terkejut aku bila tengok 'free counter' kat "danau kalbu ku" pada minggu lepas. sebelas ribu lebih!!! ye, ke? antara percaya dengan tidak, aku lebih cenderung kepada tidak mempercayainya. 'free counter' yang bernombor saja tu aku letak dua hari selepas aku letak pembilang yang berkunjung ada senarai nama bandar. aku letak dua, satu di ruang 'b.tan' dan satu lagi kat 'danau kalbu ku'. cuma warna saja yang berbeza. kononnya utuk membezakan yang berkunjung diantara kedua-duanya. tapi aku tengok, dua tiga hari lepas tu, sama saja bilangannya. aku pun tambah 'free counter' satu lagi kat 'danau kalbu ku'. baru nampak dia punya perbezaannya.
sebenornya aku tak reti nak tambah menambah dalam blog ni. semua 'free counter' tu aku tanya dan belajar dari penyelaras ict kat sekolah aku iaitu cikgu mohd zaki bin mustapaha. dari beliau jugaklah aku belajar bagaimana nak buat scroolblog di sebelah kanan tu. kalau nak buat sendiri, mintak maaflah awal-awal, aku memang tak reti. jadi bila tengok 'free counter' tu, aku tergelak sorang-sorang, rasa tak percaya langsung pada nombor yang dipaparkan: 011902. pedo oh betoi! kata aku dalam hati.
(tahu ke makna pedo oh tu?)
ah! lantaklah, aku bukan peduli itu semua. aku letak 'free counter' tu pun sebab tengok banyak blog yang letak. sekali tengok cantik jugak dan boleh jugak tahu ada ke tak orang yang baca blog kita. tapi nak letak design yang macam-macam tu aku memang tak minat, sebab aku lebih suka 'simple' seadanya.
jadi... itulah saja yang dapat aku buat untuk blog aku, andainya betul apa yang dipaparkan oleh 'free counter' tu, aku ucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pengunjung dan datanglah lagi. lebih-lebih lagi kalau nama-nama yang ada dalam siri surat jaman tori tu yang membaca, bolehlah kita berkongsi cerita lain pulak, ye tak!
aku berharap agar apa yang aku tulis atau catat semuanya tak menyinggung mana-mana pihak kerana semuanya lahir dari danau kalbu ku!!!...
salam,
BalasPadamUntuk pengetahuan abg tan, free counter yg bernombor digital tue akan bertambah bilangannya tiap kali org atau kita sendiri yg masuk ke blog. klau kita 'refresh'kan pun nombor tue akan bertambah, chu dulu letak gak tp bila kesahihannya amat diragui kerana kita boleh tambah sendiri bilangan nombor tue. bukak pastue tutup, bukak balik pastue tutup dan bukak balik blog pun nombor tue akan bertambah.
salam kembali,
BalasPadamye, ke? kalau macam tu baik buang saja. tak pun biarkan lah, tengok sampai berapa dia nak kira. apa yang penting bukan bilangan tapi apa yang kita papar atau catatkan. terima kasih chu, di atas penjelasan tu.
sekian.