus masuk dalam rumah. malah kereta boleh parking betul-betul depan pintunya. aku selalu juga bersembang dengannya semasa menunggu van untuk balik dari sekolah. dia rajin bercerita tentang keluarganya, ayahnya kerja di brunei, jarang-jarang balik tapi kalau balik mesti berbelanja sakan sebab duit brunei lebih besar nilainya dari ringgit malaysia. dan bila balik encik jamal pasti datang ke sekolah bersama emak si ros untuk bertanya khabar tentang pelajaran anak-anaknya. satu sikap yang patut dipuji, walau jauh bekerja tapi tetap mengutamakan pelajaran anaknya. semoga keluarga ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah untuk meneruskan kehdupan. aku agak rosmawati dah beranak pinak agaknya, maklumlah orangnya boleh tahan juga comelnya termasuklah maria sekali. kalau tidak tak kanlah cikgu ramli (orang melaka) selalu mengusik termasuklah si low kee sing turut sama tompang sekaki. eh! panjang pulak catatan aku untuk kad si rosmawati ini. tapi ejaannya tetap aku pelihara keasliannya. tanpa apa-apa perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan