Selasa, 8 Mac 2011

surau tua.


assalamualaikum...
aku dah lama bercadang nak menulis sedikit tentang surau tua ini. tapi selalunya aku amat payah nak mencari kata mula. kata mudahnya "key word". begitulah lebih kurangnya masalah aku dalam nak memulakan setiap penulisan, tapi bila dah dapat tu amat sayang dan payah nak dihentikan. tentang surau tu memang tak ada apa yang istimewanya sebab sekarang dah terbiar usang dan makin hari makin hampir kepada runtuh struktur binaannya. setiap minggu, paling tidak pun dua minggu sekali aku pasti akan melalui di hadapannya kerana urusan menjemput dan menghantar dua orang anak aku ke asrama mereka.


Photobucket

surau ini sebenarnya sedikit sebanyak ada meninggalkan kenangan dalam hidup aku, kerana aku pernah bersembahyang(?) di dalamnya. kenapa aku letak tanda soal? kerana peristiwa itu berlaku ketika aku masih lagi di alam belum baligh. semuanya bermula apa bila aku sering juga mengikut ayah aku pergi ke guai, kerana tokki aku iaitu ayah kepada ayah aku duduk di sana.

pada suatu hari aku telah mengikutnya pergi berkunjung ke rumah tokki aku itu, menyeberang di jeti kampung tok langit dan yang mengagumkan aku ialah kaedah yang digunakan oleh ayah aku untuk memanggil arwah pakndak mat peah ialah dengan menjerit atau melaung supaya menjemput dengan mengunakan perahu. mungkin itu yang dikatakan sepelaung agaknya. bayangkan lah dari seberang ke seberang, kuat tak kuatnya suara ayah aku yang melaung.....oooiiiiiiiiiiiii.......jempuuuuutttttt..... dan akan diulang beberapa kali. begitulah yang akan dilakukan oleh ayah aku kalau ia ingin ke seberang untuk menemui ayahnya -tokki chik. tak lama kemudian akan datanglah arwah pakndak mat peah atau pun jiran tokki aku yang seorang lagi iaitu tok empat Ibrahim datang menjemput mengunakan perahu. bayangkanlah menyemberang sungai pahang dengan perahu, punyalah kecut pada masa tu, Allah sajalah yang tahu. lambat sangat rasanya sampai ke seberang.

kebiasaannya tokki aku ini akan berseloroh dengan berkata: tinggal sinilah yek, tidur semalam dua, esok-esok ayah datang jemput. sememangnya aku tak biasa tapi seingat aku adalah dua tiga kali aku tinggal dan tidur di rumah tokki aku tu. dan di sebelah rumah tokki tu ialah rumah adik ayah aku, arwah pakndak mat peah.

pada hari aku tinggal tu, di sebelah petang atau maghrib, aku telah di bawa oleh tokki aku ke surau ini untuk bersembahyang, cuma aku tak ingat sama ada aku ikut sembahyang atau aku duduk saja memerhati para jemaah lain bersembahyang. tak kisah lah itu semua janji pada masa kecil aku pernah masuk ke surau ini.

Photobucket

beginilah rupa surau tua ini dari hadapan, jangan tak tahu, setiap rumah yang kosong ada penghuni yang kita tak nampak dan kita tak sedar atau kita tak perasan keujudan mereka, iaitu jin. mana-mana rumah yang kosong selama 2 atau 3 hari, akan adalah jin yang akan datang menumpang. sebab itu kita perlu memberi salam dan membaca surah al-ikhlas ketika masuk ke dalam rumah, tak kiralah ada orang atau pun tidak. sebab ada makhluk lain yang dah tompang tinggal di rumah kita tu. ini bukan cerita dongeng atau tahyul tapi dari segi akidah kita kena percaya sebab makhluk-makhluk halus ini memang ujud dan ada kerana mereka juga dijadikan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.


Photobucket

lebuh-lebih lagi surau ini juga kategori rumah Allah, lagilah ia ada terutamanya jin Islam. kerana jin ini pun macam manusia juga, ada yang islam dan ada yang kafir. kalau kafir tu memang sahlah jahatnya, tapi bagi jin islam ia seperti orang islam jugak ada yang jahat dan ada yang baik, cuma kita perlu berhati-hati kalau pergi atau masuk ke rumah kosong, janganlah buat sesuka hati kita saja, jagalah adab dan tingkah laku kerana kita sedang di perhatikan oleh mereka.

Photobucket

eh! kenapa aku ni melarat ke cerita jin pulak, hahahah...asal cerita surau melarat ke lain. ok, lah berbalik kepada cerita surau tua tu, nampak gayanya memang tiada usaha untuk membaik pulihkannya, kerana tak ramai yang akan berjemaah disitu pada tanggapan akulah, rumah di persekitarannya cuma dua tiga buah sahaja, dan yang tinggal pun semua dah tahap senja-senja belaka, kalau ada pun seorang berdua, baik mereka ke masjid walau pun agak jauh sedikit.


Photobucket

aku ini bukan apa, sekadar berkongsi cerita sebelum ia ranap menyembah bumi atau mungkin nanti diruntuhkan untuk dibina surau lain yang baru dan lebih cantik. tapi tak kisah lah apa pun kerana aku sememangnya suka bernostalgiaaaaaaaa...................... sekian, adanya. wassalamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan