Sori ust, nda perasan bh, dulu kn lancg kuning...dmana ust skrg?(skrip asal, tanpa sebarang editing, heheheh...)
frasa atau klausa ayat di atas memberi peluang atau idea untuk aku menulis tentang kenapa dan mengapa aku boleh terguna nama lancang kuning boat. terguna??? hahahahah....ye! memang terguna dan sengaja digunakan kemudiannya. memang dah lama aku nak tulis tapi tak tahu macam mana nak dimulakan. tapi kini ia masa yang sesuai untuk aku bercerita panjang.
nama itu aku gunakan untuk membuka atau membuat akaun di mukabuku. sebelum itu, mukabuku ini agak awal jugak aku dengar namanya, cuma taklah ambil tahu sangat, sekadar dengar cerita orang sajalah. update statuslah, sent gambar atau masukkan gambar dan macam-macam lagi, tapi aku tak pernah ambil tahu secara serius. ditambah lah pulak lagi oleh pengasasnya si mark zuckberg itu keturunan yahudi, lagilah aku malas nak ambil berat pasalnya. lagi pun masa itu aku tengah mabuk dengan blog aku, yang baru tengah menjadi. tapi bila anak-anak aku dari yang berumur 17 tahun hingga 7 tahun ada akaun mukabuku, timbul rasa nak juga ada sendiri punya.
pada bulan disember tahun 2010, memang masa cuti sakan bagi anak-anak aku, selepas balik dari kembara ziarah yang pernah aku ceritakan tempohari, mereka asyik dengan tv dan komputer saja. bergilir-gilir mereka menggunakan komputer dan melayan cerita di tv. pernah aku sengaja biarkan, nak tengok rentak diorang. rupa-rupanya tak boleh dibiarkan. dua hari dua malam komputer dan tv tak ditutup. orang ni tidur, bangun pulak yang lain mengadap komputer, jemu main games di komputer, mengadap pulak tv. mereka buat jadual mereka sendiri, lepas ini siapa, lepas dia siapa, lepas tu siapa. akhirnya aku pun soundlah dengan penuh berhemah.
eh!...tadi nak cerita pasal lancang kuning boat, kenapa pulak merepek ke kisah anak aku ni....hehehe...sebenarnya ia ada kaitan, bila aku tengok anak aku ada akaun mukabuku masing-masing, aku pun mulalah rasa iri, jeolouslah katakan. aku pun bercadang nak jugak buat akaun aku sendiri. guna nama sendiri, tapi bila bab email dan password selalu error. berpuluh kali dicuba dan dicuba, error jugak. akhirnya angin petang yang dikirim Ilahi pun bertiup dan menyapa lembut ke muka aku, lalu lahir dan datanglah idea: baik cuba guna nama lain pulak, manalah tahu kot-kot menjadi kali ini.
fikir punya fikir, aku pun perasan aku sedang memakai baju sukan tahunan sk kerayong untuk tahun 2008 dan berwarna kuning. warna kuning....warna kuningggggg.... hah...lancang kuning! ye, lancang kuning...... tapi nama lancang kuning mesti dah ada orang yang guna. aku pun berfikir lagi... ok, aku tambah bot, tapi aku akan tukar ke dalam bahasa inggeris: boat. maka lahirlah satu nama baru ke alam maya: lancangkuningboat. dan....yes!!! ia telah menjadi kenyataan. tiada error username mau pun password. kini aku sudah ada akaun mukabuku aku sendiri.
jeng...jeng...jeng... aku pun mulalah mencari beberapa nama kawan-kawan lama aku, antaranya member-member masa kat maktab perguruan, kawan-kawan semasa di lawas, sarawak serta beberapa nama lagi iaitu nama bekas anak-anak murid aku. antara yang terpantas aku temui ialah zulfadhli abdul rahman dan aizatul ummi yang telah mencadangkan beberapa lagi nama-nama kawan sekelasnya semasa di srb agama lawas dulu. sekejap sahaja aku dah ramai kawan, tapi aku tak berapa kisah sangat tentang jumlahnya dan tak berniat pun nak mencapai ke angka ribuan atau jutaan. asal ada sudah......
pada permulaannya memang ada yang tertanya-tanya bila aku add diorang sebagai kawan, dan bertanya: sape lancangkuningboat ni. maka terpaksalah aku menerangkan siapa aku sebenarnya. ada juga diorang tu, bila aku add saja, terus disahkan tanpa banyak soal dan tanpa mengetahui siapa aku sebenarnya. bila aku dah hantar mesej pada diorang barulah diketahui sebenarnya lancangkuningboat tu ialah aku yang tak ada niat pun nak menyamar atau nak mempermainkan sesiapa pun.
tapi dengan nama itu jugaklah aku telah mendapat satu mesej yang panjang lebar dari seorang pelajar perempuan di uitm, shah alam, sedang buat kajian tentang kenderaan atau lebih tepat lagi penggangkutan di air khususnya lancang. sememangnya lancang adalah sejenis perahu orang dulu-dulu. aku manalah tahu asal-usul atau sejarah tentang penggunaan lancang atau pun jenis-jenis lancang ini. bila membaca mesej tersebut, nak tergelak pun ada, rasa bersalah pun ada. ialah, dia tu ingat atau fikir aku ni betul-betul tahu tentang lancang, sedangkan aku hanya sekadar menggunakan nama itu saja untuk mukabuku tersebut. terasa menyesal pulak gunakan nama itu. lalu aku bercadang nak tukar nama itu, tak tahu caranya. klik sana, klik sini tak jugak berjaya. akhirnya aku biarkan saja.
fortsetzung wochen vor......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan