sejak malam cuaca agak dingin dan angin yang bertiup pun mencengkam hingga ke tulang, dan di pagi jumaat ini hujan pun mulai membasahi bumi yang sememangnya sejak dua tiga hari ini agak mendung cuacanya. malah sesi latihan pertama kali pasukan hoki semalam pun sedikit terganggu dengan kehadiran hujan yang barai-barai dan kadang-kadang melebat.
aku ke sekolah setelah menghantar ahmad abdullah abbas ke pasti al-insan, masih belum ada pelajar lain, abbas merupakan yang pertama tiba. 6.50 pagi aku meninggalkan pasti dan menuju ke kemayan sambil berharap tiada lori yang terbalik atau accident kerana hujan masih lagi turun yang tiada tanda-tanda akan berhenti. namun seperti selalu jika ada peluang untuk memecut atau memotong, tak akan aku lepaskan, bukanlah laju sangat pun cuma sekadar mengejar masa saja agar sempat tiba sebelum loceng berbunyi pada pukul 7.30 pagi.
seperti hari-hari yang lain jugak selepas mencatat kehadiran, aku akan switch on pc di bilik aku dan terus sambung broadband serta menjenguk ke blog aku atau mukabuku, kot-kot ada yang menarik dan lain dari yang lain. tapi entah kenapa perut aku hari ini lain macam pulak laparnya. mungkin malam tadi aku tak makan nasi kerana telah menjamu selera di surau. tak lah banyak sangat, tapi bila balik rumah, rasa kenyang pulak. mulalah isteri aku sound: hai, dah mula dah tak nak makan kat rumah ke? aku kadang-kadang nak gelak jugak. perempuan ni cepat sangat cemburu dan salah sangkanya. diusia seperti aku ini, sepatutnya aku mula mengambil berat tentang kesihatan. walaupun pemeriksaan kesihatan yang aku jalani baru-baru ini mengesahkan kesihatan aku tiptop, cuma kolesterol jahat lebih banyak dari kolesterol baik- perlu banyakkan aktiviti serta nadi agak slow sikit. tapi itu perkara biasa bagi orang yang aktif dan kurang rehat, kata doktor klinik panel keluarga aku.(hahahaha! perasan)
sarapan aku agak simple, susu suam, nasi lemak dan telor goreng serta dua tiga titik kuah sambal. sekadar ambil rasa pedasnya sahaja. aku mesti makan nasi kerana itulah sumber yang membekalkan tenaga untuk aku pada hari ini. hari ini aku akan ke temerloh lagi untuk menjemput anak aku siti nur amni. ahmad kamal abdullah pula menyertai masisupa bagi acara nasyid dan akan balik pada hari rabu. siti nur akmal- si sulong ada kelas tambahan spm sehingga hari selasa baru balik. nampaknya cuti ini aku tak akan kemana, jadi boleh lah aku tumpukan pada latihan pasukan hoki. dah hampir dua tahun aku tak berpeluh di padang bermain hoki dengan budak-budak, entah kenapa tahun ini aku begitu teruja apabila format pertandingan peringkat daerah diubah dari antara zon kepada antara sekolah-sekolah. target dan pilihan aku adalah murid tahun tiga, empat dan lima. hasilnya nanti tak tahulah. terserah dan pasrah. cuma isteri aku ada menyatakan yang anak-anak aku nak pergi mandi di hutan lipurrekreasi serting hilir. tak tahulah lagi, kalau boleh pun mungkin hari sabtu sebelum dia orang balik ke asrama. nak jugak bagi anak-anak aku rehatkan minda dia orang, jangan asyik belajar dan belajar sahaja. sekali sekala perlu jugak rehatkan otak tu. nak balik kampung pun, tiap-tiap hari boleh balik. lain lah kalau duit banyak, boleh pergi jalan-jalan sampai ke lawas atau pun sampai ke sepitang makan satay. kecur air liur aku bila dengar satay sepitang, dah berpuluh tahun tak merasainya. kalau dapat baunya pun cukuplah. aku pun dah lupa macam mana baunya. ada tak macam bau "tahai"...... hahahahah.....
* sebenarnya catatan ini aku tulis di atas sehelai kertas ketika menunggu anak aku tiba dari sekolahnya di stesen bas temerloh. boring tak tahu apa nak buat, jadi aku pun ambil kertas dan pen terus saja tangan aku menulis sedang di luar van, hujan tengah lebat mencurah. tunggu punya tunggu tak jugak tiba, perut pun mulai lapar semula. maklumlah hujan, badan sejuk laparlah jawabnya. tengah asyik menulis tiba-tiba cermin tingkap van diketuk seseorang. aku berpaling dan tercegat seorang perempuan yang berpayung sambil bertanya setelah aku turunkan sedikit cermin: ini van sewa-sewa ke? tak, jawab aku. tak? tanyanya lagi. tak jawab aku sekali lagi. ia pun berlalu dalam hujan menuju ke deretan kedai untuk berteduh. sambil menulis, seperti biasa siaran pilihan aku kalau waktu pukul 2-6 ialah kalau tak muzik fm sudah pasti sinar fm. hampir sejam aku menunggu dalam van, kelibat bayang anak aku tak jugak timbul. budak-budak sekolah makin ramai yang turun dan naik bas, kerana cuti pertengahan semester akan bermula. nak talipon ke rumah. kot-kot ia dah balik menumpang kawannya, hanset aku tak ada ketika itu kerana sedang disita atau dikuarantin....hahahah. padan muka aku. akhirnya aku ambil keputusan makan dulu sebelum ke sekolahnya di guai...
aku rasa cukuplah dulu...sebab aku tak ada moodlah....maaf....sebelum tu dengar dulu lagu hattan ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan