Isnin, 21 Februari 2011

amuk seorang bapak.


mengamuk??? itu baru sikit jek. entahlah tiba-tiba hari ini aku naik angin sikit bila melihat perangai anak-anak aku yang masih ada kat rumah ini. aku balik dari tanah sejuring lebih kurang pukul 12 suku, kemas-kemas van keluarkan apa yang patut dan aku pun ke triang untuk membasuh van yang dah berbulan comot dan berdaki. sambil tu aku sempat mengarahkan anak aku yang berada di luar rumah agar masuk ke dalam kerana hari tengah panas.

bila aku balik dalam pukul dua lebih, rupanya anak aku belum masuk ke rumah, malah sedang berenak-enak bermain games di rumah jiran yang selang dua pintu dari rumah aku. kelihatan isteri aku baru keluar dari rumah jiran tersebut atas urusan melagau...eh! silap.... memanggil anak-anak aku pulang. rupa-rupanya sepeninggalan aku tadi mereka belum masuk ke rumah lagi. puas panggil, tak nak balik, kata isteri aku sambil memegang sepuntung kayu berukuran sebesar ibu jari kaki. aku pun mengambil kayu tersebut dan memukul betis ahmad bilal abdullah sambil memimpin ahmad abdullah abbas yang belum sembuh benar dari demamnya. dan anak-anak yang lain pun turut masuk ke rumah.

tetapi ahmad bilal abdullah telah menjerit dan kononnya nak lari kerana tak mahu masuk ke rumah, aku cuba menghampirinya untuk mengajak masuk, sebaliknya ia lari, aku tak mahu membiarkan kerana nanti uminya akan bersiaran langsung untuk beberapa ketika. aku pun mengejar dan ahmad bilal abdullah semakin laju, aku pun turut laju sambil memegang kayu. mungkin kerana memikirkan aku dah hampir dengannya, ahmad bilal abdullah pun berhenti sambil aku memegang lengannya dan menghayun kayu lalu mengenai betisnya dan terpatah dua. namun setiap kali aku merotan atau memukul anak aku, aku pastikan aku dalam keadaan sedar iaitu aku memukul untuk mendidik dan bukan tujuan untuk mendera anak.

rupanya kejadian tersebut telah dilihat oleh jiran berbangsa india, kerana aku memukul anak di hadapan rumahnya. jiran tersebut bertanya: ada apa? aku hanya mengelengkan kepala sambil berkata: tak ada apa. malah jiran sebelah rumah aku pun tersenyum dan ketawa melihat kejadian tersebut sambil berkata sesuatu tapi aku tak mendengarnya. dan aku buat tak kesah saja kerana selama ini pun macam-macam cerita yang mereka hebohkan satu seri buntar kononnya aku ini garang dengan anak-anak, suka pukul anak, mengurung isteri tak beri bergaul dengan orang lain, malah aku balik ke seri buntar pun dikatakan kerana aku telah berbuat sesuatu yang salah semasa di perantau damai. ye ke aku buat sesuatu yang salah di perantau damai? cuba cari apa kesalahan yang aku telah buat di sana dan senaraikan serta laporkan ke pada pihak polis. memang aku mencabar!!!!

kadang-kadang aku tak tahan jugak bila isteri aku mengadu itu dan ini, macam-macam diorang katakan tentang aku dan keluarga aku. alhamduliLLah aku masih boleh bersabar dan menasihatkan isteri aku supaya jangan ambil kesah apa yang orang katakan sambil mengingatkan isteri aku: kita makan bukan mintak dengan diorang, kita mintak dengan Allah, lantaklah apa orang nak kata bukan mendatangkan kudis pun pada kita. memang aku paham sangat tebiat dan perangai orang melayu ni, suka mereka -reka cerita dan melihat orang lain bergaduh terutama suami isteri. sehinggakan isteri aku bekerja di kantin sekolah pun, diorang ingat kerana telah bergaduh dan ada masalah dengan aku. apa diorang fikir kalau aku tak ada duit, diorang nak kutip derma ke bagi pada ku? janganlah mencabar kesabaran seseorang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, ini kan pulak aku yang.....

jiran-jiran aku bolehlah kata itu dan ini, anak mereka tak ramai tiga orang, empat orang tapi aku lapan orang mana nak sama dengan diorang. itu pun aku lihat didikan yang diberikan pada anak-anak mereka tak lah sempurna sangat, cuma gaya saja yang lebih. aku akui, aku bukanlah seorang yang sempurna, sebab itu orang selalu berkata: ayah ustaz, tapi anaknya...... macam-macam yang orang katakan. terserahlah pada ALLAH untuk menilai kualiti hidup aku dan keluarga aku. aku hanya berserah pada Yang Maha Esa.

berbalik pada cerita tadi, aku pun masuk ke rumah sambil membuat siaran langsung apa yang patut untuk menyedarkan anak-anak aku dan membuat beberapa libasan tali pinggang kepada kaki dan betis ahmad abdullah azzam. nasib baik talipinggang dioarang, kecil dan nipis, kalau talipinggang aku agaknya mahu berjalur-jalur kesan yang berbekas. aku bukan tak bagi anak aku berkawan tapi biarlah betul pada masanya. dah tengah hari duduk bermain games dan makan nasi di rumah orang, itu yang aku naik angin, uminya panggil asyik dijawab sekejap lagi, sekejap lagi. bila balik bapaknya baru diorang tahu, dah tak ada sekejap lagi dah, terus mendapat habuan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. tindakan aku melampau? keterlaluan? mungkin berbagai tanggapan dari pihak yang membaca catatan ini, tapi bagi pihak aku, aku wajar memukul anak aku sebagai peringatan kepada mereka agar menghormati ibu yang memanggil mereka pulang dan patuh kepada nasihat dan arahan orang yang lebih tua dari mereka.

aku masih ingat semasa aku kecil dulu-dulu pun, sering jugak dirotan oleh ayah aku kerana selalu bermain-main dengan sepupu di rumah Allahyarham tok aku sehingga lupa nak balik makan nasi dan mengaji. malah adik-adik aku juga begitu, tapi alhamduliLLah sehingga kini aku tak pernah berkecil hati pada ayah atau emak aku, sebaliknya aku bersyukur kerana memiliki ibu dan ayah yang terlalu amat mengambil berat tentang masa depan anak-anak mereka. jika dibandingkan dengan orang lain yang keluarga mereka lebih senang dari keluarga ayah aku, tak lah malu jika dikatakan adik beradik aku lebih berjaya dari keluarga mereka. bukanlah niat untuk meninggi diri tapi sebagai iktibar, kenapa kita terlalu takut untuk merotan anak?


*maaf, dah hampir pukul tiga pagi, aku perlu tidor dulu. oh, ya! cpu yang terbakar dulu dah dapat gantinya. tapi menurut isteri aku: kenapa dapat yang buruk tak macam yang dulu? biasalah orang perempuan memang macam tu agaknya, ada saja yang tak puas di hati mereka... hahahah....
wassalamu.

Isnin, 14 Februari 2011

ada RM450.00?.....

GAMBAR BUKTI:




INILAH RUPA CPU YANG TERBAKAR KETIKA AKU SEDANG TIDUR.



TIBA-TIBA ANAK AKU DATANG MENGEJUTKAN DAN BERKATA ADA MASALAH: KOMPUTER BERASAP!!!!!!


AKU BANGUN DAN MEMANG BERASAP! BEBERAPA SAAT KEMUDIAN DI DALAM CPU ADA WARNA MERAH YANG MENUNJUKKAN API DAH MULA MENYALA DAN AKU DENGAN PANTAS MENGAMBIL KAIN BASAH DAN MENEKUP SERTA MEMADAMKANNYA. ALHAMDULILLAH BERJAYA DIPADAMKAN TAPI INILAH RUPA CPU ITU. TERAMAT CANTIK SEKALI WAJAHNYA YANG CUN MELECUN !!!!!!



INI PULA GIGI RONGAK LAPTOP AKU YANG DI CUNGKIL OLEH BUAH HATI AKU.!!


INILAH RUPA LAPTOP AKU SEBELUM GAMBARNYA HILANG ENTAH KEMANA TANPA SEMPAT AKU MENGEJARINYA DENGAN RM!!!!!!!!!

assalamualaikum....

aku baru dapat sms dari active technologi, yang mengatakan laptop aku tu memang bermasalah motherboard dan aku nak repair ke. aku jawab tak nak sebab belum ada baget lagi. kosnya cuma rm 450.00. tapi di tengah bulan ini manalah aku nak cekau duit sebanyak itu. beberapa kali air mata jantan aku berlinangan pada bulan ini bila anak-anak aku yang duduk asrama meminta belanja untuk itu dan ini. sehinggakan isteri aku yang seorang surirumah sepenuh masa terpaksa bekerja di kantin sekolah untuk membantu aku dari segi kewangan. aku amat terharu dengan kesudian dan kesediaan beliau untuk sama mencari sedikit belanja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

laptop tu bukan aku tak sayang, tapi aku lebih sayang pada keluarga aku. biarlah dulu dia berehat kerana aku telah menggunakannya sejak dari tahun 2008 untuk kegunaan pru 12 lagi, dan sememangnya aku perlu laptop itu kerana aku jugak ketika itu seorang guru data yang menggunakan notebook kpm tetapi telah terlalu slow dan teramat melambatkan kerja aku. untuk kegunaan kerja seharian dan kerja-kerja parti aku telah membeli secara ansuran dari active technologi. dah habis bayar pun. bila dah habis bayar bermakna dah habis warrantinya. terpaksa tanggung semua.

aku update blog ini menggunakan pc dalam bilik aku di pejabat sekolah. salah atau mencuri masa kerja. itu urusan aku, asal jangan semua kerja aku terbengkalai sudah dan siap seperti adanya. cuma aku agak terkilan bila aku difikirkan sebagai "dirty minded". aku bukan maksum dan bukanlah terlalu baik tanpa dosa dan noda. tapi aku manusia biasa yang juga hamba Allah yang lemah, sebagai hamba Allah perlulah kita sentiasa membaiki diri dengan sentiasa menghampirkan diri pada Yang Maha Khalik untuk kesejahteraan hidup sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

cukup untuk posting kali ini, jangan lebih-lebih jugak nanti orang baca menyampah. hahaha... ok wassalamu.

____________________________________________________________________


inilah wajah buah hati aku yang menjadi penyeri seharian setelah kakak-kakaknya berhijrah ke asrama. hilang segala keletihan bila melihat ia ketawa dan bermain dengan ceria.

Isnin, 7 Februari 2011

bertimpa problem...

assalamualaikum...
aku dah lama tak update blog aku kerana:

1- laptop aku tak tahu kenapa tak keluar gambar. bawak pergi azam suci, dia orang kata antara du sebab- pertama mungkin motherboard rosak. kalau nak bela atau tukar kosnya 850 lebih. kedua mungkin kad grafik dia rosak. kalau di tukar 350 lebih. dimanakan ku cari ganti serupa dengan mu!

2- pc yang ada di rumah aku, cpu nya baru berusia 2 bulan lebih tapi telah terbakar dan mengeluarkan api. syukur alhamdulillah aku sempat dan dapat memadamkannya.

kesimpulannya semua dah tersimpul. tunggulah aku dapat baget dari langit akan aku bukak simpulnya itu.
sekian dimaklumkan. wassalamu.

Jumaat, 28 Januari 2011

hujan oh hujan...

assalamualaikum....

hujan yang turun bagaikan aya' mata, berkilau bersinar dan bermacam-macam lagi. aku sejak dari jaman kecik-kecik memang suka main hujan. ada masanya kalau ada kesempatan dan peluang serta jika mood mak aku baik, aku akan mandi hujan bersama adik dan sepupu aku di hujung salor atap rumah arwah wan dan tok aku di kerayong. cukup seronok dan mengembirakan sekali. tapi itu dulu-dulu.

tapi hari ini hujan dengan irodah Allah telah membantutkan perancangan aku untuk mengadakan latihan perbarisan dan lintas hormat serta raptai penuh. itu no hal lah, sebab kuasa Allah siapa yang dapat mengatasinya. semua kehidupan di atas muka bumi ini tunduk dan takluk di bawah pemgawasanNya. sepatutnya, sebagai hamba kita mesti bersyukur kerana Allah masih lagi menurunkan hujan sebagai rahmat untuk setiap insan.

hujan menyebabkan banjir? itu hak Allah sebagai ujian dan cubaan kepada manusia di atas perlakuan mereka dalam menjalani kehidupan. bukan hak manusia untuk marah dan mengeluh dengan bencana yang menimpa kerana apa yang berlaku adalah di sebabkan tangan-tangan manusia yang durjana.

maaf, aku terpaksa mengakhiri khutbah jumaat yang ringkas ini kerana sekarang adalah waktu balik bagi sk kemayan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. dan sebagai seorang lelaki muslim sejati aku akan menunaikan solat jumaat seperti biasa. cuma tak tahu lagi di masjid mana kerana aku akan ke temerloh atas beberapa urusan. di masjid pang senamkah atau di masjid-masjid yang lain bergantung kepada keizinanan Allah jua. begitulah adanya kehidupan ini.

Sabtu, 22 Januari 2011

rimau...ehh.! rimup la..


assalamualaikum....
malam tadi aku macam biasa agak lewat merebahkan badan. aku merayau ke sana dan ke sini. singgah di sana dan singgah di sini. mengusik sikit-sikit dan ketawa yang lebih. akhir sekali aku disapa oleh sipanjang yang aku sengaja buat tak tahu. sembang-sembang dan cincau, cau..cau.. aku pun rebah setelah menguruskan anakanak aku yang tidor merata-rata.

di pagi hari bangun macam biasa juagak, tapi taklah kelam kabut kejutkan anak, sebab hari ini hari sabtu, cuti. setelah mengurus sedikit rumahtangga, aku berkejar ke sk kemayan pada pukul 8.10 pagi untuk program rimup zon kemayan yang melibatkan 3 buah sekolah: sk kemayan(tuarumah), sjkc kemayan dan sjkt kemayan. program bermula pada pukul 8.30 pagi dan aku tiba tepat pada waktunya. tapi itu bukan slot aku, slot aku ialah sukaneka pada pukul 9.30 atau lewat sedikit.

ok, beres separuh sukaneka, berhenti rehat dan disambung pada pukul 11.00 pagi. tak sempat aku ambil gambar lari dalam guni kerana melayan gb aku bersembang di kantin. hanya sempat lari tarik upih sahaja yang diiringi dengn gelak ketawa. habis sukaneka makan t/hari. tapi aku tak pegi kerana melayan mukabuku dan bersembang dengan kawan lama aku yang jauh di seberang laut china selatan. sebentar tadi habil talipon ajak makan, gb tengah tunggu, ok! aku jawab. tapi tak turun lagi. kemudian isteri dan anak aku pulak yang talipon, bertanya itu dan ini, aku pun jawab itu dan ini.

sekarang anak-anak rimup sedang riuh rendah menunggu pukul 2.00 untuk agenda seterusnya. tapi aku masih lagi menaip catatan ini setelah kawan di seberang mengoffkan dirinya. hahaha...mengoffkan diri, bahasa apa tu, lai...
ok lah, aku nak pergi makan sebelum solat zohor pada pukul 1.22. rasanya sempat lagi kalau makan ni. babai...

Ahad, 16 Januari 2011

silakan tutup...



assalamualaikum....

nak tutup? tutuplah aku peduli apa... biar pun aku masih baru dan masih lagi terkial-kial nak mengemudinya, aku tak heran langsung dan tak kan bersedih hati atas penutupan kamu itu. tutuplah itu hak kamu. tutup serapat yang mungkin dan jangan cuba-cuba atau mengada-ngada ada niat nak membukanya kembali nanti. memang aku belum puas lagi kerana masih banyak atau ramai lagi orang yang aku belum dapat kesan. tapi tak mengapalah, tak kuasa aku nak merayu-rayu atau cemburu kerana aku sendiri mempunyai laman web sebelum kamu meletop dengan mukabuka kamu itu.

tapi aku hairan kenapa ia tak dilakukan sekarang atau besok. lebih cepat kan lebih bagus. tentu ramai yang bersetuju dengan aku yang tak berapa reti ini. dengan ujudnya kamu bermacam perkara yang aku dengar dan aku tahu. bukan sedikit yang menderita kerana kamu. ada yang terpaksa berendam air mata kerana menanggung sengsara. cuma yang tetap aku fikirkan kenapa 15 mac tidak tarikh lain. itu semua hanya kamu sahaja yang tahu. aku mula menyimpan prasangka terhadap kamu. mungkinkah kamu mempunyai agenda yang tersembunyi yang hanya kamu sahaja mengetahuinya. walau apa pun kita semua tunggulah tarikh itu nanti apakah yang bakal berlaku. apakah manusia akan menjadi gila dan sasau kerana ketiadaan kamu.

Isnin, 10 Januari 2011

apa aku merepek ni....

assalamualaikum....
beberapa perkara masih belum beres, tapi insyaAllah akan beres juga. antaranya mesyuarat persediaan sukan tahunan, perancangan program tahunan surau taman triang maju, semakan daftar pemilih upu padang luas serta senarai peralatan sukan yang nak dibeli pada tahun ini. nak pergi tempah medal dan piala. rabu ni start latihan merentas desa. pisang kat kebun tanah sejuring belum habis diterangkan lagi. pagarnya masih lagi belum selamat. perlu ditambah tiangnya biar rapat sikit supaya senang puyuh berlari-lari dan payah lembu menari-nari. aku mesti habiskan jugak atau membereskan proses pembukuan kegampangan yang dah melangkau tahun tergendala kemajuan projek tersebut. nak aku biarkan saja, bukan prinsip dan bukan kegemaran aku. tapi ini sedikit sebanyak agenda yang perlu aku bereskan setelah liverpool tewas tipis 1-0 kepada setan merah. walau kalah aku tetap tabik pada pengurus baru dan barisan pemainnya termasuk gerrad yang dibuang padang. nampak sangat setan tersebut hanya bergantung kepada penalti untuk menang. itu pun nasib baik masuk. tapi kalau fahmi, mungkin tak masuk kot.
semakan daftar pemilih??? ya, semakan daftar pemilih. dah daftar ke, belum? kalau belum jom pergi daftar. pru dah tak lama lagi. kalau nak tengok be end berkubur perlulah berkerja kuat. bukan bergebang kuat. aku memang tak sempat nak nak menyiapkan semakan buku daftar tersebut. mesti saha banyak kali bersungut agaknya. tapi jangan bimbang sebab ia masih dalam kepala otak aku lagi. bermakna ia masih boleh disiapkan sebelum pru 13.
oh! ya. minyak hitam ada ke lagi nak buat garisan padang bolasepak dan bola jaring. sukan pun nak guna minyak hitam jugak. aku ingat motor dan kereta saja yang guna minyak hitam tapi padang pun guna. tapi tak apa nanti shahriman boleh uruskan. yang lama lebih karnival permainan ada lagi tapi tak cukup. dapat dua tiga tong, ok lah agaknya.
hari tu, beberapa kali anak-anak aku yang duduk asrama, buat panggilan, tapi nasib baik bukan panggilan kecemasan. cuma sekadar panggilan bertanya khabar dan itu dan ini. macam mana agaknya ahmad kamal abdullah duduk asrama. tapi bila difikirkan semula. aku tak lah lorat sangat sebab aku dulu pun lepas sekolah rendah, duduk asrama jugak. ok, apa tak ada cacat cela pun. cuma aku saja yang membuat cacat cela. tapi itu cerita underground. tak perlu cerita kat sini.
oh, ya sabri ada talipon. tapi aku tak angkat sebab aku tak dengar. bukan lah aku pekak tapi volume dia memang tahap minima. mungkin telinga semut pun tak dengar agaknya. pertama dulu dia call, ajak pergi hospital nak melawat zaid kat bilik bersalin, hahaha... ini bukan kelakor tak payah lah nak gelak. orang tu sakit awak buat lawak pulak. kali kedua semalam, lepas pergi asrama seri bera. aku nampak dah kereta dia tapi bayang dia pulak aku tak nampak. jadi aku ingat jeling-jeling, pusing-pusing tak nampak lagi. aku pun baliklah dan singgah dia rumah mak dan ayah aku sambil mengutip beberapa bijik kelapa. kelapa mahal sekarang ini. sebijik dua ringgit lebih. minyak pun dah makin mahal sekarang, aku ingat tak lama lagi satu dasar akan dibuat oleh pemerintah iaitu dasar kongsi kereta macam yang pernah dibuat dulu-dulu. tapi semuanya indah kabar dari rupa sebab semuanya rupa penipu belaka.
aku ingat dan aku pun dah berfikir aku nak berhentilah dulu merepek ni sebab tak lama lagi aku nak bentang kertas kerja di persidangan bangsa-bangsa bersatu sk kemayan. waktu dan tarikhnya pada hari ini 10 januari 2010, eh silap 2011 lah tepat jam 1.35 petang. jadi terpaksalah aku berundur diri dari medan perepekan ini buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siaran azan zohor yang akan berkumandang sebentar lagi.
sekain,, eh sekian terimalah kasih kepada yang dah membaca tulisan ini. tapi ini bukan pedooh, cuma cakap terus terang saja supaya senang nak paham, bukan pak hang. eh, berapa banyak eh da, aku berenti dulu ya.
wassalamu, hingga bertemu jangan jemu.

Sabtu, 8 Januari 2011

koppers forever....



Liverpool Pecat Hodgson, Kontrak Dalglish.

Terima Kasih Hodgson.

Saya Sedih Gagal di Liverpool.

Dalglish Bawa Kebangkitan Liverpool.



Isnin, 3 Januari 2011

Bunga Padang Pasir

Kau mekar di hatiku umpama
Sekuntum bunga di padang pasir
Kau adalah musafir dahaga
Seteguk kehausan cintaku

Di dataran kering kontang
Tanpa ada penghuni asing
Namun kau bunga ku
Subur mekar di jambangan

Kini kau merayuku dahagakan
Seteguk air bagai musafir
Di padang pasir

Hanya cintaku
Pelepas dahagamu
Terdengar mesra rintihan
Menjerit dalam kehausan.

sofea.

*istimewa untuk isteriku.

bahana bermukabuku...


assalamualaikum.....

waktu sekarang menunjukkan pukul 2.05 pagi. aku tak tahu pukul berapa aku akan tidor. kerana hari ini adalah hari rabu, hari pertama persekolahan sesi 2011 bagi negeri pahang dan yang sewaktu dengannya. aku agak excited, bukan kerana tak sabar nak ke sekolah. tapi oleh kerana aku telah mencari beberapa nama anak murid aku semasa di srb agama lawas. lawas lagi!!! jangan jealous atau kata aku mengada-ngada. dan aku telah melihat beberapa keping gambar perkahwinan anak murid aku malah ada seorang yang kini telah menetap di kuala terengganu.

sekian thank you. aku nak tidor dulu.

*kata je nak tidor , tapi laptop pun belum di"shutdown" lagi.

Isnin, 27 Disember 2010

menanti azan.

Ada rasa yang membara
ada rasa yang berduka
ada rasa yang cemburu
ada rasa yang diburu.

Pada masa yang berlalu
pada masa yang tak tahu
pada masa yang begitu
pada masa yang menunggu.

Rasa masa yang lambat
rasa masa yang cepat
rasa masa yang gelap
rasa masa yang pekat.

Masa rasa semua sihat
masa rasa semua hebat
masa rasa semua singkat
jangan terperangkap dalam zulmat.


b.tan
12.55 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

memerhati diri.

Aku memerhati
hilir mudiknya manusia di jalanan
berbagai arah berbagai tujuan berbagai ragam.

Mereka tak perasan
aku yang membatu
bisu yang bukan kelu.

Aku memerhati lagi
berbagai warna berbagai corak
berbagai lagak berbagai bongkak.

Mereka tak tahu
aku sedang memburu
pada waktu yang lambat tapi cepat berlalu.

Aku masih memerhati
pada pergolakan proses hidup ini
mencari impian hati semua perlu berhati-hati
mencari sedikit rezeki usah digadai maruah diri.

Dalam pemerhatian ini
makin banyak ku mengerti
meski pilihan ada di muka
kita sering juga lupa
bahawa hidup yang sarat ini
bisa saja menjadi jerat.

Aku terus saja memerhati
pada jerat yang dipasang sendiri
antara sedar dan tak peduli
aku juga sedang diperhati.


b.tan
12.47 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

tengkujuh.

Angkat pukat yang dulu penuh sarat
sidai di jemuran untuk disulam kekalutan
tataplah dada laut yang penuh warna gelora
ini saat untuk kau berehat
melepas lelah tapi usahlah kau gundah
bot di air jangan biar pecah
kelmarin melanda angin lintang yang garang
menerpa wajah yang mulai cemburu
pada hempasan gelombang di laut.

Jika kau tahu
itu isyarat alam jua cemburu
kerna kau pura-pura tak tahu
hidup ini makin hampir ke hujung waktu.


b.tan
12.19 am
12.12.2010
dataran mab, temerloh.

Selasa, 21 Disember 2010


assalamualaikum...

aku masih lagi berfikir sama ada akan menyambung entri kembara ziarah atau cukup setakat apa yang dah aku post kan. kalu ada kelapangan insya Allah aku akan sambung kerana gambar masih banyak lagi yang boleh dipaparkan. cuma masalahnya size agak besar dan memang menganggu paparan.

apa pun aku sekarang berada di temerloh, menanti anak sulong aku tuisyen. kelas habis pukul 3 petang. sekarang baru pukul 11.33 pagi. bateri dah nak habis. charger pulak tertinggal kat rumah. nampaknya terpaksalah aku menghabiskan masa kat perpustakaan temerloh atau kedai buku al-hidayah.

sekian, dimaklumkan. wassalam.

Khamis, 16 Disember 2010

kembara ziarah 2.



Photobucket


sedang isteri dan anak-anak aku sibuk memberi salam, sempat aku megambil gambar rumah pakteh mod untuk kenangan. tak tahu bila lagi kami akan ke sana. jika panjang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa, insyaAllah kami akan berkunjung lagi.

Photobucket

inilah dia kehijauan sawah padi di hadapan rumah pakteh mod, tenang dan mendamaikan. ia milik pakteh mod sendiri tapi diusahakan sepenuhnya menggunakan mesin.


Photobucket

dari mula membajak sehinggalah menuai, mesin digunakan.


Photobucket

jika tidak ada aral, insyaAllah bulan satu nanti akan dapatlah dituai hasilnya. tapi oleh kerana segalanya mesin, tuan tanah hanya cuci tangan dan dapatlah hasil wang setelah ditolak upah mesin jentera. tak tahulah berapa. tapi kata isteri aku dalam ribu-ribu jugak untuk satu musim. kalau setahun, dua atau tiga musim? cukuplah untuk belanja selama setahun agaknya.


Photobucket

setelah siap bersarapan, pakteh mod mengajak kami ke rumah "nenek kebayan"- duduk bertudung hitam. disebelahnya ialah isteri pakteh mod. nenek ini ialah adik beradik pakteh mod satu emak.


Photobucket

sebelum ke rumah pakcik shap, sempat lagi pakteh mod berseloroh dengan adiknya tu.


Photobucket

apa lagi agaknya yang dijengok oleh pakteh mod. oo! nak buang air rupanya kat tandas di belakang rumah tu.

Photobucket

antara pemandangan di perjalanan ke rumah pakcik shap. banjaran gunung jerai tu!
Photobucket

inilah dia mahligai kepunyaan pakcik shap, bekas kakitangan pejabat hutan zon kedah/perlis. tapi itu cerita dulu-dulu. oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku mengambil peluang untuk berbaring dan melelapkan sekejap mata aku sebelum di kejutkan untuk makan tengahari.


Photobucket

setelah selesai makan dan solat zohor serta jamak asar, anak aku mula sibuk nak ke tanjung dawai. tapi sempat lagi berposing di atas tangga rumah tokciknya tu.

Photobucket

tapi sebelum pergi, perlu di kemas dulu van dan bawa masuk beg-beg semua ke dalam rumah pakcik shap. kerana kami akan bermalam di sini nanti.

Photobucket

anak aku- ahmad abdullah azzam(baju oren), siti nur aisyah dan ahmad kamal abdullah.

Photobucket

bangunan arked tanjung dawai yang menempatkan peniaga-peniaga yang menjual hasil laut terutama ikan masin, ikan bilis dan berbagai lagi.


Photobucket

di pantai tanjung dawai- ahmad bilal abdullah dan siti nur aisyah. nun jauh di seberang sana ialah pantai merdeka. tak kan tak ingat lagu cinta pantai merdeka nyanyian kumpulan jinbara.

Photobucket

sebelum pulang ke rumah pakcik shap, kami singgah di kedai ini untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik nanti.

Sabtu, 27 November 2010

kembara ziarah 1.....



perjalanan berjala lancar. suara anak-anak aku berselang seli dengan suara dj radio ikim yang kebiasaannya menemani perjalanan aku ke sekolah pada setiap pagi. sedar tak sedar hampir pukul 10 malam aku pun membelok ke hentian rehat rawang untuk makan malam. aku terpaksa melayan kerenah anak-anak di tempat awam, maklumlah anak aku ramai lelaki dan masing-masing tengah nak membesar. terpaksa banyak bersabar dan bertimbang rasa dengan mereka.


11.30 malam aku memulakan semula perjalanan menuju ke utara. anak-anak aku masih lagi ceria dan masing-masing bercerita tentang kisah lama, kisah pada tahun 2004 ketika kembara ziarah menggunakan kereta nissan sunny. disamping mengunjungi bapa saudara isteri aku, kami juga memenuhi undangan dari ngah melah(kakak isteri aku yang satu ayah). aku tetap lagi boleh bertahan dan belum mengantuk.

tetapi tak lama, kemudian pukul 12 lebih aku mula berasa lenguh dan terpaksa membelok untuk masuk ke kawasan rehat tapah. aku pun merebahkan kusyen dan bercadang untuk lelap seketika. namun, anak-anak aku yang masih cerah mata mereka kerana telah puas tidur pada sebelah siang tadi sering menganggu aku. tak kala aku nak terlelap, ada saja suara yang terjerit atau ketawa memecah sepi. akhirnya aku terpaksa bangun dan memulakan semula perjalanan pada pukul 2 pagi.

setelah mengisi minyak di stesen petronas yang berhampiran, aku pun memecut menuju ke utara. setelah letih bercerita dan bersembang berbagai perkara, anak-anak aku mulai senyap dan akhirnya sepi. tinggallah aku bersendirian meneruskan pemanduan. bila aku jeling kepada isteri aku disebelah, rupanya ia masih belum tidur dan adalah teman aku untuk berjaga.

sedar tak sedar kami telah sampai ke ipoh dan aku dapati ada perubahan laluan dan lorong yang telah berlaku. berbeza sedikit ketika aku melaluinya dahulu. dan bermulalah proses pendakian di kawasan jelapang yang sepi, hanya sekali sekala kereta yang laju memintas van aku. dan bosan pun melanda kerana gelombang sinar fm telah hilang. isteri di sebelah aku lihat mulai terlentok ke kiri. tak boleh jadi, aku pun menekan punat untuk mencari siaran radio sambil menumpukan pemanduan menuruni laluan yang basah selepas hujan. tak tahu siaran apa yang jelas, aku pun menguatkan volume dan kedengaran lagu cina: mungkin sally yeh agaknya, kata aku dalam hati. aku pun membiarkan saja dan tak menukar ke siaran lain. lagu bertukar lagu aku masih juga terus memandu melintasi sungai perak memasuki kawasan kuala kangsar hingga ke taiping.

ok jugak, malam-malam dini hari dengar lagu cinta cina walau tak faham sepatah pun. sedang aku asyik melayan lagu cina, tiba-tiba isteri aku berkata: lagu apa tu bang? lagu sally yeh, kata aku penuh konfiden sambil ketawa kecil. ye lah tu, katanya lagi. iya, kata aku menyakinkannya. rupanya lagu cina yang mendayu-dayu itu telah mengejutkan isteri aku. tukarlah, katanya lagi. buat apa pulak, biar sajalah, siaran lain bukannya dapat, kata aku pula. ia terdiam. sebenarnya aku malas nak cari siaran lain kerana ia akan menganggu penumpuan aku semasa memandu.

walau badan masih terasa ok dan mata pun belum letih, cuma dua tiga kali jugak aku menguap. lalu aku mengambil keputusan untuk berehat di hentian sebelah alor pongsu yang sunyi sepi dan agak gelap. ada beberapa buah kereta dan lori yang turut sama berehat. di atas bangku di bawah pondok beberapa meter dari van aku terdapat seorang lelaki sedang lena diulit mimpi berselimutkan jaketnya. berhampirannya ada sebuah motor, mungkin milik pemuda itu agaknya. sedang aku terkelip-kelip, isteri aku bersuara memecah sunyi. di mana ni, bang, tanyanya. alor pongsu, jawab aku ringkas. abang ngantuk ke?, tanyanya lagi. tak, cuma nak rehat sekejap, dah tiga jam lebih derebor(memandu), jawab aku memberi sebab kenapa aku berhenti. jalan sajalah, sunyi jek ni, nyamuk pun banyak, katanya lagi. sekejap jek, kata aku. jalanlah, bimbang ada apa-apa karang, katanya mendesak aku supaya meneruskan perjalanan. ye lah, ye lah, kata aku pula agak kuat kerana terpaksa menghidupkan kembali enjin van dan meneruskan perjalanan dengan hati yang berat.

untuk menghilangkan bosan, aku pun mencari siaran lain kerana siaran lagu cina tadi telah tak sesuai, jam telah menunjukkan pukul lima lebih. aku tak tahu siaran apa dan membiarkan saja ia berbunyi. tahu-tahu aku dah pun hampir ke persimpangan jambatan pulau pinang. suasana jalanraya lengang. tapi destinasi aku masih jauh iaitu sungai petani. cuma aku mulai cemas dan ragu, sama ada sungai petani selatan atau utara yang aku harus ambil untuk keluar dari lebuhraya ini. tanya kepada isteri pun ia tak ingat. fikir punya fikir aku ambil keputusan untuk keluar di persimpangan sungai petani selatan. sebab kalau silap pun, aku masih boleh terus ke utara. jika keluar di utara pulak, bermakna aku terpaksa berpatah balik ke belakang. untuk mendapat kepastian aku bertanya kepada jurutol yang bertugas. menurutnya jalan ini boleh terus ke merbok dan tanjung dawai.

aku berasa lega dan lapang kerana tak lama lagi akan sampai ke tempat yang di tuju. jalan punya jalan masih belun sampai. subuh pun telah lama masuk waktunya. aku pun mulai suspen kembali. pada tahun 2004 dahulu, abang ipar aku ombong kasim yang tunggu di persimpangan. tapi tahun ini ia ke mekah menunaikan haji. jadi aku tawakkal sajalah. sambil memandu sambil mata aku liar mencari masjid atau surau tapi langsung tak kelihatan bayangnya apatah lagi papan tanda yang menunjukkan terdapat masjid atau surau. kena bagi tahu ustaz azizan ni, kata aku. sape ustaz azizan?, tanya isteri aku. menteri besorlah, kata aku sambil tersengih.

dalam rasa cemas tapi yakin akan tetap sampai akhirnya terlihatlah papantanda menunjukkan ke arah muzium arkeologi lembah bujang. hah, jumpa pun, kata aku gembira dan isteri aku pun mulalah berkata dulu tak macam ni, tapi sekarang dah banyak berubah. tak sampai setengah jam kami pun melintas di hadapan sebuah kilang papan yang jelas mengingatkan kembali ingatan aku tentang jalan tersebut dan menunjukkan kami telah pun berada hampir dengan simpang ke rumah pakcik shap(shafei). tapi aku bercadang nak ke rumah pakteh mod(mahmod) dulu. namun aku mesti cari masjid dulu kerana jam dah pun menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi dan aku sekeluarga belum bersembahyang subuh lagi.

beberapa meter di hadapan terdapat sebuah masjid, tetapi aku terlangsung dan terpaksa membuat pusingan u serta membelok masuk ke kawasan masjid al-u'ula atau al-aula, kalau tak silap aku. kedengaran beberapa suara sedang membaca al-quran. aku pun masuk dan bertanya setelah bersalaman dengan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan pakteh mod. alhamdulillah, lelaki tersebut memang mengenali pakteh mod dan menyatakan rumahnya tak jauh, tak sampai setengah kilometer dari masjid.

setelah mengucapkan terimakasih dan membetulkan parking van, aku mengarahka anak-anak aku mandi dan sembahyang subuh. aku pun turut sama mandi dan menunaikan fardu subuh walau terlewat dah habis waktu subuh. selesai semua urusan membersihkan diri dan solat subuh, kami sekali lagi meneruskan perjalanan menuju ke rumaj pakteh mod yang terletak di singkiak darat(sebenarnya singkir darat) dan berhampiran dengan kaki banjaran gunung jerai. sebelum masuk simpang rumahnya, isteri aku mencadangkan kami membeli makanan untuk sarapan di rumah pakteh mod nanti.

aku bersetuju saja dan terus ke kawasan gerai yang terdapat di persimpangan menuju ke pendang. dahulu kawasan gerai itu belum ada lagi. aku membeli enam belas bungkus nasi lemak yang berharga sebungkus cuma enam puluh sen sahaja. kami tiba di rumah pak teh mod dalam gerimis yang nyaman dan disambut oleh pemandangan sawah padi yang sedang menghijau tapi mendamaikan. terasa segar badan disapa bayu lembut yang membelai wajah-wajah ceria. isteri dan anak-anak aku bersahut-sahutan memberi salam kepada tuan rumah. dan aku memgambil peluang untuk merakam beberapa gambar sebagai kenangan kembara ziarah pada kali ini.
*eh,eh, bersambung lagi.

Rabu, 24 November 2010

qurban dan kembara ziarah...

20 november 2010- hari ini jawatankuasa badan kebajikan taman triang maju dengan kerjasama jawatankuasa surau taman triang maju telah mengadakan majlis qurban dan aqiqah. dua ekor lembu telah disembelih oleh abang hashim dari seri buntar. pada tahun ini aku hanya masuk satu bahagian saja. hampir pukul 12 semua urusan mengagihkan daging qurban selesai cuma menunggu masakan saja siap untuk dinikmati bersama. aku balik ke rumah pada pukul 1.45 untuk berehat sekejap sebelum datang semula utuk bergotong royong pada pukul 3 petang. tapi bila aku sampai, aik! dah clear. dan kelihatan kamar, zaidi, zahar dan abang tumin sedang bersembang di bawah khemah. kelihatan juga asap api yang tinggal bara saja lagi. dah siap dah, ustaz, kata abang tumin sambil tersenyum. aku pun turut tersenyum. sememangnya sebelum balik tadi dah dibersihkan cuma belum siap sepenuhnya. aku pun turut tompang sama bersembang sambil merancang aktiviti surau untuk tempoh yang terdekat ini seperti program awal muharam dan memasak bubur assyura. juga utk menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke surau. 3.45 petangaku pulang dan berbaring untuk meluruskan pinggang kerana aku ada satu lagi program yang akan bermula pada pukul enam nanti.

pukul 6.15 petang, setelah semua persiapan siap dan memastikan keadaan selamat untuk perjalanan, aku pun menghidupkan enjin dan bermulalah kembara ziarah aku sekeluarga. berhenti di stesen petronas kerayong untuk mengisi minyak dan membeli beberapa buku roti krim sebagai bekalan sebelum makan malam.

memang kalau memandu di waktu malam, mood aku agak slow tak laju. sebab itu agak lambat sampai di hentian rehat lancang untuk solat jamak maghrib dan isyak. tapi bila dah siap solat dan buang apa yang patut di buang, aku pun mula bersemangat untuk menekan minyak. cuaca pun baik, bulan terang benderang, maklumlah malam 15 zulhijjah. anak-anak aku pun semuanya ok, ceria saja nak pergi berjalan... (to be contineu next week)

Khamis, 18 November 2010

jalan-jalan santai... 2.


sedang aku bersiap nak mengambil wudhuk, datang seorang lelaki yang memang aku sangat mengenalinya. abdul shukor bin mohamad. berasal dari maran dan satu rumah sewa dengan aku semasa bersekolah di smu tengku ampuan fatimah. kini beliau berkhidmat di kolej teknik jengka. agak lama juga aku tak berjumpa dengannya. kali akhir dua tahun yang lalu semasa mesyuarat agung koguru di dewan tun razak, temerloh.

beliau seperti tak percaya bila aku kata anak aku lapan orang. pedooh, mu bob! katanya. aku hanya akan gelak seperti biasa, seperti masa masih lagi berada dirumah sewa di kampong panchor, pekan. maklumlah zaman remaja dengan berbagai ragam. bersama shukor, kadri, arwah yeh, arwah mustapha sidek, sanupi, pie, nazli, awie, sanusi dan kadang-kadang disertai oleh saudi, seolah-olah rumah sewa seperti rumah kami sendiri. menjelang dini hari , rumah sewa kami masih lagi riuh rendah, kononnya study tapi yang pasti bersembang yang lebihnya. itu hanyalah antar kenangan yang indah dalam hidup aku.

sedang aku bertanya khabar dengan shukor, datang seseorang lagi dan terus mencekak janggut aku yag dah nampak macam janggut ahli jemaah tabligh. aku tak terperanjat pun kerana aku juga mengenalinya. abdul nasir bin ..... aku tak ingat dah! dan suasana menjadi maki meriah. maklumlah si nasir budak kampong jengka berhampiran simpang chenor. semasa aku tingkatan satu, dia masuk al-khairiah untuk tingkatan empat. pernah bermain bola menggunakan kasut but berjenama JL- jenis lama. satu asrama mengutuknya.

rupanya beliau dalam perjalanan ke tanjong malim untuk majlis konvonya. aku masih ingat semasa hari pertama aku di lawas, serawak, aku telah dibawa ke sebuah rumah sewa yang kedua kerana yang pertama telah penuh. sedang aku bersuai kenal degan aziz dan pok nik, masuklah si nasir ini dan berkata: cis! mangkok hayun ni datang ke serawak jugak, sambil diiringi dengan gelaknya. rumah sewa tersebut dua tingkat dan beliau menyewa di sebelah atas yang akhirnya disewa pula oleh aku apabila aku telah berkahwin. aku pun tak sangka akan berjumpa lagi dengannya, apa tah lagi di lawas. kini beliau salah seorang pegawai di bahagian teknologi pendidikan negeri, beserah sejak beberapa tahun yang lalu. malah anaknya yang sulong yang biasa aku dukong kini telah besar panjang. cuma si nasir ni macam jugak dengan shukor, anak tak ramai. tiga, empat orang saja.

walau pun agak letih pada hari itu tapi aku rasa tak mengantok sebab pada malam tadi aku tidor agak awal. pukul sepuluh aku dah tidor tak seperti biasa kadang-kadang pukul empat baru dapat merebahkan badan. sebab tu badan aku tak gemok-gemok seperti member lain yang lebih buncit dari isteri masing-masing. hahaha! setelah menghabiskan mee bandung di gerai makan bukit angin, aku dan shuaib menyambong semula perjalanan balik ke triang pada pukul tujuh suku.

aku rasa lega dapat menguruskan permohonan tersebut walau aku tak dapat pergi kerana anak lelaki aku ada temuuji untuk kemasukan ke sekolah menengah agama pada tahun 2011. sekurang-kurangnya aku juga tompang gembira mereka dapat mengikuti rombongan dan hari keluarga guru-guru sk kemayan dan tak ada apa perkara yang tak diingini berlaku. cuma keputusan upsr bagi sk kemayan amat tak memberansangkan. nanti sajalah kedatangan barisan para nazir dan pegawai samada dari ppd ataupun jpn. selain tidak melahirkan 5a, peratus lulus pun di bawah 50%. beberapa kali gurubesar yang akan bersara tak lama lagi meyebut, cikgu-cikgu kena buat anjakan paradigma bagi membaiki keadaan yang ada. bagi aku, no komen. semua kena buat perubahan untuk lebih berjaya. lagi sekali no komen. wassalam.

Khamis, 14 Oktober 2010

jalan-jalan santai...

assalamualaikum...,

hari ini (13 oktober) seperti yang dirancangkan aku dan cikgu syuaib telah ke jpn pahang. urusannya ialah menghantar permohonan lawatan sekolah ke melaka. memang pada asalnya gb aku tak berapa membenarkan kami pergi. tapi setelah di telepon ke jpn, ternyata pegawai yang menandatangan surat kebenaran ada di pejabatnya. barulah aku dan syuaib pun bergerak ke kuantan. dari kemayan lebih kurang pukul 10 pagi. dan melintas di hadapan ppd tepat pada pukul 11pagi. tiba di kuantan pada pukul 1 petang dan tiada masalah nak ke jpn, sebab sebelum ini aku telah dua kali tersilap masuk simpang, jawabnya puaslah meraban nak mencari simpangnya semula.

aku nak masuk ke perkarangan jpn untuk parking van aku tapi ditahan oleh jaga. terpaksalah akau parking di luar sahaja. sebab sebelum ini aku pernah pergi dengan fadzeli panjang dan boleh parking kat dalam. oleh kerana ketika itu waktu rehat, shuaib mecadangkan kami pergi makan dulu, lagi pun aku memang tengah lapar. kat sekolah tak sempat nak makan, cuma dalam perjalanan saja aku makan tiga buku roti dan sekotak air soya yang dibeli semasa mengisi minyak di petronas kerayong. aku ajak makan di kantin jpn saja sebab senang nak sembahyang zohor, tapi si syuaib ni nak makan kat luar pulak. terpaksalah ke zuzana restoran (kalau tak silap aku).

sebelum itu sempat jugak aku menelefon hassan basri, kot-kot dia ada di pejabat. rupa-rupanya dia di johor bahru ada kursus ju kamahiran hidup. oleh kerana nak senang kami memesan nasi ayam sahaja. selesai makan, kami ke jpn semula dan terus ke lobi memaklumkan tujuan kami. kemudian kami terus ke unit pendaftaran sekolah dan memaklumkan sekali lagi tujuan kami. sedang aku berurusan di kaunter masuklah cik sabariah mat peah yag telah aku hubungi beberapa kali untuk bertanya itu dan ini. pada mulanya ia menyatakan: ok, lulus dan tak ada masalah cuma kerani yang menguruskan daerah bera bercuti, jadi surat kelulusan akan dipos kemudian. aku dan syuaib meminta dan merayu jugak, setelah berkata sepatah dua kata dan dibalas sepatah dua kata dari kami, dengan serba salah cik sabariah mengambil surat permohonan dari tangan par dan menghulur kepada seorang lagi kerani. aku terdengar ia berkata tolong uruskan, aku pun terasa lega. bukanlah lama sangat kerani tu buat surat, tak sampai lima belas minit surat pun siap. cuma sedikit lambat kerana printernya meragam. sambil itu sempatlah aku dan syuaib mendengar beberapa cerita antaranya permohonan nak masuk kelas prasekolah tetapi ditolak kerana kononnya bukan warganegara dan kes surat layang dari cikgu di maran ke jpn.

setelah beres urusan, aku dan syuaib pun menapak meninggalkan jpn. bukannya susah nak buat surat, nak ikut sangat prosedur kerja memanglah lambat kata aku kepada syuaib. da aku berkata lagi, sedara sendiri pun payah nak tolong. aku terus memandu ke bandar kuantan dan berpusing-pusing dua tiga kali, kami pun balik dan berhenti di kompleks mpk untuk membayar saman parking kerana tidak mempamirkan kupon. kalau di temerloh memang aku tak kan bayar, tapi mengenangkan dulu pernah sekali aku tak bayar dan dapat surat amaran kali ini terpaksalah aku bayar.

seperti biasa kalau ke kuantan, jika tak beli keropok memang tak sah. jadi tempat biasa aku berhenti ialah di jaya gading. selesai urusan jual beli, aku pun memandu menghala ke gambang dan membelok masuk ke lebuhraya pantai timur. oleh kerana belum sembahyang lagi, kami pun berhenti di hentian rehat gambang.

* mengantok pulak dah! terpaksa tidor dulu... besok kita sambung lagi cerita santai ini.

Ahad, 10 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 8.

Daripada :

NUR UMAIRAH BT. NANI.


UST. BORHAN, KAKAK SAYA KIRIM SALAM KEPADA UST. SAYA HARAP UST. DAPAT MEMAAFKAN SALAH DAN SILAP SAYA SELAMA INI.



* kad ini juga agak ringkas ucapannya. nur umairah ialah anak kepada encik nani, seorang pegawai di bank pertanian triang. ia tinggal di kuarters pejabat daerah bera keran isterinya salah seorang kerani pejabat daerah tersebut. kakaknya bernama nur akmal baiti. aku sempat mengajarnya di tahun 1996 dan 1997. kemudian keluarga ini telah berpindah ke temerloh. setelah itu aku tak lagi mendengar khabar berita tentang keluarga ini. tetapi anak-anak encik nani semuanya pandai-pandai belaka.

kad raya jaman tori - 7.

Untuk Ustaz Borhan,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir Batin.


Dari
Siti Farah.

4P.



* terlalu ringkas ucapan dalam kad ini. aku mengajarnya selama 2 tahun iaitu tahun 1994 dan 1995. ayah siti farah berasal dari kuching dan aku pernah beberapa kali bersembang dengan encik mohamed. kad yang digunakan adalah dari syarikat perkapalan Achipelago Shipping sdn. bhd. cuma aku tak berapa pasti pekerjaan ayahnya ini.

Jumaat, 8 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 6.

Menemui,
Ustaz Borhan

Selamat menyambut hari raya. Kepada ustaz saya memohon doa agar di ampunkan semasa di sekolah.
Di sini saya juga mohon ampun dan maaf kerana kad yang dilayangkan ini bukan khas untuk cikgu mahupun ustaz. Kad ini sekadar kad yang mengucapkan selamat menyambut hari yang berbahgia.

Selamat menyambut hari raya.(dalam tulisan jawi)


Yang Benar
(NURKHAIDAH)
PELAJAR


* aku agak kad ini bukanlah di tulis oleh nurkhaidah sendiri. kerana tulisannya cantik dan agak kemas. mungkin kakaknya yang rajin tolong tuliskan. namun begitu itulah jalan bahasa yang dicatatkan, aku pada mulanya puas jugak nak memahami apa yang tersirat disebalik yang tersurat. rupa-rupanya kad itu tak tercatat khusus sama ada untuk cikgu atau ustaz kat muka depannya. hanya sekadar tulisan " Selamat Hari Raya Aidil fitri" sahaja. no hal lah, kata orang sekarang ni. yang penting ialah niat kita ikhlas untuk menyampaikan ucapan atau menghantar kad raya. aku tak berapa ingat nurkhaidah ini, memang aku mengajar dia semasa di srb agama, lawas, tapi aku tak berapa ingat rupanya. maklumlah, murid di sekolah ini datangnya dari seluruh daerah lawas, malah dari sundar yang jauhnya lebih 40 kilometer. gelap subuh dah pergi sekolah, balik nanti pukul lima lebih selepas kelas kafa. itu belum lagi dikira keadaan jalan yang berdebu tak ada tar, atau kalau hari hujan. tapi semangat nak belajar tetap tinggi dan cukup membanggakan. semoga nurkhaidah berjaya di segenap lapangan yang diceburi, berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat, hendaknya. amin.

kad raya jaman tori - 5.

Assalammualaikum:

Buat cikgu yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya. Saya sangat merasa bangga dengan mempunyai guru seperti cikgu. Saya harap kita akan saling maaf mememaafi antara satu sama lain pada hari yang mulia nanti. Oh! ya hari raya tahun ini datanglah ke rumah. Pintu rumH Kmi sentiasa terbuka untuk cikgu, tapi jangan marah kalau Ros tak ada di rumah pada hari raya itu nanti. Tapi kalau cikgu tak nak merasa kuih-muih yang kami buat tak apalah. Kalau cikgu datang shukurlah. Saya kalau ada masa barulah saya datang ke-rumah cikgu. Nampaknya sampai disini sahaja kali ini.....
Good Bei...............

Bulan Ramadan Bulan Mulia
Bersamalah Kita Berpuasa
Hati Kini Rasa Gembira
Untuk Menyambut Hari Raya


Yang Ihlas
tandatangan
(Rosmawati Jamal)


*seorang lagi murid aku di srk belipat. semasa aku mula mengajar di situ dia di tahun enam dan ada seorang adik perempuan yang bernama maria. walaupun si ros ni mempelawa aku beraya di rumahnya, tapi aku tak pergi sebab selain aziz juga tak pergi, aku ke tawau pada raya kedua, ke rumah kakak aku yang mengajar disana. katanya pintu rumahnya sentiasa terbuka, tapi tiap kali aku lalu, pergi dan balik sekolah pintunya sentiasa tetutup sebab rumahnya betul-betul tepi jalan. turun van atau kereta, terus masuk dalam rumah. malah kereta boleh parking betul-betul depan pintunya. aku selalu juga bersembang dengannya semasa menunggu van untuk balik dari sekolah. dia rajin bercerita tentang keluarganya, ayahnya kerja di brunei, jarang-jarang balik tapi kalau balik mesti berbelanja sakan sebab duit brunei lebih besar nilainya dari ringgit malaysia. dan bila balik encik jamal pasti datang ke sekolah bersama emak si ros untuk bertanya khabar tentang pelajaran anak-anaknya. satu sikap yang patut dipuji, walau jauh bekerja tapi tetap mengutamakan pelajaran anaknya. semoga keluarga ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah untuk meneruskan kehdupan. aku agak rosmawati dah beranak pinak agaknya, maklumlah orangnya boleh tahan juga comelnya termasuklah maria sekali. kalau tidak tak kanlah cikgu ramli (orang melaka) selalu mengusik termasuklah si low kee sing turut sama tompang sekaki. eh! panjang pulak catatan aku untuk kad si rosmawati ini. tapi ejaannya tetap aku pelihara keasliannya. tanpa apa-apa perubahan.

kad raya jaman tori - 4.

Kepada : Ust. Mohd Borhan.

Apa khabar ust disamping keluarga. Kami sekeluarga sihat-sihat saja. Datanglah kerumah kami pada hari raya nanti. Bawalah keluarga pada hari raya kedua.

SELAMAT HARI RAYA.

Daripada: Faezlin Bte Alias.



* kad dari anak murid semasa aku mengajar di srk belipat. dia ada seorang abang yang aku dah lupa namanya, mereka berdua sering aku lihat pergi dan balik dari sekolah bersama-sama dengan berjalan kaki sahaja. rumahnya pun tak jauh dari sekolah. dah besar panjang agaknya si faezlin ni. semoga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. amin.

Sabtu, 2 Oktober 2010

kad raya jaman tori - 3.

assalammualaikum ustaz. apa khabar.
saya disini sihat walafiat. saya minta maaf jikalau saya bersalah dan silap. saya Harap ustaz ajar kami ya.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Pantun:
Pecah kaca
Pecah tong
Habis baca
Harap digantung.

sekian

kepada
ustaz Borhan.

Daripada
Nazalina.

kad raya jaman tori - 2.

Kepada: ustaz Borhan.

Assalamualaikum ustaz. Saya ucapkan selamat hari Raya dan selamat berpuasa dengan itu saya minta maaf. Ustaz saya ada pantun.

kain buruk
kain merah
tulisan buruk
jangan marah.

yang Benar
suziyanti.


* kad raya dari salah seorang murid aku semasa di srb agama lawas, sarawak.

Isnin, 27 September 2010

kad raya jaman tori - 1.

Apa khabar ustad....
saya sihat. Bagaimana pula dengan ustad...
saya ingin hendak mengucapkan Selamat Hari Raya dan saya ingin ucapkan sekali lagi untuk datang ke rumah saya.

Selamat Hari Raya

Daripada : Annie Nor binti Jumat.
3P
SRB Agama Lawas.




* aku masih memiliki dan menyimpan kad-kad raya yang pernah aku terima sama ada dari anak murid, kawan-kawan, atau pun siapa sahaja malah dari awang tengah ali hassan pun masih aku simpan. jadi sempena hari raya atau bulan syawal yang menuju ke penghujung aku akan paparkan kad-kad tersebut tanpa suntingan atau pindaan. salah ejaan atau salah struktur bahasa aku akan kekal kerana untuk menjaga hati penulisnya. aku tak mahu nanti dikatakan memandai-mandai mengubah idea atau tulisan orang lain, biarlah aku berlaku jujur kepada diri sendiri dan tuan empunya yang menghantar kad tersebut. cukup dulu untuk permulaan, nantikan kad-kad lain yang bakal hadir dengan isi yag lebih padat dan sendat.

Ahad, 19 September 2010

selamat jalan dan kembalilah lagi.



Aku berdiri sendiri di dermaga ini
memerhati bahtera ramadhan
berlalu pergi.

Tiada kata dapat ku ucap
tiada madah dapat ku ungkap
hanya lambaian sepi penuh syahdu
dari aku yang menunggu
ketibaan syawal
di pelabuhan hidup ini.


b.tan.
khamis,
9 september 2010/
30 ramadhan 1431.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Catatan Blues Ramadhan 1415/1995



sabtu 21 januari 1995- gi bank pertanian- ali bagi diary ini(bank pertanian punya). beli akar kayu.

ahad 22 januari 1995- lepak - buat kerja rumah- membasuh, kerja sekolah, kenduri di rumah cikgu Bujang.

isnin 23 januari 1995- puasa sunat-balik akhir-3.50 ptg. banyak kerja yang belum siap. malam-tunggu bini talipon-nadak. ajar tuisyen - jawi. buat cerita nabi Nuh, rangka program pengisian ramadhan. 12.50 tidor.

selasa 24 januari 1995- masih sibuk. balik akhir-4.20 ptg. malam ajar bahasa arab. tunggu bini talipon-nadak lagi. kerja "suara ramadhan" dah separuh siap. tertidor atas kerusi panjang sampai pagi.

rabu 25 januari 1995- suara ramadan tak cukup-print lagi. balik akhir-3.20ptg. gi bsn-bayar duit. malam bini talipon-rindu woo! - way of the dragon.

khamis 26 januari 1995- sekolah-hari terakhir sebelum cuti pertengahan penggal satu. malam- member-member datang tengok tv.

jumaat 27 januari 1995- cuti- seminar pembangunan islam- forum- cabaran ummah dalam pembangunan. malam-lepak tengok tv- member datang.

sabtu 28 januari 1995- tamu- tapi tak gi. rileks aje. petang jogging. malam- tengok tv--bola-member datang.

ahad 29 januari 1995- rilek *juwak-tengok tv. petang jogging lagi. rumah Kalong- malam -tengok bola- member datang.

(nota: catatan di atas ditulis dalam diari bank pertanian)

selasa 31 januari 1995- biasa gi sekolah- cutilah beb! apalah lu. malam pengumuman puasa- sayu teringat anak di kampung. sahur ala kadar saja. solat sunat terawih -sorang aje kat rumah- ingat bini.

rabu 1 februari 1995- masih cuti- petang suhaimi ajak gi buka kat sipitang. ronda-ronda beli sawi dan jambu. buka kat gerai sama dengan suhaimi dan nizam ulu merapok- solat maghrib di masjid sipitang. malam baru balik 8.30 sampai rumah. solat terawih-tapi tersilap terus berhenti.

khamis 2 februari 1995- ala, cuti lagi. rilek aje, tak ada buat apa-cuma buat projek kecil-kecil, sungkai dirumah- minum air dan jambu saja. aziz ada bersihkan rumah bawah. hamba gi srk pusat -pulangkan mesin rumput. gi pkg dan bahets- sembang-sembang dengan ajib. solat terawih sorang-sorang aje di rumah- syahdu woo!!

jumaat 3 februari 1995- puasa- rilek basuh kain baju. Aziz dan gariah dah balik. tak gi pun turun -malas- nanti pilu. solat jumaat -jalan kaki aje- zaini baca khutbah tentang puasa. petang tengok hindustan-mazlan dan fuad datang-tak best-tertidor. solat terawih sorang-sorang aje kat rumah-bini-rindu.

sabtu 4 februari 1995- gi tamu- beli sayur- kacang panjang,ikan kering 2 kampit, belimbing, susu, sardin, dan rendang ayam-tin. sembang-sembang dengan abang saari, gi post ofice-jumpa zaki dan bini. beli kad raya dan stem. balik tidor. petang lepak sambil masak-masak sikit. sungkai dengan air dan belimbing. solat terawih di belangsat dengan janudin-tayar pancit.

ahad 5 februari 1995- sahur ala kadar- gi masjid-solat subuh. rilek depan tv- buat projek kecil-kecil. tidor-tengok tv. sungkai dengan air dan jambu. malam tengok tv. lepak dan zzzzzzzzzz-gua terlena. solat terawih sorang-sorang aje di rumah- tak gi mana-mana.

isnin 6 februari 1995- sahur. laa! kena pergi sekolah. cuti dah habis. lambat balik- urus beberapa hal dan taip kertas kerja program pengisian ramadhan. balik, solat, tidor, bangun, solat, masak. sungkai dengan air dan buah belimbing. tertidor masa tengok tv.
(* masa solat asar, aziz naik hantar buku dairi ini-diari siswa islam 1995- terbitan karya bistari)
solat terawih di belangsat- balik kena bagi kuih. (p/s: tapau kuih)

selasa 7 februari 1995- sedar awal- tapi bangun 4.50- makam belimbing dengan air aje. sekolah--balik awal-12.50 t/hari-ganti bateri jam. solat dan tertidor, bangun, solat- relax habiskan baca buku 7 wali melayu. bersiap untuk sungkai- aziz naik bagi limau dan belimbing. sungkai dengan air dan buah serta kuih semalam. malam -bini talipon bagi tahu dah book tiket nak balik. mungkin cu ikut. solat terawih- biasa- gi belangsat. sembang dengan imam- balik- ada lagi bekal kuih.

rabu 8 februari 1995- sahur ala kadar- gi sekolah. balik akhir- 3.40 ptg. rileks- siap sedia untuk bersungkai. sungkai pun ala kadar. malam tengok tv. solat terawih di belangsat.

khamis 9 februari 1995- gi sekolah- balik agak lewat sikit dengan mazlan. tidor-bangun, solat, siap sedia untuk bersungkai. ala kadar- belimbing dan air sejuk. malam tengok tv dengan ghazali dan idrus. siaran satu -tak elok. tidor agak awal. solat terawih di belangsat- makan-makan- balik ada bahatah.(p/s: tapaulah!)

jumaat 10 februari 1995- biasa- sedar awal- bangun lewat sikit. kelam kabut sahur- ala kadar. gi sekolah-baju melayu pink. balik lepak . siap sedia gi solat. gi dengan aziz. tidor- tak gi mesyuarat pra mesyuarat agung pibg. bangun solat, masak untuk sungkai. tapi tak makan- sahur baru makan-tapi sikit aje.solat terawih di belangsat- makan nasi goreng.

sabtu 11 februari 1995- biasa- sedar awal tapi bangun lewat sikit. sahur ala kadar, tak sempat gi masjid solat subuh. lepak depan tv-lelap lagi. bangun- membasuh. bini talipon-sembang dengan anak. buat kerja sekolah sikit. berehat-lelap, petang gi choon chong bei kad raya dan album stamp. malam tengok tv-mazlan,ghazali,fuad dan anuar datang. tertidor- tv tutup sendiri. solat terawih di belangsat- makin kurang bilangan jemaah.

ahad 12 februari 1995- bersahur ala kadar-gi masjid. lepak selepaknya. tidor dan tengok tv. petang gi beli papers. rilek- buat kerja kat bawah. ready untuk sungkai-ala kadar jugak. malam tengok tv-tertidor....... solat terawih di belangsat- jemaah ok-ramai,jadi imam solat isyak.

isnin 13 februari 1995- bangun awal- kain basah woo! apa punya air keluar tu-biasaklah rindu punya hal, sahur, gi masjid, gi sekolah-boring kat sekolah, balik dengan pok ser. solat, tidor, 4 lebih baru sedar, solat, tengok tv. ready untuk sungkai, tengah mandi- rosta datang hantar sukatan pjk 1,2. 9.45 - call my bini-sembang-sembang dan gurau, buat kerja sekolah sikit-tidor 12.00. solat terawih di belangsat-makan mie dan air milo.

selasa 14 februari 1995- sahur, gi masjid, gi sekolah, balik akhir siapkan soalan bahasa arab. lepak- potong rumput-bakar. aziz keluar bawak anak-tengok. aziz bagi ayam panggang. malam- masa nak balik-donna- bekas murid bagi kad raya-akan di balas-nantilah dulu. nak buat kerja sekolah-tapi mata pulak tidor...zzzzzzzz. tv- tutup sendiri. solat terawih -biasak- di belangsat. fuad bawak kereta-gelak sakan.

rabu 15 februari 1995- sedar awal bangun akhir-sahur kelam kabut- ala kadar. anu buat hal-mandi junub-tak sempat gi masjid, sekolah- buat kerja ala kadar-pulang awal dengan mazla, fotostat borang markah tilawah-rm 10.00-mak oi!!! tidor, solat, tengok tv, ready for sungkai, malam lipat kain-tengok tv.cadang nak buat kerja sokolah sikit sebelum tidor. solat terawih di belangsat-hujan barai-barai.*

khamis 16 februari 1995- terlewat bangun-sahur tak sempat. gi sekolah-program tilawah berjalan baik- Alhamdulillah. . balik awal sebab hari nak hujan,tidor, bangun solat asar,ready nak buka puasa-pertama kali sungkai degan nasi tahun ini. malam-masa nak balik dari terawih-kad raya dari fazlin dan siti asmidah-insyaAllah akan dibalas-tunggu ya. siapkan draf soalan pendidikan islam. 12.30-tidor. solat terawih di belangsat- juadah ketupat,daging payau, rojak dan lopeh- Alhamdulillah.

jumaat 17 februari 1995- bangun agak lewat- sahur? tak sempat gi masjid. sekolah-buat kerja- soalan penilaian-pulang lewat sikit, tunggu mazlan. solat jumaat-puas tahan ngantuk. tidor-solat asar- ready for sungkai-dengan ketupat dari belangsat- semalam punya- nasib belum basi. petang- bini talipon ucap selamat birthday- hamba pun lupa. solat terawih di belangsat-ketupat balun.
*hari jadi hamba, hamba pun lupa, bini talipon baru hamba ingat. MasyaAllah.

sabtu 18 februari 1995- terlewat bangun-tak sempat sahur-solat subuh pun akhir. gi sekolah-print soalan pendidikan islam-tamu- beli bawag, sayur, kad raya, akar kayu dan buah rambai. lepak rumah ghazali, solat zohor, tidor, solat asar, ready for sungkai dengan buah rambai- perut meragam buat hal. malam- member-member datangtengok bola-tidor akhir- tulis kad raya- tengok solat terawih dari mekah-bbc. solat terawih kat rumah aje-tak gi belangsat.

ahad 19 februari 1995- lewat bangun-tak sahur. lepas solat dhuha, tengok tv-lelap. 12.00 lalu baru sedar. solat zohor, basuh baju, sembang dengan aziz, solat asar -ready for sungkai- rambai,makan nasi semalam. malam -talipon mak-tanya alamat saudara-yang ada medan saja, tengok bola-mie, dollah dan jalil, tulis kad raya buat mak, ayah, medan, lit dan chu, mungkin nak bersahur. solat terawih di belangsat-bagi kad raya pada siti asmidah, fazlin dan donna.

isnin 20 februari 1995- bangun sahur-tapi lewat sikit. subuh, gi sekolah-lewat, naik kereta karim, hari pertama pernilaian pertengahan semester satu- jag tahun 3p-rpi. balik awal. tidor selepas solat zohor dan buat kerja sikit, bangun, solat, ready for sungkai. malam-tengok tv-tidor awal, nak bangun malam tapi lewat jugak..... solat terawih di belangsat-sembang dengan tuah dan tok imam.

selasa 21 februari 1995- terlewat bangun-sahur ala kadar- gi sekolah-ujian kertas rpi-jaga kelas 4p- balik akhir-periksa kertas ujian- balik tidor- solat asar-ready for sungkai. solat terawih di belangsat.

rabu 22 februari 1995- bangun awal sikit-solat sunat-sahur-mandi-gi masjid-gi sekolah-ujian bahasa arab-jaga kelas 4L - balik awal. solat terawih di belangsat.

khamis 23 februari 1995- bangun awal-solat sunat-sahur- gi masjid-gi sekolah.buat kerja penyemakan-bergambar dalam kelas 3p bersama guru-guru lain. masuk duit untuk isteri dalam bank. solat zohor-tidor-ready for sungkai. ala kadar aje. malam tidor awal-8.30 mlm-konon letih sangat. bangun awal-2.30 pagi- solat sunat-sahur- gi masjid. solat terawih di rumah-terlalu mengantuk.

jumaat 24 februari 1995- 2.30 pagi-bangun awal-solat sunat-sahur-mandi-gi masjid-gi sekolah-pakai baju semalam-3p perasan. bagi kad raya pada nor khaidah dan jannah. gi masjid-jalan kaki-sekerat jalan naik motor cikgu yusup. petang-tidor depan tv bangun solat asar-ready for sungkai- masak maggi-aziz hantar lauk. solat terawih di belangsat.

*catatan:- terlalu remeh hidup minggu ini- derita jadi bujang sementara. semuanya ala kadar-namun sengsara hanya seketika. biar pun begtu aku bersyukur pada Illahi, atas kurnianya- aku bisa bangun malam-solat sunat dan gi masjid-berjemaah subuh. satu amalan yang telah lama aku tak lakukan sejak berkahwin. Tuhanku, hamba Mu ini terlalu lemah, namun rindu pada isteri masih menyala.

sabtu 25 februari 1995- bangun awal-solat sunat-sahur-gi masjid-baca Quran-tulis kad raya untuk malik, yeh, p'nik dan basri serta dengan gambarnya sekali-gi bandar-pos kad raya-gi tamu-beli sayur,buah limau, kacang tanah dan gula-balik-tidor-bangun-solat zohor-gi pejabat pos keluat rm 100 untuk gi k.k nanti. lepak rumah mazlan-balik-solat asar-gi memancing-tak dapat-ready for sungkai. solat terawih kat belangsat-majlis khatam al-quran.

ahad 26 februari 1995- lewat sikit bangun-solat sunat-sahur ala kadar-gi masjid-balik hujan lebat-tertidor-bangun basuh baju, basuh kasut, rendam langsir-rilek-tertidor-bangun-solat zohor-selongkar akhbar-akhbar lama-tengok cerita cina-tidor-bangun-solat asar-ready for sungkai-mazlan datang-sembangsembang--malam tengok tv-tulis dairy-sebab dah berapa hari tak tulis-tidor lah beb. solat terawih gi belangsat dengan pok ser-jadi imam solat terawih.

isnin 27 februari 1995- tidor tutup lampu-lambat sedar-5.45-sahur hanyut-gi masjid pun tak-subuh 6.30 pag. tambah malam tadi malam 7 likor-betapa ruginya hamba. rilek-basuh langsir,rendam sarung kusyen, sapu sampah, buang sawang dan abuk-letih woo!-solat zohor-tengok tv-solat asar-tebas rumput kat bawah-ready or sungkai-ala kadar aja. malam-tengok tv-sembang dengan aziz--lepak rumah mazlan-tengok tv-zzzzz. solat terawih gi belangsat-imam solat isyak.

selasa 28 februari 1995- tidor buka lampu-tapi lagi sekali bangun lambat-tak sahur-subuh 6.40-rehat kejap-basuh sarung kusyen, dan rendam langsir bilik tidor dan dapor-lepak depan tv-mhi-aziz bawak anaknya naik atas-tidor-bangun-solat-rilek lagi-solat asar-ready for sungkai. malam-lepak depan tv-tertidor-zzzzzzz. solat terawih tak gi because sakit perut-solat sorang di rumah.

rabu 1 mac 1995- alhamdiliLLah-bangun awal-solat sunat-sahur -gi masjid solat subuh-lepak depan tv-call mhi-tak dapat, masa iklan dapat pulak. basuh langsir lepas tidor dan solat zohor-gantung langsir luar dan sarungkan kusyen-lepak-solat asar-potong rumput tapi terpotong jari dan kuku-sembang dengan suhaimi. malam-lepak depantv-makan kopok-masak nasi-baring tengok tv-terlelap-zzzzzzzz. solat terawih kat belangsat-balik tolak kereta suami fauziah yang rosak.

khamis 2 mac 1995- bangun terlewat-sempat sahur tapi tak sempat gi masjid. lepak depan tv-tension-besok raya tapi tak ada apa-apa persiapan-cuba call mhi-dapat, tapi tak ada ucapan. gantung langsir bilik tidor dan dapor. baring depan tv-tertodor-aziz bagi tahu dia nak balik sualai-bangun-solat zohor-kemas dapor-pok ser ambil daun kesum-gi masjid solat azar-bayar zakat fitrah-lepak rumah mazlan-terus sungkai-tak ada terawih-lepas solat isyak-takbir-lepak rumah mazlan--balik call bini dan keluarga-lepak depan tv-2.30 pagi baru tidor.

jumaat 3 mac 1995- hai raya weh!! lambat bangun-subuh pun lewat. usop datang pinjam samping. gi beraya rumah pok ser, abang usop dan rumah suziyanti. lepak rumah rumah mazlan-siap sedia nak gi masjid-lepas solat jumaat gi rumah mazlan makang nasi dagang. sembangsembang dengan ustaz ajib,lepak-balik because perut meragam-lepak depan tv-tertidor-bangun-solat asar-malam beraya dengan suhaimi-rumah sarjan nordin, shariman, cikgu hamdan dan rumah cikgu dau't. balik-tidor.

sabtu 4 mac 1995-lagi sekali terlewat bangun-lewat pulak solat subuh. lepak depan t v-masak nasi-makan dengan telor,kicap dan ikan kering. call mhi-tak dapat-lepak rumah mazlan-layan bebudak berborak-tertidor-balik solat zohor-lepak depan tv-solat asar-solat maghrib-masak nasi goreng-gi beraya dengan suhaimi di rumah rokiah, rumah durahim minan, gi belimbing-3 buah rumah-11 lebih baru balik-melabur dan solat isyak. tidor-letih campur kenyang-tv tengok hamba sebab hamba tertidor. zzzzz! selamat malam.

ahad 5 mac 1995- bangun awal-gi masjid solat subuh-lepak depan tv-masak air, buat air milo, minum dengan biskut-gi rumah mazlan-tengok tv-makan nasi-balik-solat zohor-baring depan tv-tidor-bangun-mandi-solat asar-tengok tv-masak nasi-solat maghrib-masak sardin-aziz call ajak beraya rumah dia, pegang dan dukung aisyah-naik atas-tengok tv-solat isyak-kemas barang nak gi k.k. besok-sebelum tu makan nasi dulu-baring depan tv-tak sedar tah bila terlelap sebab mungkin lepas urut tu agaknya.

isnin 6 mac 1995- bangun awal-gi masjid solat subuh-puasa sunat syawal-bersiap nak gi k.k-gi k.k dengan idrus-ronda-gi centre point-gi hantar idrus ke station bas kudat-cari hotel-pine bay-25.00--gi kedai buku rahmat-beli kaset nur aidil fitri, surah kahfi, dimana kasih dimana sayang-makan nasi-balik rehat-solat maghrib dan isyak-keluar rondaronda-pukul 10.40 makan roti telor dan milo-balik bilik kemas beg-urut lagi dan baca suratkhabar-tidor.

p/s- bersungkai- berbuka puasa.
- juwak- jugak
-barai-barai-renyai.


* lenguh jugak lah jari jemari aku nak menyiapkan entry kali ini. catatan itu berakhir di kota kinabalu kerana aku nak menunggu kedatangan isteri aku dari kuala lumpur di airport kota kinabalu. maklumlah bila isteri dah ada aku jadi semakin sibuk dan tak ada masa nak menulis catatan lagi. apa pun itulah dia kehidupan aku semasa bujang sementara. isteri aku tinggal di semenanjung selepas melahirkan anak kami yang sulong, cuma aku sahaja yang pulang ke lawas, sarawak. aziz adalah kawan rapat aku semasa mengajar di srk belipat, sama-sama berulang-alik ke sekolah. tapi kahwin dengan cikgu yang sama posting dengannya-orang kampung sualai. aziz berasal dari batu pahat tapi aku dah tak ingat parit apa. aku agak aziz ini masih lagi mengajar di lawas. tapi tak tahu khabar berita, aku duduk tingkat atas dan aziz ini pulak tingkat bawah. sementara itu mazlan adalah ustaz yang sama mengajar dengan aku di srb agama lawas. orang ganu sama dengan suhaimi. pok ser orang kelate. baru-baru ni aku gi kelate makan belanja dek pok ser lah. kalau nak cerita banyak lagi kesah dalam hidup ini, nantilah kalau ada masa yang sesuai aku akan kongsi lagi. wassalam.

Cuti Nuzul Quran.



Hari ini jumaat 27 ogos 2010 bersamaan dengan 17 ramadhan 1431 adalah cuti sempena nuzul al-quran. aku bukanlah nak bercerita tentang proses penurunan al-quran atau proses penerimaan wahyu yang pertama oleh RasuluLlah di Gua Hira' dalam bulan ramadhan ini. tapi aku hanya sekadar nak mengisi masa senggang aku selepas waktu subuh dan membaca beberapa lembar al-quran, aku bercadang nak menebas dan merumput di tanah sejuring, anak pisang yang aku tanam dah mula tak nampak pucuknya dek kerana rumput dan duri gajah yang dah mula meninggi dan menutup anak pisang itu. sedar-sedar hujan pulak turun, hujan rahmat di pagi jumaat insya Allah membawa berkat.

petang ini ada program khatam al-quran dan majlis berbuka puasa di darul ikhwan, insyaAllah aku akan turut serta bersama keluarga jika isteri aku ingin turut serta. dengar cerita ia akan turut disertai oleh ustaz tuan ibrahim tuan man, pj pas pahang. dah lama dah aku tak dengar kuliah atau tazkirah dari beliau. sepanjang puasa yang dah berlalu ini hanya sekali aku berbuka di luar dari rumah aku, dan berterawih pun di surau taman triang maju. sudah tentulah tak ada tazkirah ramadhan. lainlah di masjid triang atau di masjid daerah bera. rindu jugak aku rasanya pada masjid al-'ala, keratong sembilan dan para jamaahnya. hanya nostalgia saja yang berlagu sendu. hehehe!

bulan ramadhan tahun lepas aku tak ada membuat catatan hidup atau diari, tapi pada tahun ini aku nak kongsi catatan jaman tori aku di tahun 1995 semasa aku "membujang" dah kahwin di lawas dulu-dulu. lawas lagi! sesungguhnya kenangan di lawas atau pun di ipoh tak kan padam dari ingatan kecuali aku dah padam nanti. sesiapa yang tak biasa atau tak pernah duduk di tempat orang atau di rantau orang tak kan merasa apa yang aku rasa. ok, cukup dulu sebab aku nak mulakan catatan itu sekarang.

Khamis, 26 Ogos 2010

Sambutan Hari Guru Daerah Bera 2010.



31. 7.2010 - Sabtu- Kompleks Rakan Muda Bera.

Aku hadir atas kapasiti aku sebagai gpk, jika tidak mungkin agak payah aku nak hadir. Bukan tak mahu meraikannya, tapi aku lebih suka kalau hadir pun sebagai cikgu biasa-biasa saja. Aku sampai pukul 7.55 dan parking di bahagian luar pagar berhampiran pagar JKR.


* sekadar itu saja catatan yang sempat aku catatkan semasa berada di dalam dewan. rasa tak selesa sebab kiri kanan depan belakang semua orang dok bersembang. tak kan aku pulak tiba-tiba tunduk menulis, macam bagus saja. sedangkan banyak yang aku boleh tulis ketika itu. nak ditulis dan dicatat sekarang dah tak ori dah. oleh itu sekian, terima kasih.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bicara ilmu sempena hari guru Bera.



Slot satu:- oleh Pegawai Penerangan JASA Pahang.
Penceramah:- Ustaz Nor Azli bin Aziz - Jengka 2.

Mukaddimah:-
Syukur - surah yunus ayat 92- peringatan bagi orang yang tak mahu bersyukur.
- duduk dalam majlis ilmu seperti duduk dalam kebun syurga.

-orang yang bersyukur tidak lupa diri, orang yang bersyukur tidak lupa asal usulnya. seperti berbagai nikmat dari Allah..... nikmat kesihatan...... juga adalah rezeki dari Allah.
- rezeki adalah pemberian Allah sama ada yang kita nampak atau tak nampak. Seperti Felda?

Ustaz ni mulalah mengaitkan satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia- apa motifnya? Beliau pun memaparkan berbagai perbezaan antara satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang malas aku salin atau catat kerana pada aku hanya membuang dakwat pen aku saja.

- Kebejatan yang melanda orang melayu sekarang adalah kerana kesilapan (kebangangan?) pemimpin melayu yang telah gagal dalam membentuk satu kaum melayu akibat dari nak menjaga hati pengundu kaum lain- bisik aku dalam hati.

- Dah terantuk baru nak tengadah, dah buat silap barulah nak mintak tolong sana tolong sini, sibuk dengan satu Malaysia, konon untuk perpaduan semua kaum- bisik aku lagi dalam hati.

Hai, makin melalut nampaknya penceramah ini, tak habis lagi membezakan antara satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia. Kemudian berjangkit kepada Pas- bila keluar parti Islam- kafir, jangan pergi kenduri, jangan jawab salam, sebelah Kuantan(sebab dia tinggal di sana) masih berlaku dua imam, azan dari surau yang sebelah menyebelah.
Melalutnya sehingga sampai tahap menyentuh slogan dalam satu Malaysia dan Pakatan Rakyat: DAP- Malaysia untuk Malaysia, PKR-Satu Bangsa Satu Negara, PAS- PAS untuk Semua.

Aku tak tahulah penceramah ini, dia ingat semua cikgu dalam dewan ini suka sangat dengar ceramahnya. Mulanya ok lah tajuk syukur, tapi sekarang ni lebih kepada propaganda amno, aku tengok cikgu-cikgu cina bengkek je muka masing-masing, apatah lagi dengan membezakan antara satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew(PAP) dan diteruskan oleh DAP.

Katanya lagi, tak sah kalau tak baca intipati atau matlamat satu Malaysia, lalu dibacanya satu persatu.
Habis dah! katanya habis dah dan penceramah ajak hadirin sama-sama merealisasikan konsep satu Malaysia dan berdiri atas satu barisan-piirah!

Aku pun tengah tension sebab barisan depan dan belakang aku semua guru perempuan, tepukan cikgu-cikgu pun tak bersemangat. Mungkin cikgu-cikgu amno saja yang bertepuk agaknya tu.

* itulah secebis catatan aku semasa program Bicara Ilmu yang aku hadiri pada 29. 07.2010 di dewan Majlis Daerah Bera. Ada ketikanya aku nak saja bangun dan keluar dari dewan tapi nanti nampak macam tak menghormati majlis pulak, akhirnya ini sajalah yang aku catat untuk slot pertama. Sekian terima kasih.

Khamis, 8 Julai 2010

piala dunia?... ke piala bookie sedunia?... dan sedikit puas hati...




assalamualaikum warahmatuLLahi wabarokatuh...
aku dah lama nak tulis pasal piala dunia ni. terutama selepas brazil kalah dan diselepas argentina pulak kalah, lagilah membuak semangat aku nak memberi komen peribadi aku. tapi semangat tinggal semangat saja. aku cukup gembira apabila england kalah walau pun terdapat steven gerrad(liverpool) dalam pasukan itu. kerana aku tak pernah menyokong england. begitu jugak dengan beberapa pasukan lain.

tapi bila jerman yang dah seakan-akan dinobatkan sebagai juara dunia tewas dikepala(bukan dikaki) si puyol berambut maggi tu, aku terpaksa jugaklah mengetuk papan kekunci laptop aku yang dah hampir kematu tak diketuk oleh aku. dan aku cukup berpuas hati dengan kekalahan jerman. tak tahu kenapa. mungkin kerana selepas brazil kalah, aku mengharapkan argentina dapat melangkah ke separuh akhir sebagai pasukan pilihan aku, tapi entah macam mana argentina pun seperti brazil jugak serba tak menjadi. tak tahu apa sebabnya. tak kan dalam kotak penalti nak kelecek lagi walau dah dikepung empat, lima orang. itu yang aku tak faham. sekarang bukan masa nak tunjuk terror, tapi masa nak cari kemenangan. baik penyerang brazil mau pun argentina sama saja. masih lagi suka bergerak secara solo dalam petak penalti. akibatnya sama-sama kita lihat apa yang terjadi.

teringat aku semasa mewakili gb aku untuk menghadiri mesyuarat sambutan hari guru tempoh hari. sewaktu berjalan keluar dari ppd beberapa orang gb sekolah cina termasuk aku dan seorang gb melayu telah bersembang sedikit tentang piala dunia. seorang gb sekolah cina telah berkata kepada gb melayu: you tengok bola ka? itu semua bola palsu la. seorang lagi berkata: tengok itu england, saya taruh 3-0, betul jadi 4-1, ini semua bookie la. ingat malaysia saja judi, ini satu dunia la judi. ini bukan piala dunia, tapi piala bookie. bukan pemain saja dibayar, itu refree pun dapat wang. begitulah antara kata-kata yang keluar dari mulut gb tersebut. aku dan gb melayu tersebut cuma diam dan tersenyum sahaja. bagi aku no komen sebab segalanya memungkinkan, dan tak hairan kalau ia benar berlaku seperti yang didakwa oleh gb-gb tersebut.

kini harapan aku adalah pada sepanyol kerana terdapat beberapa pemain dan bekas pemain liverpool khususnya fernando torres walaupun kurang menyengat dan menjadi gerak permainannya. bukan aku tak sokong belanda sebab dirk kuyt dan babel pun bermain untuk liverpool jugak, tapi 'taste' aku lebih kepada sepanyol untuk memenangi piala dunia pada kali ini. walau pada mulanya prestasi sepanyol agak kurang konsisten, kini semua dah terhidang di hadapan mata cuma tunggu saat dan ketika saja untuk meraikannya. apa-apa pun aku ucap tahniah lah kepada si puyol, kalau dulu dia jaringkan gol sendiri yang menyebabkan sepanyol kalah, tapi kini ia seakan dapat menebus dosanya dahulu dengan tandukan terbang yang penuh bertenaga.

sebut pasal liverpool, aku pun sedikit puas hati apabila rafa benitez telah meninggalkan anfield dan dah ada pun penggantinya. bukan aku sorang saja malah the koppers seluruh dunia mengharapkan sesuatu dari pengurus baru, iaitu membina semula imej yang dah teruk tercalar sejak tahun 2006 dulu. jika gerald houllier dari perancis dapat memulihkan liverpool dulu-dulu, tak kan pengurus berbangsa inggeris sendiri tak boleh buat sesuatu untuk menghalang torres dari berpindah ke kelab lain. jika tidak liverpool akan kehilangan seorang pemain yang sekurang-kurangnya dapat menyamai rekod ian rush semasa beraksi untuk liverpool. apatah lagi nanti dengan jersi baru yang sudah hilang nama arak tu, cuma dengar kata dari arak tukar judi pulak, jawabnya lambat lagilah aku dapat beli jersi kelab yang aku sokong sejak dari aku mula mengenali dunia bolasepak ini.

akhir kata majulah sukan untuk sekolah, daerah, negeri dan negara, jangan asyik nak bernostalgia sahaja dengan soh chin aun dan santokh singh. zaman atau era itu dah terlalu lama berlalu. cuba tengok korea selatan dan jepun, ada corak permainannya seperti pasukan malaysia. jauh panggang dari api. bukan aku tak sokong malaysia, tapi banyak perkara yang perlu di perbetulkan dalam fam dan fa negeri-negeri. kalau tidak jangan bermimpilah nak tengok malaysia beraksi di piala dunia. bukan mustahil, tapi nak bercakap tu biarlah berpijak di bumi nyata, jangan cakap saja besar tapi taik sangkut atas gelegar. itu kata orang tua dulu-dulu yang makin hari makin kita lupakan falsafah disebaliknya. akhir kata lagi sekali: wassalaamu.

Ahad, 20 Jun 2010

aku baru teringat....

salam sejahtera buat semua yang membaca catatan ini. catatan ini adalah catatan khas sempena ulang tahun pertama aku mula menulis blog yang ringkasnya di panggil berblog. kalau ikut tarikh yang tepat aku mula menulis blog ini ialah pada 17 jun 2009. sekarang sudah 20 jun 2010. bermakna aku terlewat untuk mengingat ulang tahun aku mula aktif dalam cabang ini. entahlah, dalam asyik aku merayap dan merayau dari blog ke blog, tiba-tiba aku terpandang tarikh yang tercatat pada blog tersebut langsung hati aku terdetik: eh! aku mula berblog bulan enam. bila yek? dan aku terpaksa membuka catatan paling awal aku yang bertajuk percubaan pertama bertarikh 17 jun 2009. sah lah ia telah melewati satu tahun.

bukan nak bangga pun, cuma sekadar mengira masa dan menghitung waktu yang mengiringi perjalanan hidup kita. dan aku pun bukanlah aktif sangat membuat catatan atau pun entri. kalau ada tu adalah, kalau tak pun bersawanglah jawabnya. apatah lagi sekarang ini semua sibuk dengan facebook. aku pun pernah jugak nak buat satu akaun tapi tak reti nak aktifkan, langsung terus aku biarkan begitu saja. tapi baru-baru ini ketika ke kota bharu bersembang dengan pok ser ia ada sebut tentang facebook. rupa-rupanya ia pun ada masuk.

kota bharu? la hau la wa la kuwwata illa billah... rupa-rupanya aku tak cerita lagi pada korang semua tentang aku pergi kelantan baru-baru ni. maaflah dah tua agaknya. tak pelah nanti lain kali aku cerita. berbalik tentang pasal berblog ni, aku perhatikan macam-macam fesyen atau stail dia orang menulis atau mencatat. ada blog tu semua sajak atau puisi, ada yang berkarya menulis novel yang bersiri, ada yang menulis tentang politik atau isu semasa, ada yang bercerita tentang pengalaman sendiri dan berbagai lagilah ragamnya. bagi aku bukan tak nak menulis tentang isu semasa atau isu politik cuma rimas dan kadang-kadang menyampah dengan apa yang para bapok menteri lakukan terhadap orang-orang yang tak reti bahasa. tak reti bahasa dalam erti kata kena tipu pun sokong lagi, undi lagi, percaya lagi. itu yang buat aku menyampah dan malas nak mengulas panjang. apa yang bapuk/bapok menteri cakap, cepat sangat percaya. lebih-lebih lagi orang kampung yang totok amnonya.

nantilah kalau mood aku baik, aku akan tulis atau ulas berdasarkan pandangan aku pulak. sekarang ni ruangan dalam 'b.tan' tu asyik dengan gambar-gambar peristiwa yang berlaku di sk kemayan atau sekitar dengannya. itu banyak lagi yang sedang menunggu giliran, cuma aku saja yang buat-buat lambat masukkan entrinya. nak kata banyak tu, tak lah cuma leceh jugak nak masukkan gambar, tu yang buat lambat tu. tapi yang paling aku puas hati dalam berblog ini ialah aku pernah mengoogle: srb agama lawas dan bekas guru pelatih mpki. itu yang aku terjumpa 'mama moden' yang merupakan isteri kepada seorang teman serumah aku di taman cempaka ketika mula-mula masuk maktab. aku, ramizul, saudi, mat badrul, rashid, nasir dan roshidan duduk serumah. tapi yang mula-mula kahwin ialah roshidan. srb agama lawas pulak ialah aku jumpa seorang bekas pelajarnya yang pernah aku mengajar kakaknya di sekolah yang sama.



begitulah sedikit catatan dan imbasan tentang pengalaman aku mempunyai beberapa blog yang tak seberapanya ini. nak aku ubah suai atau renovate, buat masa ini mungkin tidak sebab belum ada idea lagi. nantilah kalau ada kelapangan masa bolehlah kita lihat sama-sama perubahannya.
bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah. jumpa lagi di lain masa tepi kali.

Khamis, 3 Jun 2010

memerun bukan memerut.....



aku dah lama tak buat kerja macam ni. tapi pengalaman yang lama atau lampau ternyata banyak faedahnya dalam aku berusaha untuk menjayakan tanah sejuring tepi jalan dekat seri buntar. aku pun dah hampir berjaya menebas dan membakar keseluruhan kawasan, bermakna aku sudah boleh menarik nafas lega kerana ia tertangguh hampir seminggu lebih kerana aku telah demam yang tiba-tiba agak mencemaskan aku. pada mulanya isteri aku yang demam bersama beberapa orang anak aku, yang memaksa aku terpaksa mengambil cuti rehat khas yang tak dapat rehat langsung. almaklumlah suami mithali, oleh kerana isteri demam tak larat nak bangun terpaksalah semua urusan rumahtangga aku yang uruskan. dari A hingga Z semua aku uruskan. akhirnya aku yang demam tapi tak ambil cuti pulak. sejuk-sejuk pun pergi jugak sekolah, gotong-royong perdana pun pergi jugak, walau aku sejuk mengeletar, orang bergotong-royong tapi aku menyiapkan kertas kerja perkhemahan dalam bilik aku. akibat makan ubat batuk dan demam aku tertidur hampir sejam depan laptop aku. sedar-sedar dah hampir pukul sebelas dan suara riuh ibubapa bergotong-royong masih kedengaran, rupa-rupanya mereka dah pun hampir siap malah dah ada yang makan tengahari. perut aku memang lapar tapi oleh kerana demam langsung tak ada selera nak makan. akhirnya aku pun balik saja tanpa bertegur sapa dengan sesiapa, maklumlah demam tak ada mood nak bersembang. balik rumah aku sambung tidur lagi kerana badan masih sejuk yang mencucuk-cucuk hingga ke tulang. aku teringat kes denggi yang selalu menyerang penghuni taman triang maju, manalah tahu kot-kot aku pulak yang terkena, bimbang jugak aku.

tapi alhamdulillah, dua tiga hari sebelum perkhemahan bersepadu demam aku dah okey. cuma batuk saja lagi yang tak ada gaya nak hilang. terpaksalah berbekal ubat batuk ke sekolah. berbalik pasal cerita tanah sejuring (istilah cikgu hidzir) yang aku nak jayakan itu telah pun berjaya cuma belum bertanam saja lagi. setakat ini aku cuma tanam serai tapi tak banyak. cadang nak tanam pisang, kalau ada modallah, kalau tak pun jagung saja sebab benih pun dah di beli cuma belum bertugal saja lagi. apa-apa pun adalah aktiviti aku di sebelah petang. kalau tak dulu-dulu sejak balik ke seri buntar ini, asal petang saja aku akan duduk-duduk akhirnya tertidur. tapi kini masa aku telah terisi dengan berkebun kecuali kalau hujan turun itulah masa aku berehat, sebab tak payah susah-susah nak menyiram.

api tu nampak saja kecik tapi bila ditiup angin sangat cepat merebak dan hampir terbakar semak yang bersebelahan dengan tanah sejuring aku. nasib baik sempat aku padam dengan air kolam. kalau tak puaslah aku nak berjawab dengan tuan tanah tu.




ada jugak aku tabur biji maman, tapi entah kemana hilangnya. tak tumbuh-tumbuh langsung. makan dek semut agaknya. tak kesahlah bukan rezeki aku nak makan jeruk maman agaknya. dapat makan gulai pucuk ubi pun dah bagus jugak. bendi pun dah nampak gayanya nak menjadi cuma kena bubuh bajalah bagi subur lagi.


cerita pasal memerun ni, seronok jugak sebab banyak kali dah menolong ayah aku menjayakan tanahnya. puaslah main api, longgok kayu banyak-banyak kemudian bakar. api pun naik menjulang. esok kumpul pulak yang tak habis terbakar tu, dan bakar lagi. itulah cerita aku tentang memerun yang bukan memerut... ha!ha!ha!... sekian, terima kasih.