"bob, kau ada kerja tak".
suatu malam aku ditanya oleh lobai yang baru sampai di rumah yang aku sewa bersama pok ser dan ramizul. tak ade, kenapa? jom ikut aku. pergi mana? saja jalan-jalan. aku seperti biasa tak banyak kesah, terus menukar kain pelikat kepada seluar dan memakai baju t-shirt.
maka malam itu aku dibawa pusing-pusing keliling bandar lawas yang telah mulai sepi sejak maghrib lagi. dari satu jalan ke satu jalan, dari perumahan tempat kami menyewa menuju ke pejabat pos, dari pejabat pos ke bangunan maybank seterusnya ke beberapa lokasi dan berhenti di kawasan tamu yang lenggang sunyi sepi. lobai berhenti dan parking berhampiran dengan satu pondok talipon. aku turun dari motor dan lobai pun turut turun lalu menuju ke pondok talipon tersebut, mendail dan bersembang serta bersembang untuk satu tempoh yang aku rasa agak lama jugak. aku mulai merasa rimas kerana lenguh menunggu dan gigitan nyamuk yang tak menhiraukan rakannya yang telah mati masih lagi terus mengigit dan menunggu masa pula untuk mati. tiba-tiba.... jom! aku tak sedar bila si lobai ini dah ada atas motor rxz nya yang berwarna biru tu. aku tak berlengah terus naik dan begitulah seterusnya untuk beberapa malam mendatang.
dan di satu malam yang lain selepas bersembang dengan makwenya, sebelum kami balik lobai telah bersuara: bob, kau tak talipon makwe kau ke? aku mana ada makwe. tipulah! ye, tak ada makwe. aku cari kan kau sorang, kau nak tak? aku hanya gelak, hahahaha... ye ke? iye lah.
lobai tak jadi nak balik, beliau mendail semula talipon awam yang mungkin jemu agaknya dengan kehadiran kami berdua dan bercakap semula, aku tak tahu siapa. kemudian: nah ni nombor makwe kau, kau konteklah, jangan tak kontek pulak! bila? karang pun boleh! lain kali lah, bai, aku mematikan perbualan antara kami berdua. rupa-rupanya lobai ini mintak nombor kawan makwenya yang tinggal di bandar L. katanya belum ada pakwe lagi. aku gelak saja. manalah aku ni pandai bermakwe ke, bercinta ke, dari maktab lagi memang aku ada untuk mencuba tapi ada saja halangannya. semua perempuan yang aku suka atau minat, dah ada yang punya atau pun dah bertunang.
dah bertunang!!!!??? hahahah!!! teringat aku kesah dengan seorang salesgirl di kamdar ipoh. aku tak nak cerita yang itu kerana ketika itu ia baru saja bertunang dengan seorang askar. oh,ya! aku tak ada buat catatan kesah ini dalam kenangan sepanjang zaman, kerana ia tiada dalam buku catatan tersebut. nanti lain kali aku cerita sebab aku dah rasa lega tiada apa yang aku nak kenang-kenang lagi.
beberapa malam kemudian aku pun memberanikan diri untuk menghubungi nombor tersebut, walau pun jauh dari mata tapi hati tetap berdebar dan ragu-ragu kerana inilah pertama kali aku nak memulakan satu perhubungan. satu perhubungan konon!! alhamdulillah, ada jawapan dan aku pun menjelaskan satu persatu, seperti orang bersalah saja rasanya ketika itu. tapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. akhirnya aku dah biasa berbual dan bercerita yang macam-macam tapi semuanya dalam lingkungan adat ketimuran, tiada yang berunsur negatif dan melanggar hukum antara kami berdua. aku akan meghubunginya di malam-malam yang aku rasa sunyi atau rindu. malah di subuh hari pun aku akan menaliponnya. pernah di suatu subuh selepas balik dari masjid aku telah menhubunginya dan kebetulan pula ayahnya yang mengangkat talipon tersebut, tapi aku tabah kan hati dan menjelaskan untuk bercakap dengan siempunya diri sekadar mengucapkan selamat hari raya haji kerana hari itu adalah hari raya haji. ketika aku bersembang, sempat aku bertanya: ayah kitak marah kah? ndak, jawabnya ringkas.
tapi suatu malam, ia kata nak pergi jauh! aku punyalah saspen mana tahu kot-kot ia nak kahwin dengan pengiran berunai ke. jawabnya melepas lah lagi aku. selang beberapa minggu aku menerima sepucuk surat dari seseorang di maktab perguruan di kuching. alhamdulillah, ia masih mengingati aku dan merasa rindu.... aku pun apa lagi makin kambanglah(jangan betulkan ejaannya) sebab ada orang yang rindu kat aku, hahahah perasan.... maka berutus surat lah pula setelah puas bergayut di talipon....
entah macam mana, suatu malam aku mendapat panggilan talipon dari ayah aku, pot pet pot pet, aku hanya diam tak menjawab tapi dalam hati dan fikiran aku mulai berserabut. fikirkanlah, nanti ayah nak tahu jawapannya. begitulah ayah aku menamatkan perbualan pada malam itu. aku sebolehnya tak mahu memikirkan apa yang diperkatakan oleh ayah aku itu. dan cuba menjalani hidup seperti biasa dengan sering menatap sekeping potret ayu yang tak pernah aku bersua dengan dirinya yang sebenarnya. cinta apakah itu namanya. sehinggalah emak aku pula menalipon aku dan mengingatkan aku akan janji aku dulu. baru aku teringat sebelum boarding pass di airport subang, ketika mula-mula nak ke sarawak dulu, aku sempat menghubungi mak aku dan berkata: mak, doakan saya selamat, pergi seorang dan balik nanti pun seorang. nah! inilah dia yang dikatakan senjata makan tuan. dan ayat inilah yang digunakan oleh mak aku untuk memujuk aku memerima pilihan mereka. ketika itu berlinangan air mata aku, bukan sekadar sedih dengan janji aku pada mak aku, tapi juga sedih dengan perasaan aku terhadap seorang guru pelatih nun di sana. malah sekarang pun air mata ku turut berlinangan!!! akhirnya aku akur dengan kata-kata mak aku yang aku sayangi dan hormati. namun tak ku sampaikan cerita ini pada ia, kerana aku tahu ia pasti turut akan bersedih seperti aku.
suatu malam yang... apakah perkataan yang sesuai aku pun tak tahu, aku telah menhubungi 'lai' ketika itu cuti semester hujung tahun, kami bersembang dengan mesra dan riang, almaklum dah lama tak dengar suara masing-masing. sebenarnya ketika itu benak dan fikiran ku bercelaru, bagaimanakah aku akan menjelaskan padanya yang besok hari aku akan bertunang!!!!
akhirnya setelah ku gagah kan hati: ..., saya nak cakap satu perkara, besok saya nak bertunang, pilihan keluarga saya. aku tak tahu apa perasaannya ketika itu, tak mungkin gembira dan yang pasti akan berduka. alam sunyi... sepi... tiada bicara antara kami berdua...aku terdiam setelah menuturkan kata-kata itu, dan ia juga terdiam setelah mendengar kata-kata itu...
zalim kah aku.... kejam kah aku.... aku pasrah aku berserah...dan disitulah berakhirnya perhubungan antara kami berdua.
tapi bagi aku, itulah cinta pertama dalam hidup aku, dengan gadis sarawak. amat sukar dan payah ia padam dari ingatan ini, sehingga ke hari ini. meski aku kini mempunyai lapan orang anak. memang suatu yang tidak wajar dan mustahil untuk mengenang isteri orang, dan kini aku akan cuba untuk melupakannya untuk tidak melukakan hati semua orang termasuk hati isteri aku sekarang. mungkin catatan ini sedikit sebanyak mendedahkan kesah aku dengan seseorang dan akan dibaca oleh ramai orang termasuk insan yang terlibat dalam cerita ini atau di baca oleh suaminya, bagi aku, kita sekarang adalah saudara seagama Islam. tak kisah semenanjung atau sarawak. di mana-mana saja cinta kan pasti tumbuh dan subur jika dibajai dengan keimanan yang suci dan luhur pada Illahi. apatah lagi aku memang bercadang juga untuk ke lawas suatu masa nanti seterusnya ke kampung belipat tempat mula-mula aku bergelar seorang ustaz. tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat jatuh cinta.... cukuplah sekadar ini dahulu dari aku, kerana petang ini akan disambung latihan pasukan hoki. walau sakit-sakit badan kerana berlari bersama anak-anak tapi hati puas, badan berpeluh dan sihat. tapi hasilnya nanti belum tahu lagi... jangan jadi pasukan belasahan sudahlah... sekian, wassalamu. jumpa lagi... aik! ada lagi jumpa lagi...hahahahahah!!! ceria selalu dan senyum sokmo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan