Isnin, 27 Jun 2011

teman baru...

assalamualaikum......

teman baru? biar betul....memang aku ada teman baru, tapi bukan orang. ia objek. orang bukan objek ke? entahlah... putih kulitnya macam teman aku yang lama dulu. cuma nama saja berbeza. sekali sekala nak juga rasa yang bernama lain pulak. dia punya power setakat ni ok je. maklumlah barang baru. masih muda remaja lagi katakan. mestilah bertenaga dan memuaskan. mungkin aku akan dapat rasa perbezaannya dalam masa seminggu dua lagi agaknya. ye lah, aku test power pun baru hari ini. dapat duit kutu bulan enam, adalah baget untuk melamar 'kekasih' baru dan baiki laptop aku yang dah hampir dua bulan tersadai tak dibaiki. jadi korang janganlah jealous pulak lepas ni, kalau aku asyik update blog saja. ok, lah aku ada banyak kerja ni, cukup satu perenggan dulu dari aku. nanti aku akan buat posting lain yang lebih kurang untuk dikongsi bersama bak kata pepatah yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan