Khamis, 11 Julai 2019

berkonvolah pulak ii.

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh..... akhirnya berjaya jugak aku mengenggam segulung ijazah setelah puas berpenat lelah, setelah puas mengerah keringat dan setelah puas akhirnya aku berasa puas walaupun tak puas hati kerana tak dapat anugerah dekan.... hahahahah.... orang yang belajar macam aku ni nak merasa anugerah dekan.... bermimpilah anda di siang hari kerana rembulan pun kesiangan.... 

tak usah pot pet pot pet panjang tengok je gambar aku sedang menerima skrol ijazah tu seperti mereka yang lain jugak menerimanya. bangga.... gembira....puas dan berbagai rasa lagi yang menyelubungi ketika itu... tapi macam biasa jugak lah aku tetap cool je... kerana aku tahu aku dah buat yang terbaik untuk aku dan keluarga aku.... aku sambung belajar dulu pun untuk keluarga aku jugak. bila memikirkan bila pencen nanti, pencen yang aku dapat rasa macam tak berapa nak cukup....jadi terpaksalah aku menyahut cabaran Program Pensiswazahan Guru ini dengan hati yang bercampur baur.... bercampur baur....? ya... bercampur baur...  kerana aku bukanlah mempunyai bajet yang banyak untuk menyambung pelajaran.

tapi...alhamdulillah.... ehh... tunggu apa lagi tengoklah gambar aku tu...hehehe...




rasa berdebar je masa ni... nak tau tak... yang berdiri di sebelah penyampai skrol tu ialah rakan sekelas aku semasa di sekolah agama al-khairiah, temerloh. jangan tak percaya...ya... sempat beliau memperkenalkan aku pada naib canselor sebagai classmate beliau... bangga jugak aku masa tu...
astaghfirullah..... jangan...karang riak pulak jadinya....


nak tau nama dan jawatannya....hehehe... macam biasalah kan.... belanja aku dulu....😊😋


melangkah gagah seorang siswazah... aku perasan ada beberapa orang pensyarah berbisik-bisik semasa aku menerima skrol itu tadi... maklumlah dah tua dan berjanggut agak panjang jugak... mungkin aku nampak macam profesor agaknya.....hahahah....

ok lah itu, itu saja gambar yang sempat aku kongsikan kat danau ni... jam pun dah menunjukkan 3.50 petang...(3.7.2018-rabu) selepas mesyuarat KMK tadi aku sambung sikit catatan ini dan harap kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika...(catatan ini terhenti/tergantung di sini..sebabnya aku nak balik cepat, perut memulas....hahahaha...)

ok... pada hari ini...11.7.2019 bersamaan dengan hari khamis 8 zulkaedah 1440 aku akan publishkan catatan ini di danau kalbu ku ini.... sekian terima kasih

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.... hingga kita berjumpa lagi dilain bicara sepi... heheeh...

Tiada ulasan:

Catat Komen