Rabu, 28 Ogos 2013

kad raya jaman tori 33.




jika kad raya jaman tori 32 dikirim oleh perisik tentera, kad yang ke 33 ini pulak dikirim oleh ustaz tentera atau pun nama glamournya 'kagat.' kor agama angkatan tentera. kad ini aku terima semasa aku di lawas dan belum ehem... ehem... lagi. nama kawan aku ini ialah mohd nazli bin ismail. berasal dari jengka 4. satu kelas semasa di tingkatan 4, 5 dan 6. serta satu rumah sewa di kampong pancor, pekan. semasa di tingkatan 6 rendah aku telah menemankan si nazli ini ke kuala lumpur untuk menghadiri temuduga kagat. rupa-rupanya dalam diam tanpa diketahui oleh member lain, beliau telah memohon kagat dan dipanggil untuk temuduga di masjid mindef, jalan semarak, kuala lumpur. dari jengka 4, kami menaiki bas ekspres metro tapi aku dah tak ingat sama ada bermalam di sana ke tak. sebab temuduga tu pada hari bersekolah, bermakna kami berdua telah ponteng pada hari itu. bila ia berjaya dalam temuduga tersebut dan dipanggil untuk kursus, nazli ini telah berhenti sekolah dan aku hilang sorang kawan.

oh ya... aku pernah pergi seminar spm kat smu ehsan di kuantan. tu yang dia tanya ustazah kat ehsan tu. selebihnya malaslah aku nak cerita pasal zaman cinta monyet dulu-dulu. tapi ia (nazli) kawin dulu dari aku. aku pergi masa ia kawin tu dan kebetulan pulak ada seorang ustaz yang baru posting ke srb agama lawas pada tahun 1994 berkahwin dengan adik si nazli ini. pun aku pergi jugak kerana kebetulan pada masa tu aku balik ke semenanjung dengan isteri aku.

demikianlah kesahnya sekeping kad yang cantik dan menarik tapi telah koyak. faham sajalah kalau anak ramaikan. walau disimpan baik sekali pun, bila dijumpa oleh anak-anak, macam-macam boleh dibuatnya. banyak lagi kad raya ni.... sempat ke aku post kat danau ni sebelum syawal berakhir. harap-harap sempatlah ya di celah-celah kerja yang banyak ni. sebab selepas ini aku nak jilid semua kad itu menjadi macam buku. cuma masalah sikit sebab saiznya tak sama besar. mungkin tak berapa menarik dan cantik rupanya nanti. kalau tak buat macam tu, payah nak disimpan. ok lah, aku berhenti kat sini dulu dan jumpa di kad yang ke 34 pulak nanti. sekian... wassalam... daaa....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan