Isnin, 5 Mac 2012

surau banjir...



assalamualaikum... aku dah tak ingat tarikh kejadian ini. tapi pada petang tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga longkang di hadapan surau telah melimpah airnya. longkang yang telah sedia tersumbat dengan sampah sarap, dengan mudah menyebabkan aliran air yang kotor dan busuk menjadi tersekat. ketika aku sampai hujan masih lagi turun dengan agak lebat.


kelihatan hujan yang turun mencurah-curah walau pun tak lama tapi menyebabkan air bertakung dan memenuhi persekitaran surau taman triang maju. aku nak turun dari van pun terpaksa terjengket-jengket untuk mengelakkan kain aku dari terkena air yang bertakung.


sementara menunggu hujan agak reda, sempat aku rakamkan sekeping lagi gambar yang menunjukkan air bertakung dan memenuhi gelanggang sepak takraw di sebelah surau tersebut. di tapak gelanggang itu aku bercadang nak bina balai lintang, tapi bagetnya belum ada lagi dan di hadapannya akan di turap dengan tar. jadi, kalau ada program ceramah atau majlis ilmu yang yang agak besar boleh lah buat kat luar surau saja. tapi itu semua memerlukan perancangan yang rapi dan perbelanjaan yang besar juga.


pemandangan di bahagian belakang surau tempat aku selalu parking van aku pun penuh dengan air. kalau mengharung air tu, jawabnya tenggelamlah buku lali. nampak tu, longkang pun tak nampak dia punya alurnya.

ini pulak di bahagian hadapan surau tempat mengambil wuduk. kelihatan air yang bertakung memenuhi di atas simen dan kaki lima surau. nak tunggu air ini surut memakan masa hampir setengah jam jugak lah. ini lah akibatnya perbuatan tak bertanggungjawab yang sesuka hati saja membuang sampah ke dalam longkang. bukan setakat sampah, malah botol dan tin kosong juga dibuang ke dalam longkang. ini lah antara masalah yang akan timbul di taman perumahan yang berbilang kaum di mana penduduknya hanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan dan keselesaan kawasan tinggal mereka sendiri. aku hanya dapat memerhatikan saja sebab aku tak tinggal di situ, aku hanya menumpang berjemaah di surau itu dan dilantik sebagai timbalan pengerusi surau. tak lebih dan tak kurang dari itu.

semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi kerana longkang yang tersumbat dan runtuh itu telah pun dibersih dan dibaiki. cuma masalahnya sekarang ini adalah untuk menarik ahli kariah supaya datang mengimarahkan surau yang ada di kawasan tempat tinggal mereka. aku pun tak tahu apa halangan mereka yang menyebabkan mereka tak berminat untuk berjemaah bersama-sama di surau. dah ada kemudahan tak nak dimanfaatkan pulak. kalau tak ada tu, macam-macam yang dikatakan. entah lah... aku pun tak tahu apa penyakit yang menimpa umat islam akhir zaman ni. mungkin ini lah agaknya yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.: cintakan dunia dan takutkan mati. sekian untuk kali ini, lain kali bicara lagi. wassalam....daaa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan